IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nasihat Kebabian Menteri Malaysia.

>> Monday, January 03, 2011

Perghh... sejak sehari dua nih, banyak suara2 yang merungut berkaitan harga barangan. Bila selesai beli belah di pasar.. selalunya gua dan pramugari melepak pekena breakfast dulu dengan tetangga atau kenalan di pasar, macam2 cerita boleh dengar beb.., gua hanya mampu senyum jelah.. lepas tu menyindir "PRU nanti kita pakat2 pangkah bn lagi... pasti hidup kita senang macam sekarang nih... hahaha..."

Atau jawapan paling simple ialah "kan menteri2 malaysia dah bagitau harga barangan kat malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran, tak caya bacalah surakkhabar kerajaan".

Lepas tu... tunggu jelah respons pakcik2 otai naik sheikh.... pong.. pang... pong.. pang... semua nama menteri kena maki... kah..kah....kah.... amat menyeronokkan dapat memanaskan suasana dan menimbulkan kesedaran kepada pengundi saluran 1 supaya sedar siapa barisan nasional sebenarnya... hehehehe... kempen bhai.. kempen...


Bila harga barangan di mainkan, maka akan keluarlah statement2 bodoh dari pak2 menteri dan statement2 yang paling popular di penghujung tahun 2010:

" memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga!!!
" tanam sayur sendiri untuk tampung kenaikan harga!!"
" harga sayur kita masih lagi rendah berbanding negara lain!!
" Jangan makan sayur!!

Pernah tak kita dengar pak2 menteri ini menzahirkan rasa simpati kepada rakyat..??? jawapannya tidak kan..??? Sementara itu dalam hati pak menteri pula mungkin berkata "biarlah rakyat mati kebuluran"...

Malah ayat2 di atas selalu di sebut berulang-ulang, oleh sebab itu kita kena simpati kat diorang sebab diorang bersusah payah melobi, menabur wang merayu undi nak jadi menteri. Bila dah jadi menteri tanggungjawabnya besar bhai..., ialah nak bagi samakan harga barangan kat negara kita supaya sama tinggi dengan negara jiran bukannya senang..., barulah boleh mencapai tahap negara maju menjelang 2020 nanti.

Selalunya jalan penyelesaian yang diorang bagi dengan menitik beratkan kesihatan dan keperluan rakyat, itulah yang di utamakan dan di dahulukan kepada rakyat, pencapaiannya pula diorang yang sakau..., antara nasihat2 prihatin menteri2 malaysia ialah, apabila:

1. Gula naik harga = jangan makan gula berlebihan nanti kena kencing manis

2. Sayuran naik harga = tanam sendiri kat tepi/dalam/atas rumah

3. Beras naik harga = kurangkan makan nasi nanti gemuk. Altenatif lain makan ubi2 lak.. macam ubi kayu, ubi keledek berbalik pada zaman jepun dulu. Atuk nenek dulu2 makan ubi kayu hari2 hidup jugak...

4. Harga makanan di warong atau restoran naik harga = jangan makan di luar masak sendiri bawak bekal.

5. Petrol naik harga = kongsi kereta (laki dan pompuan tak kira) lepas tu ada yang kongsi laki kongsi bini pulak.

6. Tol naik harga = jangan guna lebuh raya, guna jalan biasa, jalan lama.

7. Tambang bas dan teksi naik harga = guna basikal atau jalan kaki lagi bagus untuk sihatkan badan sambil bersenam pergi kerja, jauh dekat tempat kerja tak pulak diambil kira.

8. Harga barang2 runcit naik harga = kurangkan guna bawang, minyak masak dan sebagainya, masak rebus2 jer... janji dapat makan. Kopi , teh, milo, jangan minum banyak kafein tak bagus untuk kesihatan minum air kosong sangat2 bagus...(air yang sedap2 kesukaan kita dulu, sekarang ni dah jadi minuman orang2 berada jer..)

9. Susu naik harga = bagi jer... anak minum susu ibu sampai umur dia 6/7 tahun (macam la susu ibu tu boleh diperah2 macam susu lembu) boleh jarakkan kehamilan.

Alasannya boleh kurangkan kependudukan rakyat malaysia. Nanti kalau tak cukup tenaga kerja tak susah boleh import dari Bangladesh ke.. Indonesia ke.. kalau tak pun bela lembu dan kambing sendiri kat belakang rumah.. cuba bayangkan tiap2 rumah ada seekor lembu atau kambing.

10. Harga ayam, daging naik harga = jangan makan ayam dan daging tak elok untuk kesihatan boleh kena darah tinggi.

11. Harga rokok naik = jangan merokok tapi kerajaan import rokok dan bagi lesen buat rokok, tanam tembakau untuk siapa?? dah tentu untuk perokok la kan tapi jangan merokok yea...

12. Harga pakaian pun naik harga = jangan beli pakaian selalu, beli setahun sekali jer.. itu pun beli kain yang murah2 dan jahit sendiri...

13. Ada duit lebih ??? jangan belanja yea... simpan dalam bank untuk kemudahan ahli2 koperat keparat dan kroni2 meminjam dan buat projek2.

14. Harga utiliti naik = jimatkan letrik, dan air.

Banyak lagi beb.. tapi letih nak menaip. Adakah dengan cara ini sahaja kita dapat mengatasi masalah kenaikkan harga barang?? adakah dengan teramat berjimat cermat ini boleh menurunkan harga barangan...??? jawapannya tidak kan.. sebabnya...???

Marilah kita bernyanyi ramai2 lagu *bangau oh bangau* kerana pengakhiran jawapannya ialah "harga barangan dan perkhidmatan kat Malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran..."

Pernah tak kita dengar mereka menzahirkan rasa simpati?? Tak pernah kan...???

Jadi kepada puak2 umnoaopco yang masih tegar menyokong parti haramjadah umnoapco/bn tu... lu orang pun terpalit sama dengan kenaikan harga barangan nih..., perlukah lu orang bersimpati lagi dengan pak2 menteri yang pembohong dan kaki belit ini...????

Lu orang pikiaq la... sendiri... hahaha...

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, January 03, 2011 11:08:00 PM  

seronok dafi..bertuah dapat makan sayur yang di tanam oleh maknye sendiri

Lang Tuesday, January 04, 2011 1:51:00 AM  

bro,

kahkahkah... pengikut tegar dah tak boleh pikir dah... main turut jek.. tu yg depa tak risau pon... puak2 ataih pagaq bukan susah nak tekel... nak pru nnt, turunkan harga petrol 2, 3 sen... pergh.. berebut puji pujian tu.... sokong tetap sokong, kerejaan memang prihatin pada kesusahan rakyat... pada hal udah lama susah tu... abis undi... selaras balik la... (macam modus operandi hyper and super market jek... naik harga... bagi diskaun besar masa nak habiskan stok) kalau tak caya... pi tanya yg masuk rancangan TV 3suku 'Bersamamu'

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP