IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

$RM$ - Haram Merayakan Perayaan Orang Kafir.

>> Thursday, November 25, 2010

Seperti yang selalu gua katakan, dalam Malaysia ada 14 Mufti (senarai mufti), ntah berapa belas pulak Jabatan Agama Islam..? Itu lu orang kiralah sendiri, itu tidak termasuk ntah apa2 jenis Badan Islam serta Majlis Agama Islam itu dan ini yang sedap di dengar tapi fungsinya wapuchitau.... dan juga tak termasuk senarai Ketua2 Agama Islam lagi tu.... ada berapa ekkk.. dalam 1Malaysia ni..??? Jom belajar mengira... hahaha...

Dalam punyalah banyak senarai kat atas tu... sorang pun tak terdaya atau berani menegur pompuan sorang ni... pompuan ni hebat.. fuhhh... memang tersangat hebat... wa tabik spring toink.. toink... toink... sama ini pompuan sebab dia berani...

Perkara sebenarnya ialah, setelah isu Festival Fesyen Islam (IFF) kini timbul pula isu menyamakan taraf Hari Raya Haji yang memperingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

Takkan takda penasihat agama? dan mana dia Ularmak Muda umnoApco? Takkan dok diam aje....??? Takkan fatwa Mufta Perak macam Tun Tan Sri Dato Sri Teramat Sri Muka Keramat Mulia Harrussani Zakaria masih tak nak dengar.

Kalau Ulamak Pas yang cakap memang tak betul dan di tolak mentah2, tapi ini bukan fatwa ulama Pas beb.... ini fatwa Tok Mufta lantikan Kerajaan Negeri Pasir Berdengung, Silver Darul Ridwan. Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN.

Ada jugak jenis manusia bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diambil manfaat. Mereka rasa mereka yang betul dan golongan ini apa peduli kepada ayat Al-Quran ke? Hadis ke? Ulama ke? Fatwa ke? semuanya dia main redah jer... pasal tu gua katakan dia ni berani....

Sebabnya kerana KUASA ada ditangan mereka, cakap banyak.. melawan sikit ISA ler... (IkutSukaAku). Dalam Islam... ini di namakan spesies jahil murakkab. Mereka tak tahu pun bahawa mereka ini jahil dan disangka apa yang dibuat itu adalah kebaikan semata meskipun tertegah syara’. Yang dipakai hanya akal semata.

Yea... lahh.... Islam moderate le katakan, dan nak tunjukkan semangat 1Malaysia kononnya... 1Malaysia kepala bapak diorang laaaa... lagi mengelirukan umat Islam yang jahil atau kurang didikan agama tetapi mengaku Islam, makin lama makin bercelaru... haru biru...



Dengan baju melayunya, dengan songkok tingginya... bila bercakap pasal Islam... perghhhh.., tetapi apabila kena dengan Bini Najib, perghhhh... jugak laaa... sebab takda siapa yang berani menegur.

Kenapa...??? Mengapa..???

Mungkin takut hilang pangkat dan jawatan atau umnoApco sedang berdakwah secara hikmah. Kalau nak menegur kena tegur secara Yes Sirr.... itu mengikut kata Ularmak Muda umnoApco... hahaha...

Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Nak nasihat cara hikmah macamana lagi? Harap-harap Tok-Tok Mufti-Mufta nasihat laa.. atau sesiapa agamawan dalam Umno tolong bagitau kat BigMaMa ni, mungkin dia tak tahu atau dalam bahasa arab cakap jahil dan kalau dalam bahasa melayu pasal dia berbangsa melayu maknanya BODOH... dan kalau dah banyak kali ulang perkara yang sama, nak bagi sedap lagi punya bahasa.. BODOH NAK MAMPUS...

Apalah malangnya umat Islam di Malaysia. Nak harapkan pemimpin, pemimpin pulak yang menjadi perosak agama.... akhirnya Alif tendang Wau = Sarkas jelah... hahahaha...

Di petik dan edit serba sedikit dari KedahLanie.

4 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Thursday, November 25, 2010 8:01:00 AM  

Terlalu ghairah 'mensatukan' sampai tak peduli hukum hakam... semua dibelasah sesuka hati. :(

ISA Thursday, November 25, 2010 8:23:00 AM  

kakcik;

nak buek camno laei... glamour punya pasal...

Mohamadazhan.com Thursday, November 25, 2010 9:14:00 AM  

salam bro, ulama muda tegur secara sir.hehe.diam2.hehe.tggu depa sampai kiamat pun xda rasa.ni smua fitnah akhir zaman btul. muncul ramai ulama2 su'(jahat) yang guna agama utk dunia.

MOH KEMBARA Thursday, November 25, 2010 12:25:00 PM  

Salam Yob, deme biasa semua buat campor-campor, bergaul ramah mesra maa.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP