IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Budaya Melayu Islam umPORno.

>> Sunday, June 12, 2011

Kecoh perbincangan ‘meja empat segi’ pada suatu pagi (beberapa bulan lepas) semasa bersarapan pagi, gara-gara kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang membuat kenyataan, menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Menurut laporan, beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. Berita ini dipetik di Bernama.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja. Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam mengharuskan akad nikah dilakukan di masjid. Beliau berkata tiada halangan mana-mana pasangan Islam untuk melangsungkan perkahwinan di masjid, malah lebih digalakkan lagi kerana ia boleh memberi manfaat dalam bidang pengurusan.

Tidak berniat untuk mengulas kisah bernikah di masjid, kerana telah disebut ianya harus kerana ada maslahat umum seperti memudah urusan Imam. Namun dari satu sudut yang negatif tidak berapa cantiknya, kita dapat lihat satu realiti, ramai pasangan pengantin dan juga rombongan yang mengiring tidak menutup aurat dengan sempurna terutama kaum wanita, ini termasuklah pengantin wanita itu sendiri. Kebanyakan ahli rombongan juga ada yang memakai pakaian yang ketat lagi jarang, bersolek secara berlebihan (tabarruj) dan sebagainya. [Rujuk : Adab berpakaian menurut Islam]

Mungkin ramai yang tidak menyedari, terdapat adab ketika berada di masjid dan adab ini wajar kita praktikkan jika kita bercadang untuk ke masjid. Setiap Muslim perlulah memelihara adab yang disyariatkan berkaitan masjid. Apakah adab yang perlu diketahui oleh orang Islam dan bukan Islam mengenai masjid? Antara adab-adab masjid ialah :

1. Semasa berangkat ke masjid

Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid. Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan. Bagi wanita tidak dibenarkan berlebih-lebihan dalam mengenakan wangi-wangian.

Sebelum ke masjid hendaklah membaca doa ke masjid seperti diajar Nabi SAW, antaranya: Allahummaj’al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam’i nuran, wa’an yamini nuran, wa’an syimali nuran, wa’an amami nuran, wa’an khalfi nuran, wafi ‘ashabi nuran wafi lahmi nuran, wafi sya’ri nuran wafi basyari nuran (yang bermaksud: Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di sebelah mukaku, cahaya di sebelah belakangku, cahaya pada uratku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku.)

2. Ketika berada di kawasan masjid

Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Masuk ke dalam masjid hendaklah mendahulukan kaki kanan dan keluar dengan mendahulukan kaki kiri.

Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa, “Ya Allah, bukakanlah untukku pintu Rahmat-Mu.”

Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: “Selamat ke atas kami dan atas hamba Allah yang soleh.”

Sebelum duduk, tunaikan solat dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk masjid.

Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai daripada memasuki masjid seperti di muka pintu.

Duduk dalam masjid dengan menghadap kiblat. Jangan bermundar-mandir dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di rumah Allah, maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk serta banyakkan berzikir dan bertasbih.

Berniat iktikaf selama duduk di dalamnya.

Memelihara kebersihan masjid dan tidak mengotorinya.

Jangan berbual dalam masjid mengenai hal keduniaan.

Jangan meninggikan suara dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-Quran. Tidak melakukan perkara tidak disukai syarak seperti bernyanyi, bertanyakan barang-barang yang hilang dan seumpamanya.

3. Ketika hendak meninggalkan masjid

Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.

Berniat untuk datang kembali.

Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: “Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk.”

Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.

Demikianlah adab-adab di masjid yang perlu kita praktikkan. Kita lihat beberapa masjid yang besar, namun jemaahnya sangat menyedihkan. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 19 yang bermaksud: “Dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Ayat itu jelas menunjukkan bahawa usaha memakmurkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah. Allah SWT dengan tegas menyatakan bahawa tugas memakmurkan masjid Allah hanya dilaksanakan oleh orang yang beriman. Maka orang yang tidak memakmurkan masjid bererti bukanlah orang yang benar-benar beriman.

Satu hadis yang menjelaskan mengenai keutamaan membangun masjid iaitu diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Usman, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang membangun sebuah masjid untuk mencari keredaan Allah SWT, nescaya Allah SWT membangun untuknya sebuah rumah dalam syurga.”

Bagi persoalan bagaimana cara untuk kita memakmurkan masjid? Antara cara yang dapat disenaraikan termasuk:

Mendirikan masjid di tempat dirasakan perlu untuk memudahkan umat Islam mendirikan jamaah. Hukum melaksanakan perkara ini adalah fardu kifayah.

Membantu dan menyokong masjid yang sudah didirikan.

Memuliakan masjid dengan tetap melakukan ibadat di dalamnya, menyebut Allah di dalamnya, sentiasa tetap didirikan solat berjemaah, mengadakan program ilmu seperti tazkirah, kuliah ilmu dan seumpamanya.

Menjaga adab dalam masjid seperti yang sudah diterangkan di atas.

Bagi mereka yang dilantik menguruskan masjid, hendaklah melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada masjid seperti memperbaiki masjid, memastikan azan sentiasa dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat, memastikan solat berjemaah sentiasa didirikan, ‘mewangikan’ masjid dan memasang lampu sekadar perlu lebih-lebih lagi setiap kali hari raya, menambah pendapatan wakaf masjid dengan berlaku jujur dan ikhlas dalam menjaga harta itu.

Pada masa sama, hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakas masjid, manakala pegawai masjid, imam, muazzin, tukang bersih dan seumpamanya hendaklah menjalankan tugas yang telah ditetapkan untuk mereka.

Wallahua’lam. - dipetik dari email.
p/s: begitulah adanya budaya islam di malaysia yang masih di amalkan oleh kebanyakkan keluarga/sanak saudara melayu2 bangang yang membuat akad nikah di masjid, pakai tudung macam shahrizat dan kebanyakkan ahli umPORno, rambut warna warni, baju ketat atau jarang dan macam2 lagilah...


Jenis melayu bangang yang mengaku Islam, oopppsss... Islam cara umPORno hahaha... masih ramai dalam masyarakat kita, perosak agama... contoh dan tauladan Islam yang menjadi ikutan sejak 50 tahun dahulu.

7 IkutSukaLu...::

MOH KEMBARA Sunday, June 12, 2011 2:49:00 PM  

Assalamualaikum Yob, kalau tengok kat TV/majalah, depa yg masuk masjid tengok org menikah ni cam masuk kelab dangdut, hingaqnya...

Anonymous,  Sunday, June 12, 2011 3:34:00 PM  

hahahaha...aku pun penah ulas pasal benda2 alah nie...mmg x salah akad nikah kat masjid, cuma adab diorg je yg salah..nek meluat tgk org2 camtu..igt MASJID tu tmpt pertunjukkan fesyen gamaknya...

Unknown Sunday, June 12, 2011 6:24:00 PM  

Bagus la buat kat masjid nikah tu. Tak salah jugak tak buat kat sana. Sebab kalau buat kang keadaan tak terkawal. Huru hara. Yg tak pakai sopan tu dah tentu la jenis tak berapa tutup aurat ni. Kut dia dlm 'transition' nak jadi better person, tak pa la, kita maapkan. Tapi jenis UMNO pakai tudung haran jadah sekerat sekerat tu..memang kita marah punya la.

Tu belum lagi ada yg masuk sembang punya deras, hingaq. Pakat ketawa besar lak tu dlm Masjid. Membazirkan letrik tentu punya la. Mana taknya pasang semua air-condiotioner, kipas, lampu, bagai. Kut depa tu bayar sewa sekian bayaran yg patut tak pa la lagi. Ni macam rumah sendiri, atau, rumah mak pak dia saja.

Tu lad depa, jenis Melayu Mudah Lupa! Ingatkan orang lain bukan main lagi , masjid tak boleh berpolitik la, kempen la, pilihanraya la...TAPI jenis yg sekali sekala masuk masjid ni payah. Kalau tiap hari pi masjid buat perangai siot tu, lagi la SIAL~!

buntat,  Sunday, June 12, 2011 8:02:00 PM  

kadang-kadang pelik gak mcm mana islam ni dilihat oleh puak2 umprono ni, nak kata khawarj, muktazilah, wahabi marah lak, tapi dr pemerhatian gua la ada mcm ikut guru nanak, ambik islam suku, budaya hindu suku, budaya anamisme suku jadila mazhab baru yg disebut umprono

rexuan Monday, June 13, 2011 9:50:00 AM  

adoii.. lu kasi bola tanggung la.. haha.. budaya umno konon.. pasal apa tak sebut budaya pas-pis-pus bawak masuk pompuan-kapir-lahanat DAPig langkah-mayat-kapal-sink masuk masjid? siap berdiri kat atas saf org laki sujud pulak tu. mmg otak sengkuang betul la lu org nih.. tak kan gua nk cerita kot kawan pas-pis-pus dan pkr gua yg kwen dkt masjid yg pakai mcm ahli umno yg lu org ckp kat atas tu..

yg gua super heran, yang melucah tu dsai, yg dilucah personal assistant dan kapir-cina, yg mendedah kawan baik dia.. tp umno pulak yg digelar umporno.. hahaha tak payah jwb sbb ni sindiran semata-mata.. hahaha

opisboi Monday, June 13, 2011 12:33:00 PM  

apsal lu kasi tunjuk muka monopause ini bro! potong stimlah, aiik mau 2-3 hari baru bolih kaber wa ponya ketegangan...buat sueyyyy jer nengok muke betina pariah ini

heatonxp Wednesday, June 15, 2011 3:04:00 AM  

Ini masalah kecil, pastikan x da umPORno pegang jawatan dlm Masjid(sebab puak ni bebal). UmPORno hanya iktiraf melayu jer.

Jalan penyelesaiannya, kalu tok siak nampak mereka(yg berkaitan dgn pengantin) melanggar adab dalam masjid......HALAUKAN SAJAAAA KELUAR.

Sebab kalau Taok Siak UMPORNO terdengar cina bertutur bahasa cina dalam masjid...dorang ingat cina ni semua kapir, dlm masjid cuma boleh cakap melayu kata dorang. Padahal cina tu suruh kawan dia tolong buang tahi cicak jer dan mereka tu mualaf...BODOHHH punya MAHATHIR.

MAHATHIR persendakan nabi pun x kena halau, macam mana dorang nak halau melayu yg x beradap dalam masjib, dorang ingat sedara pengantin semua ISLAM....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP