IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Dokumen "Ketuanan Melayu" Mana Daaaa...????

>> Tuesday, December 14, 2010


KUALA LUMPUR, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.

"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.

"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.

"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.

Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.

"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.

"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.

Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan.

Kah..kah..kah.... cabaran mahfuz nih bikin gua gelak guling2 jelah.... pasti kecut muka2 gang umnoApco yang selama ini secara membuta tuli sokong membabi buta melalak melolong "Ketuanan Melayu" sana sini.... tapi apa pun tarak....

Waachhaaaa.... sudah kena flying kick dua tiga bijik.... "Ketuanan Melayu" tong kosong lolongan puak2 bangang.... bila kepala taik melalak pasal "Ketuanan Melayu" ekor-ekor taik pun berdentum-dentam pasal "Ketuanan Melayu".... kesian aarrrrr.... gua tengok puak2 umnoApco yahudi laknatullah nih... asyik kena perbodoh jer... dengan pemimpin2 diorang.... hahahaha.....

Cuma gua risau satu jer....., nanti Najib suruh "specialist" dia buat satu dokumen sebagai bukti ada menyebut dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan "Ketuanan Melayu" dah tu pulak backdated tahun 1511... ngeeee....

Baru padan muka Mahfuz....!!!! Cabar lagi Najib Razak tu.... mamat tu serba magic wa cakap luuuu....

1 IkutSukaLu...::

1Crony,  Tuesday, December 14, 2010 8:28:00 AM  

Salam Tuan. Umat UMNO ni suka sangat bermimpi di siang hari dan tidak mahu berpijak di bumi realiti. Masalahnya, sampai bila perkara "Ketuanan Melayu" itu mahu disorok ke dalam kain mereka? Lama-kelamaan bangsa lain akan tahu juga tembelang mereka ini. Usahlah nak berlagak tuan atas nama sahaja, sedangkan ekonomi dan kewangan negara sudah lama dirampas oleh bukan Melayu. Majoriti Umat Melayu hanya menjadi lambang, Ali Baba, Nama Perekat dan Nama Cop sahaja di negara ini, tak lebih dari itu. Yang lebihnya adalah Pemimpin Melayu (terutama UMNO) manakala Melayu bawahan adalah sebagai kuli dan agen skim cepat kaya kepada bukan Melayu. Inilah hasil pengkhianatan yang amat nyata para pemimpin parti UMNO terhadap umat Melayu di negara ini dan perbuatan mereka itu tidak harus dimaafkan walaupun sampai ke liang lahat.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP