IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kenapa Malu Mengaku...???

>> Wednesday, December 08, 2010

Translation : Written by Richard Teo
Thursday, 26 March 2009 00:00
Share Link: (terjemahan daripada Bahasa Inggeris)

Saya amat terkejut membaca laporan ‘Ayahku pasti bangga’ diceritakan oleh Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan di New Straits Times pada Mac 21.

Dalam rencana itu, Mahathir telah berkata bapanya Mohamad Iskander “… berupa salah satu di kalangan segelintir orang Melayu yang melarikan diri dari rumah untuk bersekolah (Penang Free School).”

Apakah bekas perdana menteri kita sudah nyanyuk sehingga beliau lupa akan nama sebenar bapanya sendiri? Bapa Mahathir ialah lelaki India berasal dari negeri Kerala di India selatan. Nama bapanya ialah Mohamad a/l Kutty.

Kalau dari segi baka (genetic), Mahathir yang bapanya India dan ibu Melayu akan digolongkan sebagai keturunan India. Namun Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sesiapa yang menganut agama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu akan dianggap sebagai Melayu.

Oleh kerana itu, jika diikutkan Perlembagaan, bapa Mahathir boleh dikata Melayu. Tetapi pada hakikatnya dan mengikut resam dunia, beliau adalah orang India.

Tetapi peliknya, Mahathir begitu segan sekali untuk mengakui warisan Indianya malah beliau mengistiharkan bapanya seorang Melayu walhal perkara ini tidak benar.

Bukan itu sahaja, dalam ucapannya di suatu perhimpunan anjuran badan Perkasa, beliau sampailah menyelar kaum bukan-Melayu yang menyamakan Dasar Ekonomi Baru dengan ‘apartheid’.

Dalam banyak ucapan-ucapan yang diberikannya, Mahathir telah bercakap dengan panjang lebar perihal hak-hak istimewa, sekaligus berpura-pura bahawa beliau juga bumiputera dan barang sesiapa yang bergelar ‘bumiputera’ boleh menikmati hak-hak istimewa dan kelebihan khusus untuk bumiputera buat selama-lamanya.

Mahathir adalah apa yang kita disebut ‘mamak’ di Malaysia. Ramai di antara orang India yang masuk Islam demi mendapat manfaat daripada status bumiputera. Sesetengah mereka berlagak lebih Melayu daripada Melayu jati.

Ramai juga mamak telah meraih keuntungan daripada status bumiputera dan telah berjaya menjadi menteri di bawah payung Umno. Tidak seperti kelompok ini, yang aslinya Melayu berjiwa halus dan penuh beradab.

Saya telah duduk berjiran dengan orang Melayu di Kelantan selama 40 tahun dan mereka berhemah tinggi. Mereka tidak sewenang-wenangnya menyalahkan kaum bukan-Melayu atas segala permasalahan yang dihadapi.

Dua orang budiman Kelantan yang perlu saya sebutkan nama mereka adalah Zaid Ibrahim dan Mustapha Mohamad, dan terdapat terlalu ramai lagi untuk dikira.

Jika Mahathir berserta jenisnya masih terus hendak memanggil orang lain ‘pendatang’, maka beliau perlu mencerminkan diri dulu. Beliau mempunyai latarbelakang warisan India dan bapanya berasal dari Kerala.
Mahathir tidak patut malu mengakui keturunan Indiannya. Mahathir harus mengumumkan dengan perasaan bangga kepada kalian bahawa beliau juga pendatang.

Walaupun usianya sudah lanjut, Mahathir tidak bersikap macam warga emas yang menghargai zaman persaraan sebagai waktu untuk bersantai. Beliau lebih berminat dan cenderong menimbulkan kebencian dan menyemat dendam kesumat dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Mahathir harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi memegang tampuk kuasa atau mempunyai pengaruh di dalam parti Umno.

Fakta ini ketara apabila beliau tidak memperolehi cukup undi pun di bahagian (Kubang Pasu) yang pernah dipimpinnya untuk dipilih sebagai wakil ke Perhimpunan Agung tahunan pada suatu masa dulu.


Versi asal rencana ini “Mahathir should examine his own heritage” diterbitkan pada 23 Mac, 2009 dalam ‘Malaysiakini’ sebagai Surat kepada Pengarang.

3 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Wednesday, December 08, 2010 10:00:00 PM  

Melayu koooo!!!!!!!!!!!! bukan mamak kooo!!!!!!! hahahahhahahah sikitol sikitol !!!!!!

Unknown Wednesday, December 08, 2010 10:06:00 PM  

It's NO wrong in self-proclaiming ownself of being a Malay. Macam lu cakap la, dah Perlembagaan negara begitu - Melayu mesti orang beragama Islam, bertutur & hidup berbudaya Melayu. Tun. M boleh kata dia Melayu, Zambry MB Perak yang hat baru dinaikkan secara haram-kasi-harus tu pun boleh kata pi la dia Melayu walau depa 2 tu mamak sebab ada darah India dalam keluarga.

Melayu ka Mamak ka Botak ka Cina ka tu bangsa yang sah, orang 1 dunia tau. Tak salah jadi mamak pun. Tapi depa tak mau ngaku, ya? Buat apa sorok-sorok keturunan entah? Malu kot? Tau malu ya?

Aku ingat kita berenti la calling names e.g. bila kita marah/beremosi. Panggilan seperti labelling orang Cina yang kita tak sua dengan "Komunis", India kita panggil "Keling", atau "Pendatang kepada Cina & India tu salah. Kot Indon yg takda permit paspot sah - PATI - tu kena la kita panggil depa nuh pendatang.

Calling names tak semestinya salah berdosa tapi kena la sesuai/tepat dengan karektor dia. Baru cun & efektif! Ha ha ha

Unknown Wednesday, December 08, 2010 10:08:00 PM  

alahai .."Botak"?? Tu bangsa mana mai pulak? hehe ..silap tu! Aku maksudkan "Batak" kat Indin nuh...typo..sorry all!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP