Ramai Terlepas Pandang.
>> Tuesday, March 08, 2011
"Allah, batal air sembahyang saya".
Itulah ayat yang sering saya lemparkan jika saya bersentuhan tangan dengan penjaga tol wanita yang tidak memakai sarung tangan. Kenapa ya.. masih ada segelintir penjaga tol wanita ni susah sangat nak memakai sarung tangan. Rimas kot...
Tapi kalau rasa rimas sekalipun, macam ada sesetengah kaum hawa yang tak bertudung sebab rimas, kena gagahkan juga lah. Sebab kerja yang mereka buat tu sudah pasti terdedah kepada aksi bersentuhan tangan dengan bukan muhrim.
Memang takde niat nak pegang-pegang. Cuma bila sesuatu perkara yang kita tahu akibatnya dan kita tiada usaha untuk elakkan, ianya adalah menjadi sengaja lama-kelamaan. Atau memang sengaja minta dipegang supaya orang lain boleh rasa tangan kita lembut ke tidak.. Hehe...
Tak perlu lah saya sebutkan soal hukum disini sebab saya bukan seorang ustaz yang belajar kat Mesir. Sesetengah orang alert... perkara ni. Engkau siapa nak bicara soal agama. Belajar kat Mesir ke?
Cuba lihat gambar dibawah ni.
Kan manis dan elok jika begini. Pemandu-pemandu yang jaga 'air sembahyangnya' takdelah terasa macam nak elak-elak bila nak ambil baki wang. Akhirnya baki wang seposen dua jatuh kebawah dan terpaksalah penjaga tol bagi lagi sekali.
Nampak perkara ni macam remeh. Tapi bila remeh camni tak dititikberatkan jangan kita bermimpi untuk selesaikan perkara yang lebih besar lagi.
Jika ada akak-akak penjaga tol atau saudara mara mereka ada bekerja di tol dan susah sangat nak pakai sarung tangan, takpelah, nanti saya sponsor sarung tangan yang sejuk dan selesa untuk kegunaan akak-akak semua.
Mungkin sarung tangan yang dibekalkan oleh majikan akak-akak takde kelas agaknya. Untuk abang-abang pun perlu jugalah memakai sarung tangan ni. Sebab dijalanraya bukan ada pemandu lelaki sahaja. Pemandu wanita pun ramai. Malah ada tu yang lebih hebat dari pemandu lelaki sendiri.
Rembat dari Blog AzwanDengkil.
7 IkutSukaLu...::
aku mmg ada niat nk pegang2 bro..
harharhar
Salam wak
Wak ni saje nak tunjuk alim....eh leh setakat terpegang tanpa berahi..tak kan tak leh.
Sejahil jahil wa, wa dah sediakan sarung tangan dalam kereta, sebelum tiba kaunter tol wa dah panjang kan kepala, kalau perempuan tak pakai sarung tgn , wa pakai wa punya...selamat.
Wak kena pro-aktif....dan terbuka.
gua tak pernah...
Ah lupakanla
aiseh.. kalu betul nak jaga air semayang, nape tak yang drive tu yang pakai glove bile nak bayar tol? nape nak salahkan awek yg keje tol tu?
Gua guna smartag jer
cun jugak gambo awek tol yg abg isa paste tu ..hehe
Sokong, minta pemungut tol lelaki perepuan pakai sarung tangan.
Post a Comment