IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Yang Di Sanjung Yang Di Lupakan

>> Thursday, December 30, 2010


Almarhum Tuan Guru Dato' Haji Ishak Baharom sudah kembali ke rahmatullah, beliau adalah seorang ulamak, rakyat dan pejuang Islam.

Setelah dipecat daripada jawatannya tiada lagi nama beliau disebut-sebut.Malah, jika ditanya muda-mudi sekarang, berapa ramai sangatkah yang masih mengingati nama beliau? Sehinggalah pada hari beliau pergi mengadap Ilahi, tiada siapa yang peduli tentang beliau.

Satu keratan di sudut kecil akhbar melaporkan kehilangan tokoh ini seolah-olah hanya satu laporan biasa seperti kematian seorang ketua kampung yang pernah berjasa hanya dengan memegang jawatan JKKK.

Pada tarikh yang sama, seorang penulis lirik terkenal juga kembali mengadap Ilahi sehari selepas beliau memenangi satu anugerah yang paling berprestij di Malaysia, iaitu AJL. Di semua dada akhbar dan stesen radio membuat pengumuman rasmi disertai tangisan setiap warga seni serta peminat berkenaan kehilangan permata dalam bidang seni yang kononnya sukar dicari ganti.

Sedangkan, tiada siapa peduli walaupun seorang bekas mufti meninggal dunia? Siapalah mufti atau ulamak di mata masyarakat kita? Ulamak dimatikan, ilmu berkurangan. Dalam nas hadis, banyak ditemukan petanda yang menyebut bahawa salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat ialah ilmu akan hilang dan kejahilan meluas. Bagaimanakah ilmu boleh hilang?

Antara cara ilmu itu hilang atau diangkat oleh Allah ialah dengan cara mematikan ulamak dan bijak pandai. Ilmu matematik, ilmu alam dan segala ilmu lain yang tercipta atas kepandaian manusia tidak akan hilang. Yang akan hilang adalah ilmu agama.

Ilmu yang melibatkan hukum-hakam, cara hidup ciptaan Allah, fardhu 'ain dan ilmu al-Quran yang hanya sebilangan kecil saja manusia yang menguasainya. Hanya golongan ulamak sahaja yang menguasai ilmu ini. Apabila matinya seorang ulamak, maka pergilah ilmu itu dan kepandaian yang dipelajarinya bersama jasadnya.

Golongan yang tinggal ini, jika tidak menguasai ilmunya kini hilang tempat rujukan, maka jalan ke arah kejahilan mula tampak. Apabila tiada tempat rujukan maka kejahilan mula berleluasa. Hukum-hakam ditafsir secara membuta tuli dan sebagainya.

Itulah antara cara bagaimana Allah mengangkat ilmu, iaitu dengan cara mematikan para ulamak. Tidakkah ini satu tanda jelas pengakhiran dunia? Siapa sedar akan hakikat ini?

Atas dasar itulah tiada yang menangisi pemergian ulamak sedangkan berapa ramai yang kelam-kabut dengan pemergian seorang insan seni..???? seorang artis..????

Inilah rupa didikan "Ketuanan Melayu" yang dibanggakan

Tanyalah anak-anak kita hari ini dan kita akan dapati hampir semuanya arif tentang artis, bila tarikh lahirnya.., siapa pasangannya.., bila kahwin.., bila bercerai.., apa saja biodata artis pastinya mereka tahu dan hafal.

Tapi, berapa ramai anak-anak kita tahu tentang ulamak? Kitab apa dan ilmu apa yang didalami ulamak tersebut?

Ketahuilah, bahawa antara tanda kiamat itu adalah apabila masyarakat mula memuja-muja artis. Sedangkan kebanyakan artis itu adalah pembawa jalan ke NERAKA.

Renung-renungkan...

Al-Fatihah kepada Almarhum Tuan Guru Dato' Haji Ishak Baharom, Semoga ROHnya di cucuri RAHMAT.

1 IkutSukaLu...::

armal Friday, December 31, 2010 8:11:00 AM  

Sayu hati ini melihat gambar Almarhum Tuan Guru Dato' Haji Ishak Baharom. Alfatihah untuknya......

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP