Agensi Kerajaan Di Takuk Lama Jugak...!!!!
>> Friday, August 12, 2011
Siang tadi setelah selesai urusan di KL, berjemaah di Masjid Negara selepas tu gua besit ke JPJ Wangsa Maju. Sampai di JPJ wangsa maju lebih kurang 2.30pm... jalan lineclear... henjut jelah kan.. hehehe...
Sampai jer kat sana tengok orang dah ramai beratur beb... nak ke Pintu 2 dengan urusan masing2 lah..., Pintu tu pulak buka pukul 2.45pm... hari Jumaat punya pasal....., tapi bagi gua ini menjadi hal... sebabnya...
Sejak dulu, kini dan selamanya... urusan dengan pejabat kerajaan nih tak pernah berubah... contoh macam hari Jumaat punya waktu kerja/urusan... kenapa perlu rehat sampai 2 jam lebih...???
Menteri dah berapa kali bertukar, tapi tetap macam tu juga... tak efisien tak produktif langsung. Berbalik pada hari Jumaat punya cerita, nak rehat/tutup kaunter sampai 2 jam lebih tarak hal.... tetapi kepada kakitangan lelaki sajalah atas kewajiban Fardhu Jumaat. Kepada kakitangan perempuan tak perlulah rehat sampai 2 jam. Apa barang kakitangan perempuan nak rehat sampai 2 jam... untuk pergi shopping ke...??? hahahaha....
Bukankah lebih baik jikalau kakitangan pompuan menjalankan tugas seperti hari2 biasa (Isnin-Khamis), jika yang berurusan menjaga kaunter sudah tentu2 boleh mempercepatkan proses dan mengurangkan kesibukkan orang ramai yang berurusan.
Contoh seperti kaum cina/india mereka boleh berurusan dalam tempoh waktu 2 jam tuuuu...., kaum melayu mungkin akan bertimpas pula selepas urusan solat Jumaat, jadi kekangan kesibukkan tu dapai di leraikan...
Lagipun urusan pada hari jumaat ini waktunya teramat terhad terutamanya kepada pelanggan/pengguna yang beragama Islam, lebih2 lagi yang terikat dengan waktu pejabat... semua urusannya nak cepat beb... sebab nak kejar masa....
Kalau ada pembaca di sini dari kalangan kakitangan kerajaan (perempuan), lu orang jangan marah aarrr... sebab kakitangan keraajaan lelaki dapat waktu rehat 2 jam atas alasan Solat Jumaat, tapi lu orang kena kerja macam hari2 biasa...., tetapi pernahkah lu orang terfikir kakitangan lelaki dapat tak cuti bersalin beberapa bulan tuuuu.... hahahaha....
(Entry bengang sebab kakitangan JPJ betul2 ikut buku beb... 2.30pm gua jenguk ikut cermin gelap Pintu 2 gua nampak semua staffs pompuan syok bersembang beb...., pukul 2.46pm baru terhegeh2 nak buka pintu... apa lagi yang menunggu di luar tu serbu masuk macam kambing lepas kandang laaaa..... dah tu pulak kena beratur lagi nak ambil nombor giliran, lepas tuuuuu... menunggu lagi.... hrmmmm... tak efisien langsung dan betul2 buang masa... kah..kah...kah... apa diorang tak pernah baca surah Al-Asr "Demi Masa" ke..???)
Sampai giliran gua nombor yang gua chai tak dapat... dah ada orang booking, nasib baik ada sorang awek cun bagitau kat gua, encik cuba merayu dengan Pengarah. Gua isi borang baru... pergi Pintu 9 (Bilik Pengarah) rupanya punyalah panjang beratur... tunggu giliran merayu nombor... akhirnya pukul 4.00pm baru selesai... tapi gua dapat jugak laaaa... nombor idaman gua tuuuuu.... hehehehe....
Post a Comment
Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.
1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.
2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.
Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com