IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Isabella... (part 2)

>> Thursday, August 18, 2011



Sambungan - Isabella...:-

PAHIT GETIR DALAM ISLAM:
Isabella memeluk Islam secara sembunyi tanpa pengetahuan sesiapapun di Cordova. Namun akhirnya ia terbongkar selepas ramai yang mencurigai pergerakan Isabella dan membuat intipan. Dari situlah terbongkar rahsia keislaman Isabella apabila dia selalu ke madrasah milik Ziad bin Umar, mengerjakan solat dan rutin ibadah Islam yang lain meskipun dilakukan secara sembunyi.

Marah dengan Isabella, ayahnya bertindak menghantar Isabella kepada gurunya iaitu Father Michael dan Father Peter dengan harapan Isabella kembali kepada agama Kristian namun sebaliknya yang berlaku apabila Isabella sendiri berdebat dengan dua orang gurunya itu mengenai kebenaran agama Kristian dan kesamaran agama Kristian hinggakan kedua-dua gurunya itu tidak mampu berhujah lagi.

Melihat keadaan Isabella yang tidak dapat dikembalikan kepada agama Kristain lagi maka ayahnya dan gurunya bertindak menghantar ke Pihak Inkuisi Kristian. Pihak Inkuisi Kristian ialah pihak yang bertanggungjawab menangani masalah penganut agama Kristian yang keluar dari agama Kristian. Di dalam tahanan pihak Inkuisilah Isabella hidup dalam seksaan dan keperitan. Beliau bukan sahaja dihina dan dikeji malah beliau juga dibelasah oleh rahib Inkuisi malah dikurung di bilik gelap yang penuh dengan tulang manusia malah tidak diberi makan minum.


Di situlah Isabella melihat ritual-ritual yang dijalankan Inkuisi Kristian seperti seorang rahib yang diikat kaki dn tangannya dengan rantai dan disebat dengan cemeti sebagai tanda tunduk dan sesal dengan kesalahan diri. Para rahib wanita menangis disisi patung Virgin Mary (Maryam ibu Musa) dan rahib-rahib yang menangis dan meronta tidak sedarkan diri kononya melihat Tuhan.

Selepas menjalani setiap masa yang menyiksakan di tahanan Inkuisi dia dipaksa untuk kembali kepada agama Kristian supaya beliau dapat dibebaskan namun imannya menolak malah sebaliknya dia pula yang berdebat mempersoalkan kesahihan agama Kristian menyebabkan dia dikurung kembali dalam penjara gelap.

Akhirnya dia dibebaskan oleh rakan-rakannya yang berpura-pura menganut agama Kristian. Selepas peristiwa yang berlaku ke atas Isabella, Ziad bin Umar menyeru kepada pemerintah Islam Sepanyol agar member jaminan perlindungan kepada saudara baru. Selepas seruan itu, Isabella diberikan pelbagai kemudahan antaranya kediaman sendiri yang akhirnya menjadi Institusi Pengajian al-Quran di Sepanyol.

BENTUK DAKWAH ISABELLA:
Isabella menggunakan dua bentuk dakwah dalam menyampaikan kebenaran Islam dan kesamaran Kristian iaitu :

1 – Dakwah bil-Mujadalah (Perbahasan atau perdebatan)
Bentuk dakwah inilah yang paling banyak digunakan oleh Isabella. Antara yang pernah berdebat dengan Isabella gurunya iaitu Father Peter dan Father Michael, rahib-rahib di tahanan Inkuisi Gereja dan seorang rahib Kristian dari wilayah Toledo yang handal berhujah dan mahir dengan al-Quran dan Injil.


Perdebatan dengan Rahib Toledo inilah yang paling menarik kerana ia berlaku secara terbuka dihadapan orang ramai. Kebenaran berpihak kepada Isabella apabila dia berjaya mematahkan hujah lawan dengan hujah yang bernas dan mempersonakan.

Hasil daripada perdebatan tersebut, ramai golongan terpelajar Kristian yang mengikuti perdebatan itu memeluk Islam begitu juga dengan Rahib Toledo walaupun mengambil masa yang lama untuk memeluk Islam.


Peristiwa ini direkodkan oleh Abu Hafiz salah seorang pelajar Islam yang mengikuti perdebatan tersebut.

2- Dakwah melalui surat
Isabella mengutuskan surat kepada ayahnya ketika ayahnya mengadakan perhimpunan besar dan sulit Kristian di sebuah gereja. Surat itu yang menerangkan perbandingan Islam dan Kristian dibaca di hadapan penganut Kristian yang hadir dalam perhimpunan itu. Antara isi kandungan surat itu menjawab persoalan prinsip-prinsip agama Kristian :

1)   Allah itu Esa dan tidak ada sekutu baginya

2)   Doktrin Trinity tidak memaparkan kesucian Tuhan kerana menyamakan Tuhan dengan manusia sedangkan dalam al-Quran dan Injil disebutkan bahawa manusia dan Tuhan tidak sama.

3)   Tiap-tiap manusia yang lahir menurut Islam adalah suci daripada dosa dan mustahil seorang bayi yang tidak tahu apa-apa mendapat dosa yang dikenali dosa warisan. Dosa warisan adalah satu bentuk tuduhan fitnah ke atas kemuliaan Nabi Adam dan Hawa a.s

4)   Keutamaan yang diberikan oleh al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru itu ialah kemulian dan ketinggian moral (akhlak) itu yang tidak akan ditemui dalam agama lain.

5)   Kitab suci al-Quran yang diturunkan untuk menerangkan kebenaran yang telah lama dicemarkan dan dipalsukan. Al-Quran membersihkan segala fitnah terhadap para nabi dan rasul malah tanggapan buruk terhadap agama Islam itu sendiri.

6)   Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak wanita dan perintah pembebasan hamba abdi. Malah meniupkan semangat persaudaraan antara umat manusia dan menetapkan hubungan dengan Allah yang mana tidak terdapat dalam agama Kristian.

7)   Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yang tetap bagi manusia dimana dengan mematuhinya manusia mampu mngawal nafsu secara sederhana.

Namun begitu hidayah adalah milik Allah, ternyata ayah Isabella tidak memeluk Islam setelah membaca surat itu. Isabella juga menyampaikan risalah Islam dengan cara mengajar al-Quran dan Hadis di Institut Pengajian al-Quran yang merupakan kediamannya sendiri.

MENINGGAL DUNIA
Sepanjang hayatnya, Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam dunia pembelajaran, ilmu hadith dan penafsiran kitab suci al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat manfaat daripada ilmunya. Isabella telah hidup sehingga mencapai usia 80 tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang damai dan tenang, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol.

Berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadian yang terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Semoga perkongsian ini meningkatkan lagi semangat dan kesedaran kita betapa pentingnya kita meneruskan perjuangan dakwah ini demi memartabatkan syiar Islam bukan sahaja di mata dunia, malah untuk diri kita, keluarga, masyarakat, mad'u dan umat manusia seluruhnya, insya'Allah!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP