IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Keluhan Najib Razak...????

>> Friday, November 25, 2011

Lepas Jumaat tadi gua melepak dengan Najib Razak, pekena teh tarik dengan orang tua tu... sejak dia balik dari Hajidud hari tu memanjang busy jer... sampai nak pekena teh tarik pun payah... hahahaha...

Tadi Najib Razak sempat merungut kat gua, selama beberapa tahun ni aku kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup aku, tapi sekarang ini aku tahu kenapa ianya berlaku "the real reason" perghhhh... sempat lagi dia berbahasa penjajah dengan gua... hahahaha... kemudian dia sambung cerita dan gua jadi pendengar setia jelah...;


Sebagai seorang PM 1Malaysia aku keletihan kerana terlebih kerja, nak tau kenapa? Ini aku akan bagitau dan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku, Isa... cuba lu bayangkan...

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja, termasuklah Menteri Kabinet aku. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nih nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan takda kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke... atau hospital kerajaan dan statistik ini termasuklah hospital gila...), Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.

Sekarang ini mengikut laporan bancian terkini yang JPM baru terima, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.

Dan 2 orang itu adalah aku dan bini aku...

Dari dua orang ini... Bini aku selalu menyibuk, kacau kerja2 aku, selalu nak melencong, shopping sana sini, mengarah itu ini, selalu bikin masalah dan macam2 aaarrrr... aku stress.. aku stressss. Timbalan aku pulak tak boleh harap langsung, nak main belakang aku lagi ada....

Jadi tinggal lah aku sorang2...... Semua kerja aku nak buat...!!!!

Mana aku tak letihhhhhhhh...!!!!!!!!!

p/s: Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak...!!!!

Kahhhh... kahhhh...kahhhh.... saja jer... gua merapu pasal gua pun stresssssss..... dengan si Najib Razak laki bini nihhh...... hahahaha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP