IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Cerita Santai Jelah...

>> Thursday, June 16, 2011

N3 nih gua nak bersantai jelah... sebab letih... idea kureng walau banyak isu boleh di mainkan, noktah.

Rabu 15/06/2011... sibuk tak terkata... tapi masih boleh berkata-kata... hahaha...

Selesai urusan di Shah Alam jam 3.00pm, bergegas ke beberapa appointment yang terbabas atas sebab2 yang tak dapat di elakkan... perghh.. berjaya selesaikan semuanya sebelum jam 6.30pm, bergegas dari satu tempat ke satu tempat... nasib baik sekitar Shah Alam dan paling jauh Kota Kemuning...

Setelah selesai semua urusan... at 8.00pm, pramugari ajak makan luar sekeluarga... dengan badan yang letih lagi mau ajak keluar ke...??? What the hellll....!!!!

Lastly... gua balik kena sound... hehehe... nak celebrate Birthday anak gua yang nombor empat laaaaa... alamak camna gua boleh terlupa pulak... aduuuusssss.... hari ini Birthday Nur Alisya Iman yang ke 7 tahun daaaa.... gua kantoi.... (ini firstime gua lupa birthday anak, birthday pramugari dah berkali-kali beb.. hehehe..)

Padahal petang tadi at 7.00pm sewaktu Alisya balik dari sekolah dia sempat tunjukkan kat gua semua kertas peperiksaannya, sempat bergurau senda, peluk memeluk dengan ucapan tahniah... sebab dia dapat Maths 98%, English 100%, Pendidikan Islam 100%, Bahasa Melayu 100%... yang lain2 kertas dia kata tak dapat lagi... so ucapan tahniah dan kata perangsang gua berikan... haram sepatah apa pun dia tak sebut pasal Birthday dia hari ni... bertuah punya anak...!!!!

Dia punya demand nak makan sup pizza dengan garlic bread... gua layan jer..., masa tengah makan pramugari bisik kat gua, laporan yang di terima dari bibik mengatakan..., Alisya mengadu dia sedih sebab tiada sesiapa pun dari kalangan keluarga yang berikan ucapan dan kad birthday kat dia... gulppp... gua telan jugak kunyahan pizza dalam mulut sambil mata melirik pada pramugari....

Gua bangun dan terus keluar... dari luar pintu Pizza Hoot gua nampak sebuah kedai buku di seberang jalan, gua sambar 7 keping kad harijadi dan sebatang pen... masuk balik ke Pizza Hoot duduk di meja yang terlindung dan mula menulis, lepas tu gua calling2 pramugari suruh diorang datang ke meja gua one by one dan tulis kad masing2 untuk Alisya... kemudian kami surprisekan padanya dalam Pizza Hoot... semua orang perhatikan dan ada juga yang wish dia happy birthday.... by then ada satu parents tu siap hulur duit RM10.00 sebagai hadiah harijadi... terima kasih pada akak dan familinya... yang tak di kenali tu...

Perghhh... melompat kegembiraan dia..., terharu pulak gua menonton saat2 dia memeluk one by one mengucapkan terima kasih sambil mencium pipi abang2 yang sedang meningkat remaja dengan pipi berjerawat yang dia selalu katakan geli untuk di cium apabila diorang bertekak adik beradik... hahaha... dan kakak serta adik bungsunya, termasuklah gua, pramugari dan bibik..., apatah lagi si bibik pulak jadi pelakon airmata kerana diorang memang kamceng gileerrr... (Bibik bela Alisya sejak hari pertama lahir... memang rapat gileerrr... kalau gua dan pramugari takda seminggu pun takda hal, tapi kalau bibik hilang 10 minit.. puas kita orang nak memujuk...)

Lepas tu apalagi gua terpaksa saiko Alisya... pertama sekali esok petang balik kerja ayah akan belikan kek pisang (atas permintaannya) sebab malam nih kedai kek dah tutup... keduanya, hadiah harijadinya ayah dan mama akan belikan pada hari Sabtu nanti... sebab ayah dan mama sibuk cari duit nak sara keluarga, nak bayar duit rumah, barang dapur, bayar kereta, beli buku Alisya, baju Alisya... bla.. bla.. bla... nasib baik dia boleh terima dan memahami.., Alhamdulillah...

Alisya (kanan - 7 tahun) dan Aleeya (kiri - 5 tahun) gambar sewaktu minum petang
di Pantai Klebang, Melaka bulan lepas.
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Nota: Gua ingatkan gua sorang jer... yang lupa..., rupa-rupanya semua orang lupa. Bibik yang ingatkan pada pramugari sewaktu maghrib petang tadi/semalam... maafkan ayah, mama dan ahli keluarga yang lain anakku....

11 IkutSukaLu...::

Yong Thursday, June 16, 2011 5:59:00 AM  

Selamat Hari Jadi Makcik Yong ucapkan pada anak2 miker. Yong doakan semua ahli keluarga sihat wal-afiat! Amin!

Johor Born Thursday, June 16, 2011 7:36:00 AM  

selamat hari jadi Alisya, uncle doakan moga jad anak yg solehah

Kakcik Seroja Thursday, June 16, 2011 7:53:00 AM  

Selamat hari ulang tahun kelahiran ke 7 Nur Alisya Iman. Semoga menjadi anak yang soleh buat kedua ibubapamu. :)

A Mum Of Three Mohd Thursday, June 16, 2011 8:43:00 AM  

Hepi besday Alisya!! Be a good girl.

Semoga hidup anda sekeluarga dirahmati Allah SWT selalu

serenity9260 Thursday, June 16, 2011 8:47:00 AM  

aku bukan nk takutkan ko tapi sebenarnya bahaya letak gamba2 kuarga dlm ni


Ni best bro!!!
Giler Aje!Burger Yang Diperbuat Daripada Najis
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Anak Biri-Biri Thursday, June 16, 2011 8:50:00 AM  

Hepiii Bday untuk ank Ko bro... btul juga la.. kdang2 kita lelaki ni selalu lupa pada benda yang kecil macam ni..tapi amat bermakna sebenarnya untuk mengeratkan hubungan sekeluarga..

muqlis04 Thursday, June 16, 2011 9:30:00 AM  

Birthday Nur Alisya Iman ..dari uncle muqlis al-jabbar...semoga sucess selalu..huhu

adan Thursday, June 16, 2011 10:28:00 AM  

Selamat Hari Lahir buat anak Bro ISA Nur Alisyah Iman, Semoga panjang umur dan dijauhkan dari segala jenis penyakit,semoga menjadi anak yang berguna dan membanggakan keluarga..


lelaki selalu lupa tarikh2 penting.. keh keh keh.. ^____^

author faethal Thursday, June 16, 2011 3:29:00 PM  

Selamat Ulang Tahun Yang ke-7 bro untuk Alisyah.
Untung lu dapat bibik yang 'bagus' pada pandangan mata gua berdasarkan entri lu ni.
Apa pun...tahun ni besday GUA pada 4 Jun lepas. Pramugari gua boleh TERLUPA!!
Cis..baru aku rasa bagaimana hati Pramugari gua bila gua asyik terlupa je..HEHEHE

MOH KEMBARA Thursday, June 16, 2011 6:50:00 PM  

ASSALAMUALAIKUM YOB, ceeehhhh baik punya cover...budak besor tu bulehlah miker ayat! Pe2 pun kaborkan Selamat Harijadi dari Untie Halima naa!

MOH KEMBARA Thursday, June 16, 2011 6:50:00 PM  

ASSALAMUALAIKUM YOB, ceeehhhh baik punya cover...budak besor tu bulehlah miker ayat! Pe2 pun kaborkan Selamat Harijadi dari Untie Halima naa!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP