IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Belajar Ilmu Yakin... Mesti Mau Yakin...Beb.... !!!!

>> Wednesday, December 22, 2010

Ada satu kisah disebuah perkampungan... ntah di hulu banat mana gua pun tak pasti...., kisahnya tentang seorang Pencuri yang amat terkenal dengan kenakalannya, hinggakan duit tabung masjid pun di rembatnya... memang takda perasaan langsung mamat nih....

Al-kisahnya... seperti biasa modus operandinya pada hari2 tertentu tabung masjid pasti akan penuh, maka apabila tiba pada hari yang di nanti2 kan... si pencuri ini pun pergilah ke masjid, tepat 9.00 malam dia dah terpacak di luar masjid, tapi malam tu dia kantoi beb... ada pengajian agama pulak....

Jadi dia pun berkata sendirian... "takpa gua tunggu sampai diorang selesai, sambil2 tu... gua boleh tumpang dengar ceramah agama tu... dapat jugak pahala.." perghhhh... pencuri pun nak pahala jugak... so... dia pun cucuh rokok sambil berselindung di tempat baekkkk punya dalam perkarangan masjid tu... sambil mencuri dengar ceramah agama yang di sampaikan oleh seorang Ustaz.

Setelah selesai ceramah agama tersebut, si muadzin melaungkan qamat untuk solat Isyak... maka si pencuri ini pun turut serta mengambil wudhuk untuk solat berjamaah.... planning projek curi duit tabung masjid di kansel beb.... kerana setelah mendengar ceramah agama tadi.... otomatik dia berubah pendirian 365 darjah... terus jadi insaf....

Sekonyong balik dari masjid... fikirannya berserabut dan malam itu dia tak boleh tidur kerana memikirkan dosa2 yang telah dilakukannya sebelum ini, lantas dia turun ke tepi sungai berdekatan rumahnya untuk mengambil wudhuk, malam itu dia melakukan solat taubat nasuha... aminnnn...

Kemudian si pencuri itu berhajat untuk mengadakan kenduri bagi meraikan penghijrahan sikap beliau. Beliau juga berhajat untuk menjemput Ustaz yang telah berjaya menyedarkan beliau kembali kepangkal jalan walau hanya dengan mendengar ceramahnya sahaja.... memang POWER Ustaz ini....

Keesokkanya, setelah siap segala persiapan jamuan untuk kenduri secara kecilan di rumahnya, beliau bergegas ke masjid untuk solat zohor berjemaah sekaligus menjemput si ustaz dan beberapa jemaah masjid, memandangkan orang kampung mengenali sikap buruk beliau, maka jemputan beliau telah di boikot oleh para jamaah, tetapi si ustaz tak sampai hati untuk menghampakan permintaan si pencuri tadi...

Maka berjalanlah mereka berdua ke rumah si pencuri, dalam perjalanan ke rumahnya... si ustaz tadi mengambil kesempatan menasihat dan menyekolahkan si pencuri supaya bertaubat laaa..., berdosa laaa... bla.. bla.. bla....dengan perbuatannya selama ini..., hinggalah mereka tiba di tepi sungai, maka bertanyalah si ustaz...


Ustaz : Mana rumah kamu...???
Pencuri : Itu.... di seberang sungai... (sambil menunjukkan sebuah pondok kecil di seberang sungai)
Ustaz : Errr... macam mana kita nak kesana... mana jambatannya... mana sampannya.. untuk menyeberang kesana...???
Pencuri : Sebelum ini... memang ada sampannya ustaz.... tapi malam tadi telah di curi orang...
Ustaz : Habis tu... macam mana awak menyeberang....???
Pencuri : errr... saya berjalan kaki jer... ustaz... kenapa...???
Ustaz : Awak.... jangan nak permainkan saya... mustahil ada orang boleh berjalan atas air....!!!!
Pencuri : Kenapa... ustaz tak percaya ke....???
Ustaz : Sampai mati pun saya takan percaya, hanya orang gila jer... akan percaya cakap awak ni...!!!
Pencuri : Tapi.... malam tadi ustaz yang mengajar supaya kita kena YAKIN dengan Al-Quran dan Sunnah serta ilmu Allah yang kita belajar...., jadi saya betul2 yakin dengan Allah seperti yang ustaz ajar semalam...

Ustaz pulak jadi terkedu mendengar ceramah si pencuri..., untuk menguji keyakinan si pencuri tadi, ustaz sengaja mencabar supaya si pencuri berjalan dahulu dan dia ikut dari belakang..., maka di dahului dengan lafaz Bismillah.... si pencuri pun menyeberang sungai tersebut dengan berjalan kaki sahaja....

Maka di ikuti oleh Ustaz... di mulai dengan lafaz Bismillah beliau mengatur langkah untuk menyeberang sungai.... selepas itu lu orang fikirlah sendiri.... apabila si pencuri terpaksa berlari untuk menyelamatkan ustaz  tersebut... hahahahaaaa....

Moralnya : Pandai-pandai lu orang buat tafsiran sendiri.....

p/s: Kadang2 Ustaz yang mengajar di masjid2 di surau2, diorang sendiri pun tak YAKIN dengan apa yang diorang mengajar dan sampaikan, berbeza tuuuu... ceramah secara ikhlas dengan ceramah cari makan...

3 IkutSukaLu...::

sekamar rindu Wednesday, December 22, 2010 3:40:00 AM  

salam..

tuan, sangat mendalam kisah pencuri dengan ustaz ini..

hebat tuan..:)

ISA Wednesday, December 22, 2010 4:11:00 AM  

sekamar rindu;

hakikat dunia kini....

Aa Wednesday, December 22, 2010 10:53:00 AM  

Kat mana nak cari ustaz yang boleh beri ilmu Yakin ni bang.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP