IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pedulikan... Nak Mampus Pun Orang Pahang... hahahaha...!!!!

>> Wednesday, March 07, 2012

Tengahari tadi selesai urusan di KL dan on d way balik ke Shah Alam melalui Federal Highway, memandangkan jam hampir 1.30pm gua singgah di Masjid Haji Kamarudin, selesai urusan Masjid memandangkan ianya dekat sesangat dengan Port umporno (PJ Selatan) jadi gua pun singgahlah ke sana, sebabnya dah lama tak menjengok khabar gang2 lama di situ.

Seperti biasa kedatangan gua disambut mesra, dan seperti biasa jugalah muka2 penunggu tegar sentiasa ada di situ.... hahahaha.., Sebagai menghormati generasi tua... gua tarik kerusi dan duduk di meja veteran karat biru..., lagipun ntah bila lagi gua boleh berjumpa dengan diorang nih... kerana semuanya spesies darah tinggi, kencing manis, jantung dan pelbagai, yang dah operation buang teloq sebelah pun ada beb... hahahaha...

Apatah lagi gua dimaklumkan Haji Sani dah meninggal dunia hari Sabtu lepas... Al-Fatihah buat roh beliau.


Best part bila Cikgu Awang yang sedang asyik baca akhbar pencacai bersuara pasal Lynas... dikutuknya Pakatan Rakyat pasal menentang projek tersebut sedangkan projek itu adalah pelaburan kepada negeri Pahang. "Bodoh punya Pakatan Rakyat dan makhluk2 yang menentang pelaburan kerajaan Pahang (Lynas)" - katanya.

"Pembangkang menentang kerana projek tersebut pasal merbahaya kepada penduduk sekitar cikgu..., kalau syarikat Australia dan pemimpin bn kata projek tu selamat kenapa tak buat jer kat negara diorang (Australia)... kenapa nak buat di Malaysia." - gua menyampuk berdasarkan pemahaman gua pasal Lynas setakat yang gua tau jelah, sebabnya gua tak ambik pot pun dengan isu nih... hehehehe...

Balas Cikgu Awang, "Dah diorang nak melabur di sini biarlah... kerajaan juga yang untung, Kerajaan pun dah sahkan projek tu selamat. Kita pun tumpang senang..."

Gua yang malas nak cakap banyak dengan veteran umporno nih balas balik "Lantak la kat diorang cikgu... kalau dah rasa selamat tu buat jelah..., Pakatan Rakyat tu bersuara atas kapasiti keselamatan rakyat, lebih baik mencegah sebelum kena. Lagipun apa kena mengena dengan kita, kita tinggal di Selangor jauh dari negeri Pahang... kalau ada apa2 masalah kebocoran radio aktif ke... apa2 ke..., yang nak mampus dulu orang2 Pahang bukannya kita... so pedulikanlah..., orang2 yang dinamakan sebagai Kerajaan yang meluluskan projek tu pun bukannya tinggal berdekatan kawasan kilang tuuuu... diorang pun tak terjejas jugak kan... lagipun kerajaan barisan nasio-anal ni kan cekap... hahahaha..."

"Pandai la kau nak menyindir aku".. kata cikgu Awang..., hahahaha... gua bantai ketawa jelah....

"Ajissss... kira berapa semua nih... Cikgu Awang belanja..." sambil ketawa kah... kah... kah..., gua terus bangun.. berpindah ke meja Pak Raja, sebab Pak Raja dah dua tiga kali panggil gua dan ada cerita menarik, kemudian Pak Raja dan Ketua Cawangan umno yang ada bersamanya bangun, lansung ajak gua naik Alphard...

"Kita bincang kat tempat lain..." kata Pak Raja, perghhh... sulit nih sampai kena bincang jauh2 nih... hahaha...

Dalam kereta Pak Raja bagitau gua ditawarkan jawatan Ketua Pemuda Umno Cawangan, nama gua sudah naik katanya... hahahaha.... yang akan pam duit kat kawasan tu nanti adalah RTC, wallaweiiii.... projek baik nih... yabbadabedooooo......!!!!

Nanti gua sambung lagi..., chow chin chow dulu.... kah... kah... kah...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP