IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rakyat 1Malaysia Wajib Tahu...!!!!

>> Wednesday, June 15, 2011

Patut laa... depa pulon sungguh nak pertahankan kuasa yang telah depa dok pegang selama 50 tahun nie..., apa punya kompeni.. BOS (baca RAKYAT) gaji kecik, KULI (baca YB - Yang Berkhidmat) gaji besaq....

Ibarat kat sebuah negara.. RAKYAT merempat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tapi PEMIMPIN duduk senang lenang makan gaji hasil duit rakyat.

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia:

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79

Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung.

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40.

Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat. Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sesi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

Menteri Besar – RM14,175.15
Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

sumber: depakata
Rakyat (kerajaan) sebagai majikan wajib tahu gaji pekerja (YB) mereka iaitu para pemimpin setempat yang kita amanatkan dalam setiap pilihanraya untuk menjaga kebajikan dan kepentingan hak kita sebagai rakyat.

Jika tersilap lantikkan (undi) maka terjadilah seperti contoh yang paling terbaru dalam sehari dua ini iaitu perbelanjaan terlampau untuk mengendalikan laman facebook sebanyak RM1.8 juta, (itu yang terbaru.., yang lama masih bertimbun dan tak terjawab oleh keraaaa..jaan bn) dan begitulah caranya puak2 haramjadah dalam umporno/barisan nasional nih... mencuri wang rakyat.

Fikirkan... renungkan.. lu orang sebagai majikan, relakah lu orang biarkan wang lu orang di curi untuk di Rosmah Mansurkan oleh pekerja2 yang lu orang letakkan kepercayaan untuk membela nasib lu orang.... hahaha... tepuk dada... hantuk kepala ke dinding... baru ada akai kot...

p/s: kepada yang dah faham benar dengan perangai umPORno/barisan nasional menghalalkan cara untuk merompak wang rakyat... tolong pastikan barisan nasional nih dihapuskan dalam PRU-13 nanti. Kepada yang baru belajar nak faham perangai kotor umporno/barisan nasional... itulah buktinya...

Diorang mentekedhaghah gaji dan elaun bulanan hasil dari duit rakyat, tapi masih tak cukup2.., malahan di rembatnya lagi... apa cerita nih....???

Logik ke... RM1.80 di bayar untuk mengendalikan sesebuah laman facebook..??? Apatah lagi RM1.8 juta..???

Hanya puak2 umPORno yang angguk2 jer.. percaya dengan perbelanjaan terlampau itu... puak umPORno/bn sememangnya Bodoh bin Bangang terlampau2.... hahahaha....

So.. mau simpan dan kekalkan lagi kerajaan korup sebegini...???  hahaha... sendiri mau ingat laaaaa....!!!!

10 IkutSukaLu...::

Johor Born Wednesday, June 15, 2011 8:30:00 AM  

mcm mana gua x rembat lagi bro, nak wat banglo 6j, beli hanbeg laki da 120k, belum baju lagi gelang lagi kalau x laki aku ngamuk2,nak wat album mcm kat bawah ni mana cukup duit gaji nnti laki bising lak:
http://www.youtube.com/watch?v=gfF3_JmgkDg youtube

Anak Biri-Biri Wednesday, June 15, 2011 8:45:00 AM  

Johor Born

Nak Pengsan Aku tengok mambang tanah menyanyi.. dengan gembira bersama $$ rakayat..

Unknown Wednesday, June 15, 2011 10:05:00 AM  

Anak gua masa umur 6 tahun da pandai create account facebook sendiri tanpa kluar sesen pun. Sibongok yang bongkak je kena byr jutaan ringgit utk akaun facebook. Ini akaun semasa atau akaun simpanan si bahalol tu?

MOH KEMBARA Wednesday, June 15, 2011 11:38:00 AM  

Assalamualaikum Yob,Re: Cucu Kawantung: betoilah tuh, RM juta2 tu masuk akaun diorang, buat akaun FB free apa!

cantona79 Wednesday, June 15, 2011 2:10:00 PM  

hahaha di Malaysia semuanya boleh..jgn kata nk sign up FB kena juta2..nk anta email 1malaysia pun kena bayar 50 sen tp tak pernah disiarkan utuseks malaysia mahupun tv3 suku..tp masih bangga dengan slogan rakyat didahulukan..baik guna slogan lu pikir la sendiri

Unknown Wednesday, June 15, 2011 8:39:00 PM  

FB pun nak kena bayar RM 1.8M ..wtf! Projek projek 'menyamun', ragut duit rakyat la sebegitu! Membazir! Melambangkan kerendahan intektual pemimpin UMNO!

Patut la syarikat syarikat Melayu ada yg kaya raya segera setelah depa rapat, berkepit & terhegeh hegeh kat pemimpin UMNO. Senang sebab dpt projek haram jadah merembat duit rakyat. benda tak perlu keluar duit pun? Tak rasa berdosa ker depa yg terlibat buat projek sebegitu? Oh kut depa ni jenis orang yg ingat Tuhan - Allah, hanya atas tikar sejadah & di Mekah saja (buat umrah pasai dapat duit 'luruh drp langit'. Jahanam!

rexuan Thursday, June 16, 2011 12:09:00 PM  

aku tak dengaq pulak adun2 pembangkang komplen pasal gaji dan elaun2 yg depa dapat.. poknik pun tak komplen.. apparaa.. parti Penyngak Rakyat tk tulis pun dlm Buku Omega-JIngga depa kata nk turun gaji dan elaun2 pemerintah bila depa naik putrajaya. jd lu org kecoh apa pasal? oo.. sori, gua lupa lu org mmg suka buat kecoh..

penyangak2 macam lu org tau tulis tanpa siasat. tu yg keluaq komen mcm taik tu. utk komentar2 bangang yg tk reti nk cari maklumat, juga utk punailis blog ni. rm1.8 juta utk keseluruhan projek pengiklanan digital. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/16/nation/8912785&sec=nation

heatonxp Friday, June 17, 2011 1:44:00 AM  

Ada yang x kena dgn aya ini...

"rm1.8 juta utk keseluruhan projek pengiklanan digital." ini baru iklan digital...untuk iklan dlm akhbar berapa pulak kos dia??2 juta?

Soalan yg bermain diminda...

1. Apa guna media masa kerajaan? Contohnya berita TV...
2. Apa guna papan iklan Majlis daerah/perbandaran? kalau nak buat banner kos sampai ratusan ribu melampau. tengok iklan cukai, elok jer berkesan, pkai banner bodoh jer
3.Apa guna bilik gerakkan umPORno??
4.Kenapa ADUN umPORno tak pergi dari rumah ke rumah pesan utk tgok berita tv1 utk dpt penerangan?Masa pilihan raya boleh buat?
5.Berapakah KOS FITNAH ANWAR dlm mesti media masa??? ada cecah 1.8 juta??
6.berapa kos fitnah Nik Aziz.

Nurazfareeza Friday, June 17, 2011 2:57:00 PM  

Kah,kah,kah...Ingat uMNo ingat Sek,yg bebal pasti menerima gaji dan duit bebal....kah,kah,kah..Ingat uMNo ingat Sek.....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP