IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

SURAT TERBUKA KEPADA DR. WAN AZIZAH

>> Wednesday, May 18, 2011

Entry ini gua petik dari kotak email, gua siarkan tanpa prejudis dan berharap dapat menyelesaikan persepsi negatif masyarakat dalam isu jijik mainan umPORno dan media pencacai yang sewaktu dengannya. Baca dan terpulang kepada perspektif masing-masing...

(kalau lu orang nak hentam... pi hentam kat link nama penulisnya di bawah tu... hehehe... gua letih aarrr.. hari ni...)



Sebagai isteri dan ibu, saya turut bersimpati dengan derita yang melanda Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya dengan isu pendedahan video seks yang didakwa menunjukkan Anwar Ibrahim melakukan perhubungan seks dengan seorang pelacur Cina. Mana-mana isteri di dunia ini akan luluh hati terluka jika benar suaminya telah berzina, dirakam aksi seks dan tersebar seluruh dunia. Disiarkan pula setiap hari dan malam di kaca televisyen.

Jika benar ini fitnah dan dusta, alangkah teraniaya beliau dan anak-anaknya sebagai seorang Muslimah. Alhamdulillah, setakat ini Dr Wan Azizah kelihatan tabah berdiri teguh di sisi suami meskipun diserang bertubi-tubi oleh pihak musuh politik. Dr Wan Azizah telah membuat kenyataan demi kenyataan bahawa lelaki di dalam video itu bukan Anwar Ibrahim. Malangnya, masih ada yang mempercayai Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam video seperti yang didakwa.

Dakyah Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media Umno/BN telah berjaya meracuni minda sebahagian besar masyarakat. Ummah telah berpecah dan berbalah kerana video ini, sehingga masjid dijadikan gelanggang pergaduhan. Hukum syariah, ayat-ayat suci Al Quran menjadi bahan mainan dengan tafsiran-tafsiran ikut selera politik dan agama Islam diperlekehkan. Keretakan di kalangan ummah memberi ruang kepada musuh untuk bertindak.

Ketika ummah bercakaran maka langkah pro-aktif dituntut untuk menghentikan segala kekusutan ummah. Hakikatnya, hanya Dr Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya untuk menyelesaikan kekusutan ini. Dr Wan Azizah perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat. Hanya Dr Wan Azizah yang mampu untuk menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini.

Selama ini penafian secara lisan dari beliau telah diperlekehkan atas alasan beliau berkepentingan sebagai isteri untuk melindungi reputasi suami beliau. Tambahan pula si isteri adalah presiden parti yang berketua umumkan si suami. Mahu tak mahu, Dr Wan Azizah harus mengambil tindakan yang lebih tegas dan berani untuk menamatkan fitnah jijik ini.

Maka dengan ini, saya dengan segala rendah hatinya mencadangkan supaya Dr Wan Azizah membuat sumpah laknat atas nama Allah bahawa pelaku dalam video itu bukan suami beliau. Selepas membuat sumpah tersebut, beliau haruslah mengadakan sidang media di mana jam Omega suami beliau yang selama ini saya percaya di dalam simpanan beliau ditunjuk kepada para hadirin.

Tindakan Dr Wan Azizah yang tegas ini akan sekaligus menamatkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim dan menyelamatkan ummah dari berpecah. Tiada insan rasional dapat menolak kesahihan sumpah laknat yang dibuat oleh Dr Wan Azizah, malah itu lebih efektif dari apa-apa sumpah laknat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sendiri. Apatah lagi diperkukuhkan dengan adanya jam Omega yang menafikan sama sekali bahawa Anwar telah berada di tempat di mana video hubungan seks haram telah dirakam.

Saya yakin Dr Wan Azizah sedar dan peka bahawa kewajipan beliau kepada Allah SWT untuk menegakkan kebenaran dan keadilan mengatasi segala pertimbangan duniawi. Sesungguhnya penyelesaian kepada isu yang kian memecahbelahkan ummah ini terletak di tangan beliau. Saya amat berharap dan berdoa beliau menyambut baik cadangan ini dan seterusnya mengambil tindakan yang dicadangkan, Insya-Allah.

Sekian, Wasallam.

WAN NASUHA BINTI WAN HASSAN

23 IkutSukaLu...::

Khalel Wednesday, May 18, 2011 9:53:00 PM  

sumpah laknat mana plak nie...hei...ish2..apsl Azizah plak yg kena...sumpah mana yg nk dicadangkan nie? li'an (suami isteri), Mubahalah (jauh skali)..dah tu?...(nak kasi tau tuan punya emai , Wan Nasuha(aku malas..haha)..tolong2

Isa Wednesday, May 18, 2011 10:06:00 PM  

Khalel;

Izinkan gua ketawa dgn komen lu boleh tak? Jangan salah sangka, komen lu ada makna bro... Hehehe..

(balas komen lu dari tepi highway, tgh testing galaxy tab hahaha..)

buntat,  Wednesday, May 18, 2011 10:13:00 PM  

wan nasuha adik peka ngan masalah ummah bagus la tu, tp cdgn tu je yg kurg cantik, bkn abg x setuju, tp kalau ada cdgn yg lain lg bgus kot,

bro isa jgn marah gua kalu ngan kaum hawa kena sopan,

Isa Wednesday, May 18, 2011 10:35:00 PM  

buntat;

jantan memang macam tuuuu... hahaha..

NASUHI,  Wednesday, May 18, 2011 10:41:00 PM  

AKU SETUJU KAU NASUHA

TAK PAYAH DOK MENANGIS SIANG MALAM DOK JAJA CERITA

PERGI MASJID BUAT SUMPAH LAKNAT:

JIJAH BERSUMPAH JAM ADA PADA DIA DAN TUNJUK PADA UMUM

NUAR BERSUMPAH DIA TAK LAKUKAN

SIMPLE KAN, APA YANG SUSAHNYA, YANG SUSAHNYA KALAU ..........

Khalel Wednesday, May 18, 2011 11:08:00 PM  

haha...sumpah aper yg nk dilaksanakan nie?..haha...mana ader..rekaan melayu nie...li'an @ mubhalah?..langsung x...ikut Islam la.. bawa saksi.. kes nie dah belaku zaman nabi..nabi dah tunjuk cara, apsl x ikut..

bunbinban,  Wednesday, May 18, 2011 11:22:00 PM  

ada jaminan ke bila sumpah, umporno akan senyap?. Awal2 lagi ezam dah kata kalau anwar bersumpah, hanya kerana kepentingan politik. lum sumpah dah tuduh mcm, nak sumpah pun di tuduh mcm2, dah sumpah kang lg mcm2....hahaha...sabor je le

buntat,  Wednesday, May 18, 2011 11:37:00 PM  

td aku tgk video brahim alkataki, katany dgn penuh bangga,"ini lah salahudin al ayubi". Sumpah tergelak gila aku, sumpah apa yg aku nampak, bkn salahudin al ayubi, sumpah yg aku npak pendekar kemetot mcm sarjan penyamun bujang lapuk.
moral of the story:
org umprono kena percaya ngan aku sbb aku da byk kali sumpah td.

Sesumpah,  Thursday, May 19, 2011 1:21:00 AM  

Tidak ada jaminan, tetapi jaminan dari Allah sememangnya ada, sekiranya kedua-dua mereka (yang menuduh dan dituduh) bermubahalah, pasti salah seorang dari mereka itu berdusta..

Maka nanti kan sahaja janji Allah - sekiranya kamu berdusta, kamu sanggup untuk menerima laknat darinya..

Kalau dah rasa kebal sangat sampai tak lut senjata - cabar la Allah untuk menurunkan laknat.. kalau berani sangat la..

(Mubahalah tu berbeza dengan sumpah-sumpah biasa bang, kalau menipu melalui sumpah biasa hukumnya berdosa besar - tetapi boleh ditebus - Mubahalah ni plak kira sumpah yang tahapnya tahap NGERI, tak leh nak buat main Ooooo)

jai,  Thursday, May 19, 2011 1:42:00 AM  

Kah kah kah...

Sumpah amendenyer???

Tak habis2 lagi ke???

Kes ni dah dibicara di Mahkamah Syariah ke belum???

KALAU TAK MAHU DIBICARAKAN DI MAHKAMAH SYARIAH, BAIK TAK PAYAH ADA MAHKAMAH SYARIAH!!!

Buang duit rakyat je bayar gaji pada hakim mahkamah syariah, betul tak bro ISA???

Lepas ni jika disabitkan dengan kesalahan Qazaf, semua pakat angkat Quran buat sumpah MuBuatHelah.

Kah kah kah...

gedebus gedebas Thursday, May 19, 2011 2:19:00 AM  

sebelum buat ape2 kenyataan ngaji bia habis..kang x pasal2 yg jahil ni hny mengiakan aje la..

ini macam punya bangang pun ada,  Thursday, May 19, 2011 2:48:00 AM  

Sedap betul ayat dalam email minah ni. Pujian ada, nasihat ada, merayu pun ada.

Part merayu ni yang wa tak boleh blah...merayu pasal sumpah dan jam.

Wa ni ilmu agama tak tinggi tapi syukur wa ni tak rabun lagi la pasal benda bangang macam minah ni kata.

Wa nak tanya kat minah bangang ni...adakah sumpah dengan jam dapat mengubah nasib rakyat terutama ORANG MELAYU yang semakin hari dibangangkan dan semakin hariterpinggir dari ekonomi?

Apakah dengan sumpah yang dibuat dan dengan menunjukkan jam bangang tu umporno akan mengubah nasib orang melayu?

Wa sebagai rakyat kebanyakan tak dapat lihat kelebihan bersumpahan ini jadi jangan jadi CIBAI merayu dengan perkara yang mengarut-ngarut.

kalo siminah bangang ni nak tunjuk alim sampai langit ketujuh, sila tunjuk alim pada umporno kenapa jadi PANDIKUTTY sampai kehari ini walaupun dah 54 tahun memerintah.

Sebelum tu, bijik mata minah tu dah tengok dengan sahihnya ke dalam video tu ANWAR?

Kalau dalam hati tu sangsi samaada ANWAR atau ketidak, jadi apa gunanya DR WAN AZIZAH nak bersumpah?

Ini macam punya bangang pun ada.

Bro sila siarkan komen wa ni kalo lu rasa wa dah membantu lu kurangkan penat untuk jawap.

Keladi,  Thursday, May 19, 2011 4:08:00 AM  

Ni macam perangai SB ni.ini lah cara SB buat kat rumah pasung.tektik nampak menarik ,isi memang bangang.budaya SB yg ingin diserapkan pada minda pembaca.cik minah oi bdlajar lagi,lu punya tektik x cykup lagi da.

roahn,  Thursday, May 19, 2011 8:22:00 AM  

Wan Azizah,Anuar Ibrahim tak perlu bersumpah sebab orang ynag tuduh dia.Jadi orang yang buat tuduhan perlu buat apa saja(sumpah ke??)bagi membuktikan tuduhan yang dibuat oleh mereka.

opisboi Thursday, May 19, 2011 8:52:00 AM  

dalam al-quran golongan yg paling ramai bersumpah ialah orang 2 munafik! org munafik mana takut hukum allah...saudari tobat nasuha tak payahlah nak nasihat org suruh bersumpah lahanat? adakah bila wan azizah bersumpah puak2 pandiKUTTY ini akan terus berdiam diri..puak2 pandiKUTTY ini nak suruh anwar ikut rentak gendang yg di palu tapi tak jalan..olih itu saudari yg patut suruh 3 ekor pandiKUTTY tobat NASUHA.

Qaseh Bonda Thursday, May 19, 2011 10:16:00 AM  

Salam cik wan,

Tak yah nak sumpah menyumpah lah che wan aih!!

Banyak keja lagi kak Wan nak kena buat. Kak Wan tgh siap sedia atur strategi memandangkan suaminya akan masuk penjara tak lama lagi.

Bukan senang nak cari wanita, ibu dan isteri macam kak Wan tu dah sekarang ni. Dari seorang doktor mata yang tak bijak berkata2 kini bisa membangunkan semangat anak2 bangsa. Berjaya mengumpul kekuatan, bersama anak2 disisi..sokongan mantap dari saudara2, rakan dan taulan.

Boleh cari ka pompuan macam tu sekarang ni. Yang pakat dok perabih duit laki melambak2 dah. Tu tak kira ramai yang dok pekuda laki sampai laki2 la ni pakat mati pucuk...takut kat bini gila2 punya takut.

Nak harapkan tok mah dan kak Mah...kirim salam !!

Sampai ke tua dok berasa segak lagi..rambut tak berasa nak katup sebab dok hitam tak uban2..

Yang dok ada pun macam kadok naik junjung...serupa dia pandai perintah negara dengan gelaran wanita nombor 1 .

Jadi tak payah lah nak dok susah ajaq kak Wan kita nak bersumpah laknat kerja buat orang tak dak iman. Siap pakai baju kalis peluru pasai apa...langsung tak gerun pada kuasa Allah.

Dah semakin pupus wanita yang berjiwa macam kak Wan tu tapi yang macam cik wan dah tumbuh macam cendawan.

Sakit mata sakit hati tengok perempuan yang dok suka main drama ni. Dok buat lemah lembut serupa dia la baik.

Ukoq baju di badan sendiri naa..

Ngeri Bersumpah,  Thursday, May 19, 2011 12:02:00 PM  

Oooooooooooo... baru aku tahu bahawa tindakan nabi s.a.w mencabar puak Nasrani Najran untuk bermubahalah itu adalah merupakan satu tindakan ala2 golongsn MUNAFIK rupa2nya..

Makasih ye atas infonya..

Heheheheh...

Anonymous,  Thursday, May 19, 2011 12:58:00 PM  

buat malu orang nama wan je....hish!!!

tinta da'ie Thursday, May 19, 2011 5:36:00 PM  

salam bro,

izinkan gua mudakhalah (mencelah)..

apa yg dok bising lagi ttg sumpah ni..
kita dok sibuk ttg sumpah ni ada ke harga minyak turun?
adakah ada harga gula turun?
adakah taraf hidup kita terjamin?
gua nk tanya la kpd pembaca apa salah dsai sampai perlu dihukum oleh kita.
adakah sebab dia ingin mengubah masyarakat malaysia dia dikira bersalah??
fikir2kanlah..sebelum mencadang 2 tolong belajar dulu asas2 dlm agama..
ni prinsip keterangan islam..

org yang mendakwa kena datangkan bukti (saksi bg kes zina), orang yd didakwa perlu bersumpah..

ni terbalik lak..org yg mendakwa bersumpah..undang2 mana pakai ni?

tp sori la ye..sabitan kes jenayah zina tak boleh sabit dgn sumpah ye..

sumpah lian pula hnya utk kes suami isteri sahaja..

apa kena mengena SK dgn DSAI?

Kalu mubahalah pula, ada ke sumpah ini dalam kes zina?

tolonglah belajar dlu..

akhir zaman org jahil pun nk berlagak pandai..

kalau ye pun nk bersumpah, (kalau bolehla), bukan di buat di masjid.. sumpahla di mahkamah syariah..ni x kes qazaf anwar di mahkamah syariah sampai sekarang masih dibantah.. x jalan2..

apa punya KERAjaan daaa.

ok..gua chow dlu..

Lang Thursday, May 19, 2011 11:47:00 PM  

bala yg turun bukan saja dalam bentuk gempa bumi, tsunami, ribut topan, banjir kemarau... bala juga turun dalam bentuk harga minyak naik... perang sana sini... fitnah mcm jual barang kat pasar malam... sumpah dah mcm sumpah seranah...

renung2 kan apa allah tengah bagi kat kita...

Bukan Sesumpah,  Friday, May 20, 2011 12:54:00 AM  

Tah mende2 ntah...

Memang la dalam kes berkaitan qazaf, ianya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sumpah..

Tetapi sekiranya kita merujuk peristiwa Mubahalah .. perkara tersebut sememangnya berlaku dan ianya tidak mempunyai sebarang kaitan pun dengan isu qazaf..

So nak tanya cikit la - masa nabi bermubahalah dengan kafir2 Najran tu, ada ke dia (Nabi s.a.w) kemuka kan 4 SAKSI untuk menegakkan dakwaannya ??

Ada ke ????

Kalau ada - hadis mana yang kau rujuk ???

Sila la tunjuk...

Lagi kan orang kafir musyrik yang secara terang2 menderhaka kepada Allah pun seram nak bermubahalah...

Tak kan la orang cam Abdullah Bin Ubai bleh brani lak mahu mencabar Allah untuk menurunkan laknat kepadanya...

Kalau sumpah biasa, bleh la korang kata mempermainkan sumpah..

Tetapi kalau dah sanggup bersumpah sampai sanggup ditimpakan laknat dari Allah kepada diri sendiri - ni dah kira isu sumpah lain macam punya NGERI dah ni tau..

---------------

Kalau dah kerjanya asyik menyumpah pihak lain, memfitnah pihak lain bagi tujuan menafikan dakwaan dan sampai mempertikaikan keputusan mahkamah dunia, sampai bila pun tak selesai isu ni..

Senang cerita bermubahalah lah korang dua orang, biar Allah sendiri yang jadi hakim..

Sekiranya berdusta - individu tersebut sanggup menerima laknat..

Abeh isu..

Lantak dia lah kalau dia nak bermubahalah pun, bukannya laknat tu kena kat aku..


Hehehehehe...

Ngerinya Bersumpah,  Friday, May 20, 2011 10:07:00 AM  

Yup - benar tu...

Syaikh al-Dawani (Muhammad Ibn As’ad al-Dawani. Beliau yang wafat pada 918 Hijrah, merupakan ulama besar bermazhab Syafie.) menyatakan dengan jelas, mubahalah hanya harus dilakukan selepas berlakunya proses perdebatan dan mematikan hujjah pihak lawan, serta ternyata kebenaran dalam sesuatu isu yang menjadi pertikaian. Tetapi, pihak lawan tersebut masih tetap berdegil dan enggan menerima kebenaran.

Beliau mengatakan (al-Futuhat al-Ilahiyyah, jil.1, ms.326) :

Terjemahan :

“disyaratkan ia (yakni mubahalah) [dilakukan] setelah penegakkan hujjah (iaitu mematikan hujjah pihak lawan) dan [setelah dilakukan] usaha menghapuskan syubhat (keraguan), mengemukakan nasihat dan amaran [kepada pihak yang enggan menerima kebenaran yang telah terbukti], dan [setelah] semua itu tidak memberi faedah [dan kesan kepada pihak yang tetap berdegil], serta [ada] keperluan melakukannya (mubahalah)”.

Ini berhubung syarat keharusan melakukan mubahalah.

Berkenaan tujuan mubahalah dilakukan, ia adalah bagi menghapuskan kekeliruan dan kedegilan pihak terbabit menerima kebenaran, yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan mubahalah.

Dalam Futuhat al-Ilahiyyah (jil.1, ms.326), beliau berkata :

إنها لا تجوز إلا في أمر مهم شرعا وقع فيه اشتباه وعناد لا يتيسر دفعه إلا بالمباهلة
Terjemahan :

Sesungguhnya ia (yakni mubahalah) tidak harus [dilakukan] kecuali dalam perkara penting menurut [pandangan] syarak, yang berlaku kekeliruan [tentangnya] dan [wujud] kedegilan [pihak terbabit menerima kebenaran berhubung perkara itu], yang [mana kekeliruan dan kedegilan itu] tidak dapat diselesaikan melainkan dengan mubahalah”.

Tidak mustahil dalam kes jenayah syariah, boleh juga timbul kekeliruan yang tidak dapat diselesaikan oleh perbicaraan dan penghakiman di mahkamah syariah.

Juga tidak mustahil, dalam kes membabitkan jenayah syariah, wujud pihak yang tetap berdegil dan enggan menerima keputusan mahkamah. Jika hal ini berlaku, pertikaian tidak akan berkesudahan.

Oleh itu, jika keadaan ini berlaku, tiada pilihan lain melainkan mubahalah.

Memang benar, mubahalah tidak wujud dalam kes jenayah syariah. Iaitu ia tidak wujud sebagai salah satu kaedah perbicaraan dalam mahkamah.

Tapi ia wujud dalam bentuk ‘mekanisme menangani kekeliruan dan kedegilan’ pihak terbabit, yang tidak dapat diselesaikan oleh perundangan dan mahkamah.

Disamping itu, ketiadaan peruntukan mubahalah dalam kes jenayah syariah, tidak semestinya bermakna ia tidak boleh dilakukan dalam kes jenayah syariah tersebut.

Jika mahu diaplikasikan syarat keharusan melakukan mubahalah yang dinyatakan oleh al-Dawani tadi ke atas sumpah laknat berhubung isu video seks baru-baru ini, maka boleh dinyatakan bahawa mubahalah boleh dilakukan setelah isu video seks ini dimuktamadkan di semua peringkat mahkamah.

Namun, masih wujud pihak yang terbabit dalam isu ini, yang tetap berdegil tidak mahu menerima keputusan mahkamah.

Dalam keadaan ini, mubahalah boleh dilakukan jika ada keperluan, dan tiada cara lain bagi menghentikan pertikaian selain mubahalah.

Adalah jelas, mubahalah yang dilakukan dalam keadaan ini, selain tidak menimbulkan masalah, adalah satu keperluan.

-Shamsul bin Muda-

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP