IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jangan Cerita Masalah Peribadi Kepada Najib/Rosmah.

>> Wednesday, December 08, 2010

Zaman sekarang ramai wanita atau lelaki tak jadi seorang perahsia lagi dalam urusan rumahtangga. Mengapa pasangan hari ini suka bercerita masalah... terutamanya wanita/isteri menceritakan masalah peribadi kepada lelaki lain (tak kiralah bujang or laki orang) kalau dalam perkahwinan bukan ke bila wujud orang ketiga akan menambahkan lagi masalah dalam perkahwinan tersebut.
 
Tetapi trend pada hari ini kita dapat lihat ramai isteri2 di luar sana jika ada masalah rumahtangga akan bercerita pada orang lain terutamanya kepada kawan sekerja, mula2 kongsi masalah lepas tu simpati dan lepas tu mulalah terpesong ke arah lain, lepas tu masuk bilik.
 
Senario macam ni selalu berlaku dan menjadi faktor penceraian, berlambak-lambak kes seperti ini di beritakan dalam suratkhabar. Begitu jugak dengan wanita yang belum bernikah lagi, suka sangat mengadu masalah kepada suami orang, mula2 kesian lepas tu jatuh cinta dan mulalah berkasih sayang beradik abang angkatlah kononnya, lepas tu terangkat....
 
Hal-hal seperti inilah mewujudkan hubungan rahsia, suami/isteri mula tak telus dengan pasangan masing2 dan terlalu banyak sangatlah rahsia. Tambahan pula zaman sekarang ini masing2 ada handphone, asyik berSMS secara sembunyi2. Bila tembelang pecah huru hara rumahtangga maka perceraian berlaku dan yang menjadi mangsa adalah anak2 bagi yang sudah beranak pinak, bagi yang belum ada anak pi mampuih la kat depa...
 
Oleh itu, kepada wanita/lelaki di luar sana lu orang harus bijak dalam menyelesaikan masalah sendiri, pusat kaunseling kan banyak kat malaysia ni.., dapatkan nasihat daripada ibubapa atau saudara mara, mengapa harus bercerita dengan orang asing dan secara tidak langsung mengapa mesti menganggu gugat rumahtangga orang lain, sesungguhnya jika anda buat orang lain menderita, satu masa nanti orang lain pula akan buat hidup anda menderita.
 
Gua sering nasihatkan kawan2 gua supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan isteri/suami orang, jangan pentingkan diri sendiri dan jangan la membina kebahagiaan di atas kesedihan orang lain. Jika hari ini kita susahkan orang, satu masa nanti kita akan di timpa kesusahan jugak, hidup ini adil dan Allah MAHA mendengar doa insan2 teraniaya fikir2 kan la....
 
Jangan sampai jadi macam kat bawah ni.... kalau gua bukan setakat jantan tu jer... kena penerajang, dengan betina tu sekali gua bagi penerajang...
 


Kopi'O kow punya dari sahabat Bujang Susah.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP