IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

UMNO Sebenarnya Anjing Kepada British

>> Sunday, September 18, 2011

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa kami dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa kami serahkan

Pantun empat kerat di atas sering ditafsir sebagai pantun orang-orang muda yang sedang asyik bercinta, walaupun sebenarnya ia diucapkan oleh pejuang-pejuang Melayu Islam dari Acheh, Pasai, Perlak, Inderagiri,Jawa dan tentera-tentera Raja Melaka yang terpaksa berundur ke Johor akibat diserang Portugis. Ia adalah manifestasi keazaman dan iltizam pejuang-pejuang Melayu terdahulu untuk merampas dan mengembalikan semula Melaka sebagai sebuah empayar Melayu dan pusat perkembangan Islam di Nusantara.

Sekalipun hasrat itu tidak tercapai lantaran kemerdekaan hanya dicapai selepas 4 bangsa menjajah selama hampir 600 tahun namun sejarah tetap merakam siri-siri serangan berterusan mereka ke atas Portugis dan kemudiannya Belanda sebagai bukti semangat perjuangan menentang penjajah.

Sebut tentang kemerdekaan, aku tak rasa ramai akan ingat tarikh 31 Ogos kalau bukan kerana hari itu hari cuti umum. Apalah sangat yang nak diraikan, bukan tok nenek aku yang pergi ‘berjuang’ berunding dengan orang putih di London dulu. Kalaulah ada yang berjuang dengan corak yang lebih ‘kekirian’ mahupun dengan cara mengangkat senjata, itu bukan pejuang namanya,itukan komunis. Bukankah komunis itu pengganas?

Menyusuri tempoh beberapa tahun menjelang 1957, tidak ada parti-Parti berhaluan kiri yang menentang penjajah secara agresif, semuanya telah diharamkan. Selepas British mengenakan Darurat 1948 Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hizbul Muslimin, Parti Komunis Malaya mahupun pergerakan massa dan buruh seperti PFMTU sudah lama jadi arwah bersama pemimpin-pemimpin mereka. Ada yang diburu sehingga lari ke Indonesia, dibunuh, ditangkap, dipenjara, dihumban ke Kamunting, dibuang daerah bahkan ada yang dihukum gantung.

Justeru tiada saingan politik, parti berhaluan kanan khususnya UMNO naik lemak. Agenda perjuangan menuntut kemerdekaan tidak pernah menjadi agenda utama parti sehinggalah memasuki dekad pertengahan tahun 1950an. Itu pun didorong oleh rungutan ahli-ahli akar umbi atas beberapa isu yang melibatkan kedudukan Islam yang nampak goncang, khususnya ura-ura UMNO untuk menaja loteri khas dan isu Natrah.

Hasrat ini ditentang bukan sahaja rakyat tetapi juga menimbulkan kegelisahan sebahagian ahli-ahli UMNO sendiri. Kumpulan inilah akhirnya, bersama-sama dengan bekas-bekas anggota Hizbul Muslimin menubuhkan Parti Islam Semalaysia, yang akhirnya bertindak keluar dari UMNO kerana keengganan UMNO meletakkan Islam sebagai asas perlembagaan negara Persekutuan Tanah Melayu.

Saadon Jubir jangan harap UMNO akan dikenang kerana membela akidah si gadis Belanda itu. Nak harapkan Dato’ Onn, beliau bukan hanya menjauhkan diri beliau malah memperingatkan ahli-ahli supaya tidak masuk campur dalam hal yang melibatkan birokrasi dan perundangan di kalangan pentadbiran British di Tanah Melayu, Singapura dan Belanda pada waktu itu. Aku nak ingatkan, ini fakta, bukan tafsiran.

Pendirian Dato’ Onn ini pasti disenangi British. Dan, ini juga bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Kira-kira 6 tahun sebelumnya, sewaktu mengetuai bantahan terhadap rancangan Malayan Union beliau bukan setakat mendapat sokongan rakyat,malah dari saingan politik yang lebih berpengaruh dan lebih lama seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Pemimpin seperti Dr Burhanudin Al Helmy, Ahmad Boestamam.

Anehnya, sokongan dari PKMM hanyalah sekadar batu loncatan untuk Dato’ Onn meningkatkan populariti beliau. Dr Burhanudin sendiri pernah ditempelak dan disindir kerana mengangkat slogan "Merdeka" sebagai matlamat utama perjuangan PKMM. “kalau jarum pun tidak boleh nak buat, bagaimana nak perintah negara sendiri”.

Berbanding PKMM, UMNO lebih selesa dengan slogan "Hidup Melayu", berasaskan asal wujud parti itu sendiri hanya untuk menentang "Malayan Union", bukannya untuk membebaskan diri dari penjajah British.

Hakikatnya keinginan UMNO untuk mencapai kemerdekaan hanya dizahirkan secara terbuka selepas 1953, apabila kata keramat ‘merdeka’ dilaungkan buat pertama kalinya dalam Persidangan Agung UMNO oleh pengganti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman. Lantas, aku jadi terpinga dan terkesima, apa yang UMNO perjuangkan selama beberapa tahun terdahulu, kemerdekaan atau sekadar menjadi alat penjajah menangkis kemaraan gerakan menuntut kemerdekaan? Mengapa mereka dalam banyak hal seolah-olah menjadi batu penghalang pejuang-pejuang kemerdekaan dan menjadi propagandis kerajaan British.

Cuba ambil contoh kes pembunuhan "Henry Gurney, "Pesuruhjaya Tinggi Malaya dalam suatu serang hendap oleh gerila Parti Komunis Malaya pada Oktober 1951. Buku-buku sejarah yang ditulis rata-rata mengecam teruk atau pun menggambarkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi.

Jika sosok ini diketahui pernah menjadi Pesuruhjaya British di wilayah "Palestine" antara 1946-1948 (Israel-British Mandate), mengapakah misalnya kita sampai sekarang mengabadikan namanya di beberapa jalan di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur, kerana jasanya membunuh anak-anak, keluarga dan pejuang-pejuang Palestine?

Atau pun menghantar anak-anak kita yang bermasalah menjalani pemulihan akhlak di sebuah sekolah di Melaka bernama Henry Gurney? Mungkin aku yang silap, mana tahu berkat nama keramat Henry Gurney ini anak-anak kita berubah menjadi orang ‘baik-baik’.

Kalau ada antara orang-orang UMNO yang tidak semena-mena jadi gila meroyan tidak tentu hala bila Mat Sabu mengatakan mereka yang menyerang "Bukit Kepong" pada 1950 itu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, sebenarnya mereka itu tidak lebih dan tidak kurang dari penyokong-penyokong "JWW Bitch, Henry Gurney, Brooke, Duncan Steward mahu pun mana-mana penjajah Inggeris.

Kenapa UMNO sampai sekarang masih tidak dapat membezakan mana pejuang mana petualang? Aku pun tak faham kenapa UMNO tak faham sejarah. Kalau ditanya siapa pejuang antara kelompok "Maharaja Lela, Datok Sagor, Siputum dan Pandak Endut dengan JWW Birch dan "Mat Arshad, aku rasa dalam soal ini tiada perbezaan pendapat siapa pejuang, siapa penjajah dan siapa pengkhianat.

Di Pasir Puteh Kelantan "Haji Hassan bin Panglima Mat Munas mengetuai pemberontakan terhadap undang-undang cukai yang diperkenalkan British sebaik sahaja Kelantan diperolehi dari Siam melalui "Perjanjian British Siam 1909". Walaupun faktanya adalah nama pegawai daerah tersebut bernama "Abdul Latif, mata-mata yang terbunuh bernama "Sarjan Sulaiman dan hakikat bahawa Sultan Kelantan sendiri atas tipu helah British telah mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, tidak ada pula pertelingkahan pendapat di kalangan kita bahawa Tok Janggut itu pejuang dan British itu sebagai penjajah yang memang patut ditentang.

Di Terengganu pemberontakan menentang undang-undang cukai tanah yang diperkenalkan British juga menuntut harga pengorbanan yang tinggi. Ramai petani-petani yang mati dalam pertempuran dengan polis seperti yang berlaku di "Padang Kachong - Telemong.

Kalau umur panjang, merengkok dalam penjara bertahun-tahun. Pemimpin seperti "Hj Abdul Rahman Limbong, seorang ulama dibuang ke Mekah hingga ke akhir hayat. Siapa yang ditentang?

"Polis Persekutuan Negeri-Negeri Melayu dan Singapura, dari pelbagai bangsa termasuk Melayu. Pun begitu fakta tetap fakta. Tiada pemisahan atas dasar ras. Mereka hanya dipisahkan atas satu garisan. Sebelah sini pejuang peribumi dan sebelah sana penjajah. Tiada khilaf. Pejuang disanjung, penjajah mahupun petualang, walau siapa pun mereka tetap akan dikutuk.

Kita menyanjung keberanian "Dol Said hingga beroleh kemenangan dalam siri perang "Naning" yang pertama. Dengan menggunakan kaedah perang gerila di samping bantuan dari "Johol, Seri Menanti dan Muar" tentera British lari lintang pukang.

Begitu pun watak pengkhianat, petualang atau tali barut, namakan apa sahaja akan sentiasa ada dalam sejarah perjuangan sesuatu bangsa atau negara bangsa. Golongan opportunis yang hanya memikir kepentingan dan tembolok sendiri sahaja walaupun menyedari yang ditentang itu adalah anak bangsanya sendiri,sedangkan dirinya sendiri menjadi penjilat bangsa yang menjajah.

Dol Said akhirnya tewas dalam perang yang berikutnya apabila "Tuan Muda Raja Ali dari "Rembau" menghantar 600 tentera untuk membantu British menyerang Naning.

Ada sebahagian rakyat Sarawak yang mengutuk "Rosli Dhobi, Morshidi Sidek serta rakan-rakannya dalam "Rukun 13" yang membunuh Duncan Steward, gabenor kedua Sarawak pada 1948. Ia adalah gambaran hasrat sebahagian rakyat Sarawak yang mahu merdeka, bukan dijajah. Lebih 100 tahun duduk di bawah raja Brooke, masih ada yang tidak merasa apa-apa apabila"Pejabat Tanah Jajahan di London menukar sistem pemerintahan beraja di Sarawak kepada sistem "Gabenor".

Di mata Rosli Dhobi dan rakan-rakan serta yang menyokong mereka, ia tidak lebih dari silap mata penjajah British yang mahu terus memerah hasil bumi dan menjarah maruah mereka. Malangnya tidak begitu di mata sebahagian mata rakyat Sarawak pada waktu itu.

Semasa Mat Indera dan rakan-rakan mengepung "Rumah Pasong Bukit Kepong" (bukan Balai Polis – tengok dalam filem Bukit Kepong beliau bukan bertindak kerana membaca" Das Kapital - Karl Marx. Beliau bukannya aktivis komunis, beliau adalah "Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) - yang slogannya "Merdeka Dengan Darah - daerah Muar. Mendapat didikan agama dan menabur bakti sebagai guru agama di Sekolah Agama Bandar Pontian.Pernah mendapat butang perak dari Kerajaan Johor atas kecemerlangannya dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru sekolah agama.

Orang-orang kampung pun mungkin tidak pernah dengar nama Karl Marx, Das Kapital atau "Mien Kamp". Apakah benar rakyat biasa menyokong British ketika itu? Naif sangatkah orang-orang Melayu sekitar Pagoh atau Muar hingga tidak tahu siapa pejuang siapa penjajah. Kalau betullah sosok bernama Mat Indera ini tidak popular dikalangan rakyat bagaimana boleh lebih dari 1000 orang penduduk tempatan menyertai rapat umum di Muar meraikan kemenangan ke atas serangan rumah pasong tersebut?

Tolong ingat, lokasi ini bukan di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Johor Baharu. Dan peristiwa ini pula terakam pada saat undang-undang darurat sedang dikuatkuasakan. Ini zaman darurat. Kehadiran seramai ini juga adalah manifestasi semangat dan iltizam rakyat menyokong tuntutan kemerdekaan. Ini jugalah yang ditakuti British.

Apakah darjah perjuangan Mat Indera dan rakan-rakannya berbeza dengan Tok Janggut, Dato Bahaman,Mat Kilau, Maharaja Lela, Hj Abdul Rahman Limbung, Rosli Dhobi dan lain-lain. Buatkan satu kotak dengan 2 bahagian terpisah, bahagian atas satu kolum dilabelkan pejuang atau hero, satu bahagian kolum lagi dilabelkan penjajah atau petualang. Kalau kita boleh bersetuju Dato Bahaman, Dato Sagor, Siputum, Dol Said dan lain-lain diletakkan dalam kolum pejuang, sementara pihak British dan penyokong mereka dalam kolum penjajah atau alat penjajah, mengapa tidak Mat Indera dan rakan-rakannya.?

Atau letak dalam posisi terbalik, Mat Indera sebagai penjajah sementara British serta mata-mata (polis) sebagai pejuang kemerdekaan,sudah tentu ada yang terbahak-bahak ketawa sampai terguling.

Paling tidak pun untuk memuaskan hati semua pihak letakkanlah semuanya dalam satu kolum, semuanya pejuang, tiada penjajah atau tiada yang menjadi alat penjajah. Aneh bukan, tentulah tidak logik kerana faktanya adalah mereka sedang berkonfrontasi pada subuh 23 Februari 1950. Bak kata

Tolong ingat peristiwa ini berlaku tahun 1950, 3 tahun terkemudian baru UMNO nak bergebang pasal merdeka. Tolong ingat juga fakta bahawa parti-parti seperti PKMM,PKM, Putera, API,AWAS, Hisbul Muslimin sudah diharamkan 2 tahun terdahulu.

Tolong faham suasana ini. Tempoh 5 tahun ini adalah vakum, kosong tanpa pengisian. Tolong faham tiada siapa yang berani bercakap pasal kemerdekaan secara terbuka. Tolong faham pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan samada parti-parti politik, kesatuan buruh dan gerakan massa telah diharamkan.
Tolong faham resah gelisah massa pada masa ini. Tolong faham kenapa kenapa British wujudkan rumah-rumah pasong (sekali lagi "BUKAN Balai Polis) ketika itu. Tolong faham rakyat mahu merdeka tapi seolahnya UMNO kata kena pandai buat jarum sendiri baru boleh merdeka. Jadi macam mana?

Jika parti yang cakap pasal merdeka kena haram. Bila pemimpin cakap pasal merdeka ada yang kena gantung, kena tangkap, masuk penjara, buang negeri. Rakyat cakap pasal merdeka kena masuk rumah pasong.Kalau ikut cakap British macam UMNO bila kita nak merdeka? UMNO ada cakap pasal merdeka? Belum. Ini tahun 1950, kena tunggu lagi 3 tahun baru UMNO nak cakap pasal merdeka.

Kenapa parti-parti ini diharamkan. Kerana kes pembunuhan 3 warga British di sebuah ladang di Sungai Siput? Ia hanya alasan tetapi hakikat sebenar ialah selepas Perang Dunia Kedua, disebalik menang dalam "Perang Dunia Kedua, ekonomi Britain hampir bankrup. Jumlah perbelanjaan mereka sepanjang kempen perang tersebut hampir setengah trilion dolar, Britain terpaksa memotong lain-lain perbelanjaan domestik dan mengenakan polisi cukai yang tinggi sehingga 98% untuk menampung perbelanjaan perang mereka.

Pada masa yang sama fenomena tuntutan kemerdekaan mula menjalar di kebanyakan negara jajahan British. "India (1947) Sri Lanka (1948), Myanmar (1948) serta negara-negara di Asia Tenggara seperti (Indonesia 1945 - Belanda) dan Vietnam 1945 - Peranchis). Apatah lagi kesan dari "Piagam Atlantik yang ditandatangani antara "Winston Churchill (Britain) dan "Franklin Roosevelt (US), Britain memperakui komitmennya untuk memberikan kemerdekaan dan hak untuk memerintah sendiri wilayah-wilayah yang dijajahnya.

Mahu tidak mahu British menyedari bahawa Tanah Melayu terpaksa dilepaskan pada suatu hari. Memberi kemerdekaan secara mutlak bermakna tiada lagi jaminan terhadap semua kepentingan ekonomi British dalam industri perladangan dan perlombongan (lihat sahaja kes pengambilalihan 51% saham Guthrie oleh PNB di London Stock Exchange pada 1981 – hanya selepas 24 tahun negara merdeka).

Apakah gabungan parti parti berhaluan kiri dari pelbagai bangsa PUTERA-AMCJA yang menjunjung kuasa rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Rakyat mampu diterima British. Dasar parti-parti ini bersifat kekirian dan tidak mesra British menimbulkan curiga terhadap komitmen mereka untuk menjaga kepentingan-kepentingan British dari segi politik dan ekonomi mereka.

Tanpa perlu menoleh jauh, sekumpulan birokrat tempatan yang umur politiknya baru setahun jagung boleh menawarkan penyelesaiannya. Kebanyakkan mereka berketurunan bangsawan, mendapat pendidikan barat dan bekerja dengan British sebagai pegawai-pegawai kerajaan.

UMNO pada ketika ditubuhkan tiada mempunyai walau sekelumit cita-cita untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. Cita-cita murni "Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin, Ustaz Abu Bakar Bashir, Ahmad Boestamam, S.Ganapathy, Miaw Siu yang mewakili aspirasi rakyat Tanah Melayu bukan hanya dibalas dengan sindiran-sindiran dan ejekan oleh pemimpin UMNO, tetapi apabila sebahagian mereka diangkat British menjadi menteri seperti Dato Onn, mereka jugalah yang menjadi talibarut barut British memberi amaran kepada tuannya tentang ancaman dari golongan kiri.

Sesiapa pun tidak akan lupa, sebaik habis kongres parti-parti yang membentuk perikatan PUTERA-AMCJA di "Gunung Semanggol dengan penyertaan seramai 5000 ahli pada Mac 1948, Dato Onn memberi peringatan, "Hubaya,hubaya, bahaya dari gunung...".

Beliau juga pernah mengingatkan bahaya akar yang tumbuh melata, merujuk kepada parti Hisbul Muslimin dengan warna merah sebagai warna komunis. Bermula dari situ, dari pengisytiran Darurat 1948, pengharaman parti-parti berhaluan kiri dan penangkapan besar-besaran pemimpin mereka, British menikmati masa untuk menstruktur dan melakar strategi melindungi kepentingan mereka sebelum Tanah Melayu dimerdekakan. UMNO, disebalik "political vacuum yang mereka nikmati kerana tiada saingan politik mula menjalani proses melenggang perut untuk menambahkan lemak.

Bila lemak sudah banyak jangankan suara rakyat yang menuntut kemerdekaan hendak didengari, usul dari pemuda UMNO sendiri dalam persidangan mereka pada tahun 1951 turut ditolak. Hah, yang ini pun berlaku selepas Peristiwa Bukit Kepong. Ingat, sampai setakat ini UMNO masih memperakui British itu sebagai tuannya, dan tugas mempertahankan kepentingan tuan penjajah adalah tugas bagi yang wajib dilaksana oleh mana-mana penyembah walaupun yang ditentang itu adalah anak bangsanya yang menuntut kemerdekaan bangsanya sendiri.

Hari ini kita berdiri di sini hanya membaca sejarah yang terakam dan membuat penghakiman secara mudah, tanpa berusaha memahami suasana semasa dan jerih perih pejuang terdahulu. Begitu panjang masa dan letih pejuang-pejuang ini berpencak dan bersilat melawan penjajah, akhirnya kita dikelirukan dengan silau sipemegang kunci kemerdekaan. Tahun 1953 baru UMNO nak sebut merdeka, kemudian pergi London ‘berunding’ dengan tok penjajah, akhirnya dapat kemerdekaan tanpa titisan peluh, air mata mahupun setitik darah yang tertumpah.

Sampai biru mata hitam Mat Indera dan rakan-rakannya yang berjuang mengangkat senjata, seperti juga pejuang-pejuang lain yang berjuang dalam lapangan masing-masing, guru-guru, para ulama, pemimpin masyarakat, penulis-penulis sastera, ahli-ahli politik berhaluan kiri, jangankan nak dapat penghargaan atau pengiktirafan sebaliknya dikutuk, difitnah oleh anak bangsa sendiri. UMNO jugalah yang diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Akhirnya, membuat pensejarahan kemerdekaan, seperti juga lain-lain peristiwa, bukan seperti menulis kisah-kisah fantasi atau fiksyen. Semasa menuntut dahulu, kami mempelajari sejarah juga adalah disiplin ilmu yang saintifik dan bersifat empirikal. Ia bermaksud dapatan-dapatan maklumat diperolehi mesti diuji kebenarannya terlebih dahulu sebelum ia boleh diketengahkan sebagai suatu fakta.

Begitupun ia masih perlu bersikap objektif, seperti kata "Leopold van Ranke" menulis sejarah seperti ia benar-benar berlaku. Menulis sejarah dengan memilih sebahagian fakta dan mengenepikan sebahagian fakta yang lain akan hanya menghasilkan sejarah yang tempang dan bersifat propaganda.

Dalam kes Mat Indera secara khusus atau pun sejarah kemerdekaan secara umum, jelas sekali selama 60 tahun kita ditipu dan dihidang bukan dengan sejarah tetapi dengan propaganda. Malangnya zaman berubah. Sekarang adalah zaman ledakan maklumat. Terimakasih Mat Sabu, terima kasih Utusan Malaysia...

Posting by: Teratai Liar.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP