IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Makan Gaji Buta LOL.....

>> Monday, January 24, 2011


DVD cetak rompak kelihatan dijual secara bebas di kaki lima di Jalan Alor dan Shopping Mall di Kuala Lumpur dan sampai ke Kota Kinabalu dan Sarawak seolah-olah mereka telah diberikan lesen oleh Finas dan pihak berkuasa tempatan.

Pada tahun lalu, KPDNKK memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap penjual, pembeli atau pengedar DVD cetak rompak, walaupun hanya sekeping, akan tuduh di mahkamah dan akan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh KPDNKK.

Nasib baik Kabinet Malaysia tidak meluluskan pindaan undang-undang tersebut kerana Penguatkuasa KPDNKK tidur dan menerima gaji buta setiap bulan kerana DVD cetak rompak dijual di hadapan mata tanpa Sijil B; terutama di pusat membeli belah di Karamunsing, Tang Dynasty Mall, Megalong, Wisma Merdeka dan di Komplex Membeli Belah di Labuan.

Kami ingin bertanya Ketua Pengarah KPDNKK adakah pengkuatkuasa menjalankan tugas seharian membanteras kegiatan haram DVD cetak rompak atau pegawainya hanya datang pejabat dan duduk bersembang atau berfacebook sampai petang dan terima habuan bulanan daripada sindiket DVD cetak rompak dan makan gaji buta dengan kerajaan?

Mustahil KPDNKK tidak tahu langsung kegiatan DVD cetak rompak yang dijual di Kompleks Membeli Belah di Sabah dan Labuan begitu berleluasa?

Sehubungan itu, kami meminta Ketua Pengarah KPDNKK turun padang dan melakukan ‘walk about’ sendiri ke Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Lebih teruk lagi, Tauke VCD akan suruh pembeli menunggu selama 10 minit dan kerana mereka akan mengambil DVD/VCD di lokasi lain kerana tauke sindiket ini tidak simpan DVD di kedainya.

Pernah saya melihat dan mendengar penjual DVD cetak rompak diarah tutup gerainya di Jalan Alor, Kuala Lumpur oleh penguatkuasa DBKL; “Tutup cepat, lain group sudah mau sampai dan rampas.”

Beginilah kerja semua penguatkuasa. Harapkan pagar-pagar makan padi. Kami pernah menyalurkan maklumat kepada KPDNKK di sebuah Kompleks Beli Belah yang menjual DVD cetak rompak.

Tahukah anda apa penguatkuasa jawab? Mereka tanya, “Boleh tahu siapa lapor? Boleh bagi lot nombor dan tingkat berapa? Dalam hati, kami memaki kerana walaupun kami sudah beri semula maklumat, namun mereka tidak buat kerja sebaliknya kami pula yang jadi sasaran ‘tonto’.

Kalau di dalam kompleks pun mereka tidak boleh cari, sedangkan nama kedai dengan nama syarikat telah diberitahu, lebih baik pegawai tersebut berhenti kerja kerana tidak layak menjadi pegawai penguatkuasa.

Macam mana kami mahu menghormati Pegawai Penguatkuasa zaman sekarang jika semua mengamalkan rasuah dan makan gaji buta?

Salam Hormat,

ANTI RASUAH

7 IkutSukaLu...::

keladi,  Monday, January 24, 2011 2:13:00 PM  

nak buat camne lagi.tu la makanan untuk anjing2 umnoapco yahudi melayu.
time PR je tuan anjing kasi makan.time lain kene la buat cam tu.

Cik Melor Monday, January 24, 2011 2:31:00 PM  

salam kenal ya nama ku melor. Melor nak minta izin copy n3 menarik dr blog saudara ya.

Anonymous,  Monday, January 24, 2011 2:46:00 PM  

ala sok sok dkt ngan pru tengok lerrrr,banyak lerr operasi nak tayang kat umum yg gomen kuat wat kerrrjaaa

tukang kata,  Monday, January 24, 2011 2:56:00 PM  

makan ari-ari duit rasuah... duit gaji simpan buat pi haji..... ha ha ha ha

insaf teraniaya..,  Monday, January 24, 2011 2:57:00 PM  

susah hati aku bro...
berapa lama lagi rakyat malaysia akan menjadi pengguna barangan tak berkualiti...
sebut malaysia pastinya 1dunia tahu "no quality goods"..sakit hati aku tau tak...
kereta malaysia standart besi buruk,INTERNET MALAYSIA jangan cakaplah..sebutlah berapa "g" pun, 3g ke 4g ke atau 10g sekalipun memang teruk..hanya gah pada nama tapi line 1saat ada 10saat putus, tak pernah stabil..
yang aku paling marah RAKYAT BODOH, masih ramai yang masih bodoh dan boleh terima keadaan ni..asalkan ada dari takde langsung..ni lah idealogi yahudi..
BRO TOLONG PROMOTEKAN "RAKYAT BODOH"..NIE JEE LA SATU CARA NAK KASI MELAYU JADI PANDAI..KALAU TAK KUTUK TAK IKUTNYE..TAPI KALAU SELALU CAKAP MELAYU BODOH PASTI ADA YANG MALU NAK SOKONG KERAJAAN LAGI..CUKUP2LAH APA YG PEMIMPIN Dah BUAT..LARIKAN DUIT 208 BILLION..BAYANGKAN KALAU DIBAGI PADA RAKYAT, 1ORG AKAN DAPAT 2BILLION SEBAB RAKYAT TAK SAMPAIPUN 59JUTA....BETUL2 RAKYAT MALAYSIA BUTA PERUT..

Lau Tze Monday, January 24, 2011 4:45:00 PM  

kah3 kat kg aku vcd blue (luncah) boleh dpt kat pasar malam je..

tukang kata,  Tuesday, January 25, 2011 12:13:00 PM  

Bro insaf kerajaan umno apco nak bagi buleh angan2 jer bro masalah kita ni pasal nama bangsa silap tang nenek moyang kita dulu buh nama MELAYU MAKSUDNYA DAH NAK LAYU dipasar pun kalau barang dah layu orang pun tak mau

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP