IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kejijikan umPORno-beEnd...

>> Friday, July 08, 2011

Kepada sesiapa yang belum mengenali UMNO dan BarisanNasional, inilah peluang terbaik untuk melihat sendiri wajah sebenar kerajaan yang telah mengisytiharkan rakyat jelata sebagai musuh.

UMNO-BN juga jelas memaparkan diri sebagai pimpinan yang memandang enteng terhadap rakyat dan sanggup memperkudakan apa sahaja demi mengekalkan kuasa yang dimenangi dalam pilihanraya yang kotor, tidak adil dan tidak bebas.

Kerana itulah UMNO-BN bermati-matian mahu mempertahankan amalan dan sistem pilihanraya yang kotor, jelek dan penuh kebejatan mereka sudah tidak mampu menang dalam pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

Matlamat jijik itu telah menghalalkan cara mereka yang penuh dengan penipuan, pembohongan dan perlakuan zalim. Semuanya itu kerana takut menghadapi perhimpunan aman damai Bersih yang dijadualkan esok.


Jika ada yang masih ragu-ragu tentang kejijikan UMNO-BN, buktinya terserlah di sini.

Setelah berminggu-minggu menohmah, mencaci, membenci, menabur fitnah terhadap Bersih, tiba-tiba Yang di-Pertuan Agong bertitah mahu pihak kerajaan berunding dengan penganjur perhimpunan aman itu bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara.

Bermula dengan titah Yang di-PertuanAgong itu, satu harapan baru telah bertukar menjadi tekanan, penindasan dan kongkongan terhadap rakyat jelata oleh kerajaan UMNO-BN hingga ke saat ini.

Seri Paduka telah berkenan menerima menghadap wakil Bersih 2.0 termasuk Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan yang secara zahirnya Baginda telah mengiktiraf Bersih sebagai badan dan perhimpunan aman yang sah.

Datuk Seri Najib Razak pula dengan pantas mencadangkan perhimpunan aman yang dijadualkan di jalanan dipindahkan ke sebuah stadium. Saranan itu juga diterima oleh Bersih dengan hati yang terbuka kerana yakin dengan keikhlasan Perdana Menteri.

Semua rakyat prihatin akur dengan Seri Paduka dan menjunjung kasih atas perkenan dan titah yang bijaksana itu.

Dalam masa dua hari sahaja, segala-galanya berubah. Kerajaan UMNO-BN yang menyalahgunakan kuasanya dengan mempergunakan alat-alat kerajaan termasuk polis dan pihak berkuasa lain, dengan angkuh mengetepikan hasrat dan cita-cita Yang di-Pertuan Agong yang mahu melihat negara aman dan damai.

Polis Diraja Malaysia yang berlambangkan mahkota Yang di-Pertuan Agong tidak mempedulikan sebarang titah diraja dan tetap dengan keputusan sendiri bahawa Bersih adalah haram.

Tanpa mengambil kira aspirasi Seri Paduka, polis dengan kebenaran kerajaan UMNO-BN, mengadakan sekatan jalanraya sejak beberapa hari lalu yang mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk.

Pihak berkuasa juga tetap mahu menghancurkan Bersih dengan mengumumkan sesiapa yang memakai baju Bersih atau memiliki apa-apa risalah berkaitan perhimpunan aman itu akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Malah yang telah ditangkap sebelum ini terus ditahan, ada yang dikenakan tuduhan di bawah Ordinan Darurat yang tidak memerlukan perbicaraan di mahkamah, hampir sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA.

Apabila Bersih 2.0 menyahut seruan Najib dengan memohon untuk mengadakan perhimpunan aman itu di Stadium Merdeka, ia ditolak pula oleh pihak berkuasa dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Polis juga enggan membenarkan sebarang perhimpunan aman di mana-mana stadium di ibu negara, serta memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mereka yang hadir. Sikap itu jelas membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempamerkan keangkuhannya dengan persepsi bahawa pertemuan penganjur Bersih 2.0 dengan Seri Paduka tidak memberi apa-apa makna kerana beliau sebagai Menteri sudah pun mengharamkan Bersih dan tidak perlu diubah keputusannya.

Najib pula yang berjanji akan berjumpa dengan penganjur Bersih 2.0 tiba-tiba bercabang lidah pula, kononnya dia tidak pernah berkata begitu walau pun hampir semua media arus perdana yang dikuasai UMNO-BN telah melaporkan kesanggupannya untuk bertemu dengan Bersih 2.0.

Badan-badan kerajaan turut memainkan peranan kotor dengan membekukan permit bas-bas untuk membawa rakyat prihatin datang ke ibu kota bagi menyertai perhimpunan aman itu.

Semua hentian bas utama di bandaraya juga akan ditutup mulai tengah malam ini manakala jalan-jalan utama juga ditambah sekatan.

Perhimpunan aman belum pun diadakan tetapi rakyat, pekerja, peniaga, pelancong dan pelabur sudah menjadi mangsa sekatan jalanraya dan penutupan jalan di ibu kota dan pinggir bandaraya. Siapa yang menyebabkan kesesakan dan masalah besar ini?

Semalam, pihak berkuasa menambah lagi cadangan supaya perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan di luar Kuala Lumpur pula tetapi apabila ditimbulkan saranan supaya dibuat di Shah Alam, polis di sana pula berkeras tidak membenarkannya kecuali permit dipohon.

Kepada sesiapa yang masih mahu kepada kebebasan, keadilan dan demokrasi, tepuk dada tanya selera. Inilah wajah sebenar UMNO-BN. – Roketkini.com

3 IkutSukaLu...::

anti meLAYU BODOH....,  Friday, July 08, 2011 8:27:00 PM  

tajuk berita utama hari ahad..."BERSIH" gagal dapat sambutan rakyat".."rakyat tolak BERSIH"..mcm lg mengutuk bersih...
pdahal polis dan KERAjaan yg sekat..
bro...
sebelum kluar hari ahad nie baik kasi kluar dulu sok...kasi promo semua geng..biar esok semua blog main isu nie..dan nti hari ahad org dh tak percaya lg klau akhbar perdana tulis pn..

BUNTAT,  Friday, July 08, 2011 9:41:00 PM  

UMPRONO SEMAKIN NAZAK,AJIB MEMAMG PATUT MENANGIS MASA MEMBACAKAN RIWAYAT PERJUANGAN BAPANYA, KERANA DIA TIDAK MAMPU MENJADI SEORANG PEJUANG SEPERTI BAPANYA TAPI DIA PULA MENJADI PENGKHIANAT KEPADA RAKYATNYA, AMANAH YG DIBERIKAN KEPADANYA DIPERKOSA DGN RAKUS, GUA YAKIN SATU MASA ANAK CUCUNYA AKAN MENANGIS MENGENANGKAN TABIAT AJIB INI

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP