IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

"Ketuanan Melayu" Pembawa Sial Kepada "Melayu"

>> Monday, December 06, 2010

Aku rasa keadaan yang ada sekarang ini bukan cuit lagi dah... tapi pulun habis-habisan!!!

1. Biasiswa untuk orang Melayu dan bumiputera ditukar menjadi pinjaman. Siapa cuit?. Rasanya itu bukan cuit....! Nak kata apa ya? Tamat belajar ramai anak-anak Melayu dijajah selama bertahun-tahun selagi tak langsai hutang pinjam!

2. Sekali lagi aku nak sebutkan banyak tanah rezab Melayu telah pun hilang tidak berganti. Siapa yang hilangkan? Cuit ke ni? Ini mentekedarah namanya bukan cuit!

3. Banyak tanah-tanah orang Melayu terjual kepada bangsa lain di kampung-kampung tradisional kerana kemiskinan. Siapa yang biarkan (atau cuit) orang-orang melayu di kampung-kampung tradisional masih miskin?

4. Banyak tanah-tanah orang Melayu hilang kerana bertukar milik kepada bangsa lain di Pulau Pinang. Siapa yang memerintah dan berkuasa masa kehilangan itu berlaku ? Siapa cuit tanah Melayu di Pulau Pinang ni?

5. Banyak rumah-rumah kedai di bandar-bandar berharga rm300 ribu ke atas hingga rm 500 ribu, orang Melayu mana di kawasan setempat itu yang mampu beli? Berapa kerat? Ini proses menghalau orang melayu dari bandar secara halus! Siapa yang buat dan lulus projek tanpa memikirkan kemampuan membeli orang Melayu ini? Kalau orang kata ini cuit memang tak cerdik! Ini ranggos namanya bukan cuit lagi.

6. Anak-anak Melayu selepas keluar universiti semakin ramai yang menganggur. Masuk U untuk akhirnya menganggur. Kerajaan mana yang menyebabkan keadaan hari ini semakin tidak ada kerja ?

7. Kekebalan raja-raja Melayu telah dilucut. Ini siapa punya angkara ?

8. Bank Bumiputera, ke mana pergi? Siapa yang menghilangkan bank bumi itu?

9. Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia. Ini bukan cuit hak orang melayu lagi ni. Nak kata apa tak tahu...kianat kot! Siapa punya angkara kalau tidak mamak tua itu dan UMNO ?

10. Korea Utara dan Korea Selatan sebangsa, berperang mempertahankan tanah kedaulatan masing-masing. Kerajaan negara mana bagi Pulau Batu Putih begitu mudah kepada negara asing? Ada?

11. Siapa yang banyak menipu peneroka Melayu di FELDA? Along ?

12. Siapa yang jahat tukar royalti minyak kepada wang ehsan kepada dua negeri majoriti bangsa Melayu Kelantan dan Trengganu?

13. Siapa yang bunuh parti Melayu, UMNO asal kalau tidak pemimpin-pemimpin UMNOPUTRA UMNO baru yang ada sekarang?

14. Siapa yang buat serahan bodoh tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura? Nik Aziz ? Ke Haji Hadi? Oh A Kadir Jasin?

15. Siapa yang suruh hapuskan tulisan bangsa Melayu tulisan Jawi? Surat khabar Jawi pun ghuyup! Angkara siapa ? Karpal Singh ?

So usah cuit hak orang Melayu! Tapi antara yang dipaparkan itu, cuit ke tu? Rasanya hak orang Melayu lebih daripada kena cuit!! Kena belasah, kena rampas (Kg Berembang, sikit lagi Kg Baru pula?), kena pulun, kena ranggos, kena rompak, kena tipu hidup-hidup!

Hari-hari ekonomi memberansangkan dan naik tapi harga minyak juga naik, harga barang juga naik, harga ikan tak usah cakap, harga ayam melambung naik. Pendek kata zaman BN semua Barang Naik (BN)!!!

Orang Melayu....pilihlah BN lagi.....pilih...pilih...!!!

Di petik dari blog GaramLada.

p/s: Najib Razak dalam Konvensyen BN berkata, kononnya PR bersikap talam dua muka, yang selama ini Keraaaajaan BN buat kita nak kata apa pula yeaaa... puak2 laknat umnoapco/bn nih... berapa talam punya muka dah ni...

So... lu orang sendiri dah baca bukti pengkhianatan "Ketuanan Melayu" terhadap orang2 Melayu... lagi mau sembang pasal "Ketuanan Melayu"...??? Suruh diorang pi hantuk kepala kat dinding laaaa... bodoh punya Melayu yang melalak melolong pasal "Ketuanan Melayu"... hasilnya Melayu yang paling banyak merempat...

2 IkutSukaLu...::

AzizMostafa Tuesday, December 07, 2010 10:17:00 AM  

@ Siapa yang suruh hapuskan tulisan bangsa Melayu tulisan Jawi?
-
Hari ini: Apa yang menghalang anda daripada menghidupkan kembali Jawi?!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP