IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pasal Gelang AC Mizal Pun Kecoh.

>> Wednesday, November 10, 2010

Gua bab-bab artis nih... gua malas nak ambik pot, sebab bagi gua dunia artis nih dunia neraka (kepada artis2 yang jenis hollywood/bollywood/hongkongwood/melayuwood), tak ingat akhirat punyeaarrr... baik yang dah tua nak mampus... atau pun yang baru nak mencipta nama...

Bukan nak kata yang gua ni.. baik sangat, gua pun jahat juga... gua pun minat hiburan.. gua pun layan muzik dan alat muzik... gua pun rock... rock jugak... tapi semua tu ada batasannya... janganlah sampai lupa akhirat... lupa hukum hakam agama... sebab nak glamour punya pasal... bodoh punya makhluk... termasuk la dengan kerajaan sekali.... hahahaha...

Bila gua terbaca di blog Camar Putih, Masyallah... ini belum capai title artis lagi sanggup berkorban demi memenuhi impian anak kononnya... khaaakkk ptuiiii.... wa cakap lu... bodoh melantun-lantun... dan mana2 yang jahil agama akan kata ooooo... dalam Islam boleh buat macam ni..., yang wartawan pulak.. publisiti nak lariskan akhbar.. siarkan cerita bangang macam tu... Jabatan Agama pulak...??? standard aarrr... Setan Bisu hal2 macam ni diorang mana nak ambik pot...

Sejak dua tiga hari lepas dah kecoh dalam FB dan ada juga blog yang siarkan kisah Gelang AC Mizal, tapi baru sekejap tadi gua terbaca lagi dalam Malaysia Sensasi kisah yang sama. Tapi gua bukan nak sentuh pasal mamat tu berniaga gelang tipu atau tak tipu... kalau menipu sekalipun itu urusan dia dengan orang2 yang dia tipu dan juga urusan dia dengan Allah, bukan gua ada share pun... pi mampuih la kat dia...

Yang gua nak sentuh... misalan kata ada artis yang jual barangan yang mengarut2... punyalah ramai pembelinya dan diorang punyalah yakin kononnya barangan tu bermutu dan berkualiti... itu satu hal. Hal selainnya pula menyentuh bab "Gelang"... kalau orang pompuan yang beli dan pakai gelang tersebut gua tatak helan punya... lantak pi la kat diorang... sebagai bahan perhiasan atau apa kejadah punya alasan pemakaiannya sekalipun.

Ini... yang beli gelang dengan harga sampai ribu riban dan di pakai oleh kaum LELAKI...., kalau lelaki India, Cina, Iban, Bidayuh, Singh pun gua tatak helan sama diorang, ini... lelaki melayu... kalau lelaki melayu bukan beragama Islam... pun lagi gua tatak helan sama lu orang....

Yang buat gua helan apabila lelaki melayu dah tu mengaku beragama Islam... takan masih bangang dan bingai dan bodoh nak mampus... tapi tak mampus mampus jugak.. hehehe..., hinggakan hukum seseorang lelaki memakai gelang pun tak tahu..???

Jadi memang padan dengan muka lu orang kalau lu orang dah terbeli Gelang yang tengah kecoh isu penipuannya sekarang ni.. (itupun kalau betul, kalau dakwaan tu tak betul sekalipun.. HARAM tetap HARAM)

So... dalam isu ini apakah penyelesaiannya..??? Lu orang rujuklah link yang di berikan. Bawak2lah bertaubat, bagilah gelang yang dah terbeli tu kat adik, saudara perempuan atau bini lu orang... tak pun jual jelah kat pajak gadai ke... atau member2 pompuan, paling sadis sekali... hadiahkan kat nenek lu orang... baru ada akai kot... perghhh.. bergaya sakan orang tua tu... pakai gelang ribu riban tak pun bangles bawak pi makan kenduri... hahahahaaaa....
 
Apa hukumnya lelaki memakai Gelang Tangan, Bangles dan yang sewaktu dengannya... klik kat sini.

Itu pasal laaa.. gua cakap.. kebanyakkan atau segelintirnya di kalangan Artis nih semuanya tak boleh di ikut... bangang melantun2... hukum agama diorang terajang ketepi jer....


Perghhh... cun tak janda gua... hahahaha...

8 IkutSukaLu...::

lizay_73 Wednesday, November 10, 2010 3:34:00 PM  

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Anonymous,  Wednesday, November 10, 2010 5:29:00 PM  

1) macam mana plak org p haji pakai gelang??

2) sila rujuk keputusan majlis fatwa mengenai pemakaian gelang

tubelawak Wednesday, November 10, 2010 5:43:00 PM  

sebab tu aku malas nak tulis pasal ni.. sebab aku rasa orang yang beli tu lagi super bodoh..

MOH KEMBARA Wednesday, November 10, 2010 6:00:00 PM  

salam Yob ISA, laa awat citer gelang. Yong tunggu pasal Phd si dr Fazley tu, tengh hot dari BBC News. Apa citer dr Fazley tu?

hj jamaludin,  Wednesday, November 10, 2010 7:54:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA
Lu punya cakap kat N3 lu "gua pun jahat juga... gua pun minat hiburan.. gua pun layan muzik dan alat muzik... gua pun rock... rock jugak.."
komen gua ialah Lu JAHAT , gua da lama iktiraf lu MEMANG JAHAT dan pasal ROCK ( batu ) , itupun gua dah lama tahu , tapi kalau lu ROCK . APAPASAL LU MAHU BUANG ROCK YANG ADA KAT DIRI LU???????????????? .Sejak bila pulak , lu ada simpan JANDA ???

Prof. Era Pasca Wednesday, November 10, 2010 9:31:00 PM  

cube klu artis tu ade kene mengene ngan rosmah? pasti meletop... kahkakhah

mahaza Thursday, November 11, 2010 12:15:00 AM  

bukan saja gelang, rantai pun ada gak... selamba derk jer dorang ni "halalkan" - untuk perubatan takpe... sohih ke idak ikut mulut dia aje.....

nota kaki: Isa dah jumpa puteri bunian ko?

AmenoWorld Sunday, November 14, 2010 3:11:00 AM  

Saya nak bagitau utk ikat pesakit, penjenayah tak semestinya hanya 'gelang' bentuk gelang tetapi bahan yg digunakan boleh diubah berdasarkan kepandaian kita. kena faham juga gelang apa yg diharamkan.. jika di imbas jam juga boleh di umpamakan sebagai gelang bukan? kesimpulan nya, gelang ac mizal mmg tak boleh dipakai sebab nampaknya bangle dan nampak sangat tak berfaedah bagi yg membeli nya

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP