IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Khidmat Masyarakat

>> Thursday, January 06, 2011

Salam semua,

Gua baru jer.. balik melawat seorang sahabat yang isterinya menghidap penyakit kanser payudara sejak tahun 2008, gua tengok kehidupan keluarganya dah tak seperti sebelumnya, masalah kewangan semakin teruk akibat kos rawatan yang tinggi. Tambahan pula dengan kos sara hidup sekarang ini... berpeluh dahi beb...

Hinggakan buka sekolah ni pun... ntah la... susah wa nak cakap, kesian dan simpati jugak la.... bila mendengar keluh kesahnya tadi, tapi takpalah... gua tak nak bercerita lanjut pasal masalah beliau kerana beliau sendiri tak mahu kisah kesempitan keluarganya menjadi bahan bualan atau simpati. Gua kena hormat pendiriannya.

Ohh... yea.., isteri beliau juga mengamalkan pemakanan vitamin B17 di samping mendapatkan rawatan hospital, alhamdulillah kesihatan isterinya semakin pulih dan doktor mengesahkan tiada tumor dan sel kanser baru setakat ini. Jadi di samping mengamalkannya diorang jadikan produk ini sebagai pendapatan sampingan dengan menjualnya bagi membantu pesakit2 kanser yang lain. 

Sebelum ini gua dan rakan2 lain ada juga membantu tapi dengan cara masing2 lah..., apa yang boleh wa bantu... wa akan usahakan, contoh seperti sebelum ini wa membantu buatkan blog untuk beliau iaitu blog Canser vs B17 untuk promosikan produk Biji Aprikot (vitamin B17) yang dikatakan makanan terbaik untuk penyakit kanser.

Dan jika lu orang lihat di sidebar blog wa ini dah lama iklan produk tersebut di situ, percuma dan tiada caj. Dan gua juga memohon jasa baik sahabat blogger seperti blog Fakulti Siyasah Syariah , Dr. Abdul Wahab Arbain , LunduzExtreme.Net dan Best1ofFour untuk tolong promosi dan juga iklan berbayar RM5.00 sebulan di Blog Simple Me (ikut kemampuan merekalah).

Sesekali jika ada kelapangan wa akan emailkan apa juga artikel yang gua terjumpa dalam Groups yang gua join untuk mereka update blog, maklumlah mereka bukannya jenis celik IT pun... masih terkial-kial lagi dengan dunia IT nih... insyallah... akan wa usahakan membantu selagi boleh.

Maklumlah... wa kan banyak dosa mengutuk parti umnoapco haramjadah tu... jadi wa kena balance kan dengan sedikit pahala yang tak seberapa nih.... kah...kah...kah.....

Kepada rakan2 blogger yang wa sebutkan nama Blog mereka di atas tu... wa ucapkan ribuan terima kasih dengan keikhlasan lu orang semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Inilah jasa dan khidmat komuniti yang boleh kita buat dalam membantu insan2 yang dalam kesusahan dan kesulitan hidup.


Gua juga di fahamkan oleh beliau tadi, bahawa pelakon Azean Irdawaty juga yang dikatakan hanya boleh bertahan sehingga bulan Oktober 2010 juga mengamalkan produk ini. Wallahuaklam... tapi wa buat search juga dengan pakcik google bagi mendapatkan kepastian dan hasilnya gua petik kata2nya;

"Sekarang setiap hari saya ambil Virgin Olive Oil yang didatangkan khas dari Palestin, makan biji habbatus sawda, biji aprikot dari Australia, ubat Cina, bersalawat, bertahajud dan membaca al-Quran setiap pagi. Berkat melakukan segala amalan itu badan saya rasa sihat dan segar.

"Esok (semalam) saya akan menjalani pemeriksaan lengkap seluruh tubuh termasuk ujian darah dan melakukan imbasan pada tulang bagi melihat perkembangan kesihatan. Saya berharap tiada lagi sel kanser dalam badan," katanya. -
sumber.

So... kepada rakan2 blogger yang dok membelasah bn/umnoapco 24 jam nih... kalau nak beramal jariah bolehlah tolong promosikan blog member wa di blog masing2... pandai2 lu oranglah nak adjust macam mana pun. Lagi pun nak buat amal ini tak semestinya dengan wang ringgit... banyak lagi cara lain.

Buat pembaca dan followers ikutsukaaku yang wa hormati, jika ada di kalangan saudara mara, ahli keluarga atau sahabat handai lu orang yang mengidap penyakit kanser bolehlah cuba produk yang member wa pasarkan ini. Sambil mengubati sambil beramal....

Lagi... apa yang wa nak bebelkan kat sini haaaa.... wa bab2 marketing ni kureng sikit... bab mengutuk umnoapco boleh laaaa.... hahahaha.... lu orang klik jelah kat link Kanser tadi... baca maklumat kat situ...

Setakat ini jelah yang mampu gua bantu.... harap2 dosa wa mengutuk umnoapco terampun kot... hahahaha....


5 IkutSukaLu...::

Unknown Thursday, January 06, 2011 12:33:00 AM  

Salam,

Saya ada order kapsul ini daripada blog itu. Amal untuk mencegah. Insya-Allah akan order lagi pada masa akan datang.


DUNIACACAMARBA

ISA Thursday, January 06, 2011 12:43:00 AM  

Tayadih Malaysia;

Oh... yea ke...???

Terima kasih bro... any feedback setelah lu mengamalkannya. Kalau tak mau cerita di sini, lu boleh email wa... zergdukes@gmail.com

Boleh wa kongsikan dengan member wa, lagipun wa dengan isteri pun makan jugak untuk pencegahan.

TQ.. bro for ur support.

kulupsakah,  Thursday, January 06, 2011 8:45:00 AM  

semoga 'dia' dan suaminya sembuh dan tabah

mahaza Thursday, January 06, 2011 9:56:00 PM  

Isa,
Lupa satu lagi bahan anti kanser yang menjadi amalan orang dolu-dolu tapi jarang diketahui iaitu kunyit hidup. Masalahnya nak cari yang muda sket nakbuat ulam tu yang susah. Sebagai alternatif sebab Apricot kernel yang roasted atau kapsul melibatkan kos yang agak tinggi sedikit walaupun orang Shah Alam boleh dapat apricot kernel roasted ni dalam kuantiti yang banyak dan mudah.

noorafzan Friday, January 14, 2011 6:42:00 PM  

salam bro,tq sebab mention blog saya.
oh ya..
lepas ini saya akan terus je letak iklan tu tanpa bayaran k.
sampai bila2 la orang kata.
haha~

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP