IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Menyusahkan Jer....!!!!!

>> Friday, December 23, 2011

Seusai Subuh pagi Jumaat yang mulia hari ini.... terdengar pong pang pong pang dari luar rumah... pramugari mendesak gua supaya pergi menjengok apa ke halnya...., gua katakan mungkin gaduh laki bini kot... tapi pramugari kata takda suara pompuan pun kalau gaduh laki bini... keduanya suara jantan...

Atas prasangka tersebut... gua pun jengoklah apa yang patut, rupa-rupanya jiran selang dua pintu rumah gua bergaduh anak beranak...., yang sempat gua dengar pak mertua jiran gua jerit kat menantunya;

"awat hang tak bagitau nak pi mana... hang nak bawak lari anak dengan cucu aku kaaa"....

si menantu menjawap " ini isteri dan anak saya... kami nak pi holidayyyy..." sambil isterinya mendukung anak mereka yang berumur 3 tahun masuk teksi dan si suami memasukkan bagasi dalam bonet teksi... pemandu teksi melambai pada gua sambil tersenyum.

Kemudian jiran gua pun lambai tangan sambil berkata pada gua... "bang tolong tengok2 kan rumah yeaaa..." gua hanya anggukkan kepala dan berkata "Insyallah..... selamat holiday dan honeymoon"... selepas teksi mereka berlalu... gua pun tak banyak cakap terus berjalan masuk rumah sambil memerhatikan pak mertua jiran gua tu tercegat kat bawah porch kereta rumah menantunya... gua tengok muka pak mertua dia pun dah naik menyampah beb..... noktah...

**************************************

Jam 11.30am tadi, gua terima panggilan telefon dari jiran gua yang pagi tadi kecoh2 tuuuuu...., maklumkan pada gua diorang dah sampai di Langkawi dan tunggu masa nak check-in hotel tengahari nanti...

Beliau juga minta maaf kerana kekecohan pagi tadi kerana mungkin menganggu kejiranan lain..., tau takpa kata gua... hahahah..., bukan gua jer yang keluar menyaksikan drama keluarga tu... jiran lain pun sama gak... hahahaha...

Lepas tu dia minta nasihat apa yang perlu dia buat... sebab sebaik sampai airport langkawi apabila isterinya switch-on handphone banyak mesej voicemail... bila dengar voicemail tu... mesej berbunyi... "Bapak la ni on the way ke Langkawi dengan Mak".... perghhhhh.... ikut jugakkkkk....!!!!

Jiran gua terus jadi tak keruan... bertengkar laki bini.... kesian kat diorang.... adusssss.... (itu yang di ceritakannya) inilah natijahnya apabila seorang bapak yang tahu menikahkan anak tetapi tak tahu melepaskan anaknya kepada orang yang dinikahinya (suami).

**************************************
Jiran gua ni bekerja dengan salah sebuah GLC... kiranya berpangkat jugaklah orangnya dan gaji dia jer... RM18k sebulan... orang Kelantan (mengikut pengakuan dia pada gua sebelum ini). Isterinya anak bungsu dalam keluarga, bekerja sebagai Human Resources Manager di sebuah syarikat swasta di Damansara Utama, kiranya bergaji besar jugaklah...

Bapak Mertuanya seorang pencen kerajaan dan mempunyai 6 orang anak... mempunyai rumah sendiri di Damansara Jaya tapi selalu menempek di rumah anak yang ini.
Mak Mertuanya seorang surirumahtangga dan tak banyak kerenah... gua pun salute hormat jugak pada Makcik Noraesah nih... baik orangnya dan mesra alam...

Bagi gua Bapak Mertua jiran gua nih seorang yang materialistik.... berdasarkan kepada apa yang dia ceritakan pada gua sebelum2 ini..., selalunya gazebo sudut laman rumah gua menjadi tempat dia melepak bersembang hampir setiap petang jika gua ada di rumah. Banyak cerita dan keluhan kisah rumahtangga yang beliau luahkan pada gua... selalu krisis dengan bini dia pasal Bapak Mertua dia, adakalanya gua bagi nasihat supaya banyak bersabar dan bawa berbincang adik beradik diorang.. ada kalanya gua no komen... dan jadi pendengar setia.

Bapak Mertua dia pulak gua jarang2 bersembang pasal setiap kali bersembang.. asyik sembang deras cakap tak jatuh, selalu banding2kan kekayaan anak2 dia yang lain... hanya anak yang ni jer bagus... hahahaha... gua paham maksud dia dan gua tak boleh blah dengan orang yang bersifat sebegitu.

Sekarang ini baru lu orang faham kenapa kat perenggan atas sana gua ada taipkan "Gua dah naik menyampah tengok muka Pak Mertua jiran gua tu.." itulah antara sebab musababnya....

*********************************

Berbalik pada kisah jiran gua tadi, dia selalu mengadu banyak sangat arahan dan gangguan dari Pak Mertua dia selama 5 tahun bernikah. Dia bukannya tak sudi membela kedua mertua beliau tapi masalahnya adalah kerenah bapak mertuanya yang King Control.

Dah laaaa... sewaktu awal pernikahan, diorang punya Honeymoon pun Bapak Mertua dia ikut... dan mana2 percutian sepanjang 5 tahun selama ini kalau pergi mana2 sekalipun terpaksa bawa juga. Hatta pernah sekali mereka merancang pergi secara senyap2... tetapi apabila diketahui oleh orang tua tuuuu... terus perang dingin dengan menantu... merajuk konon dan balik kerumahnya di Damansara Jaya...

Masa tu happiness gilerrrr.... jiran gua nih... katanya "barulah dia dapat berlari bogel dalam rumah sendiri" maknanya dapat "Privacy" suami isteri sepanjang pernikahan beliau. Namun begitu tak sampai 2 minggu dia kembali mengeluh kat gua... Pak Mertua datang balik menempek kat rumah dia... hahahaha... kesian wa cakap luuuuu....


Jadi apa yang berlaku hari ini adalah beliau merancang percutian "second honeymoon" dengan isterinya, masalahnya Bapak Mertua dia pun nak ikut juga... dan kini sewaktu gua menaip entry ini gua yakin Bapak Mertua dia dah sampai highway Taiping atau Pulau Pinang on the way ke Langkawi....

Beliau mohon pendapat gua... "any ide bang Isa..., tolong bagi ide bro.... gua dah sasau nih, gua rancang nak happy2 anak bini... sekarang nih dah jadi lain.. gua dengan Wina dah bercakar tadi... kalau tau macam ni baik tak payah kahwin sampai takda privacy keluarga langsung, urusan keluarga gua Pak Mertua gua masuk campur mana pergi semuanya nak ikut... sampai gua nak bawa anak bini gua holiday dia tuduh gua bawak lari anak dan cucu dia... apa kes nih... tension aarrr... bro... hello... hello.... " katanya...

"Helloooo... gua dengar beb... apa yang otak jahat gua boleh hasut sama lu sekarang nih... lu off-kan hanphone lu orang berdua... lu cancel hotel kat langkawi... lu rugi sikit takpa janji lu dapat happiness and privacy yang lu nak ok...., lepas tu lu ambil flight pergi ke destinasi yang lu rasa ok... cadangan gua lu pergi penang jelah... paling dekat.. that the best ide yang gua boleh tolong sekarang ni..." gua belasah jer....

"Habis tu kalau diorang sampai sini... amacam...." sampuknya lagi...

"Pedulikan jelah.... sekali sekala kena brutal... kasi ajar sikit Pak Mertua lu tuuuu... pandai nikahkan anak pandai laaa.. lepaskan... lagipun tadi lu minta ide gua... sekarang lu nak kesiankan dia pulak... nasib lu laaaa..."

"ok bro... ok.... gua ikut nasihat luuuu.... terima kasih bro.... assalamualaikum...." terus tammat kat situ jer....

Hopefully... diorang bergembira dan dapat buat anak Langkawi atau Penang atau mana hotel yang diorang fikir selamat bebas tanpa gangguan hahahaha.... selamat Honeymoon dan bercakaran... buat jiran gua Ahmad Faris dan Darwina serta anak mereka Nurul Arrianna.... hahahaha....

*********************************

Kesimpulannya..., inilah jadinya apabila seorang Bapa yang jahil agama, kerana terlalu sayangkan anak sehingga menyusahkan rumahtangga anak-anak.... Pandai nikahkan anak tapi tak pandai melepaskan tanggungjawap seorang Bapa kepada Suami anaknya.

Kalau sesiapa yang ada Pak Mertua/Mak Mertua macam ni.... makan hati ulam jantung jelah wa cakap luuuu.... kesianlah pada anak menantu.., diorang pun nak juga hidup membina rumahtangga mengikut cara dan impian sendiri. Lagipun tanggungjawap sebagai anak diorang tak abaikan langsung....

Kepada Bapak2 Ibu2.... kalau dah nikahkan anak perempuan lu orang... lepaskanlah anak perempuan mengikut suami masing2...., janganlah pulak nak kawalselia seperti sebelum mereka dinikahkan. Sudah terlepas tanggungjawap seorang Bapa terhadap anak perempuannya selepas Ijab dan Kabul..., segala dosa pahalanya, nafkah serta keselamatan dirinya ditanggung sepenuhnya oleh Sang Suami.

Pesanan itu juga termaktub ke atas diri gua kerana gua ada 3 orang anak perempuan.... harap gua tak berjangkit penyakit Bapak Mertua jiran gua tu.... hahahaha.... dah tentu2 nanti menantu2 gua doakan gua supaya cepat mampus, lagi lama hidup lagi menyusahkan jer.... kah....kah...kah....

Kalau perkara macam ni terjadi pada lu orang ...Amacam beb...????

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP