IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kecoh Jer... Lebih, Tindakannya Mana..???

>> Thursday, November 04, 2010


KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat tentang program e-Kasih di bangunan Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada Harakahdaily baru-baru ini.
___________________________________________________

Kenyataan Dr. Lo'Lo di atas menimbulkan keraguan kapadaku, jika hendak berpolitik biarlah berpolitik secara adil dan bersih. Setiap kali ada isu sudah pastilah pihak umno dan barisan nasional yang akan dipersalahkan. Tidak salah untuk menyalahkan mereka, tetapi biarlah dengan telus. Jadi buktikanlah siapakah SDO tersebut.

Aku ingin nak bertanya kepada Dr Lo'Lo'. Kenapa tidak beritahu saja nama SDO yang cakap duit peruntukan Parlimen tu dibahagikan kepada Ketua Bahagian Umno?

Bukankah peruntukan tersebut adalah duit rakyat. Kalau benar, berterus teranglah agar tindakan dapat diambil. Kalau benar SDO itu bersalah, barulah boleh untuk kita menghentam.

Bercerita tentang dilema isu Chow Kit, seperti dakwaan Dr. Lo'Lo;
"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

Aku sudah 50 tahun bermastautin dan sebagai pengundi berdaftar di Parlimen Titiwangsa, rasanya isu Pasar Chow Kit orang-orang Indonesia yang banyak berniaga, bukan pasal Umno yang jual tapi kisahnya orang Melayu juga. TAK ADA KENA MENGENA dengan Lim Kit Siang dan anak dia pun. Rasanya kalau PKR yang memerintah, isu ini masih tak akan selesai, kerana ini masalah individu.

Tak perlu jauh sangatlah Dr Lo'Lo', pergi saja ke Pasar Keramat. Bukankah Pasar Keramat itu kubu kuat PKR khususya Pas. Mungkin YB dah lama tak pergi melawat pasar tu agaknya, cuba tengok sendiri berapa ramai INDON yang berniaga. Sama juga ceritanya, orang yang pangkah Pas dan penyokong PKR pun jual tempat berniaga pada Indon. Semuanya nak ambil untung atas angin dengan sikap PEMALAS.

Aku akui umno dan barisan nasional itu jahat dan jijik, tetapi sebelum menuding jari kepada mereka sepenuhnya, lihat-lihat jugalah jari yang menuding kepada kita pula.

Jika benar mengapa Dr. Lo'Lo tidak membuat laporan polis dan failkan saman atau dakwaan terhadap Kerajaan Barisan Nasional seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput.

p/s: N3 ini gua kopi O' kow-kow dari blog Pemantau.

Gua setuju jugak dengan apa yang beliau utarakan, ahli politik nih... asyik nak berpolitik jer.. 24 jam, tuduh sana tuduh sini... lepas tu senyap, kononnya perjuangkan untuk rakyat, baik ubn dan PR... sama jer.. perangai diorang nih..

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Friday, November 05, 2010 12:36:00 AM  

Saudara ISA,

Tak sukar untuk mengetahui siapakah SDO tersebut. saya rasa saudara sendiri pun boleh memperolehinya! perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Walaupun dinuktikan sekalipun, apakah jaminan perkara ini tidak akan berulang? Berapa banyak duit rakyat telah dibazirkan semasa pemerintahan UMNO BN selama 5 dekad ini. Setakat duit peruntukan yang tidak diberikan kepada beliau (Dr Lo'lo) tidak memberikan apa erti pada mereka!

mengenai isu chow kit ni dan pelbagai isu berkaitan dengannya. saya tak pasti kalau saudara terlalu naif dengan permainan kebanyakkan kakitangan majlis dan dewan bandaran. Berapa ramaikah antara mereka yang menerima suapan dari warga asing dan berapa ramai antara mereka yang jujur dalam melaksanakan tugas?!

Walaupun PR memerintah tetapi kesulitan untuk mendapatkan bantuan penguatkuasaan adalah begitu sulit. Berapa ramai dikalangangan kakitangan majlis dan dewan masih lagi 'UMNO' pemikiran mereka. Mereka merasakan PR yang berjaya mentadbir wilayah sebagai kumpulan asing dan tidak patut dilayan (sedangkan yang memeilih mereka rakyat). Ini semua adalah realiti saudara ISA. Tak percaya? saudara serveylah dalam majlis dan dewan bandaran.

saudara hendak meminta Dr. Lo'lo membuat laporan polis dan tindakan saman. Ini juga melucukan bagi saudara yang telah bergelumbang dalam politik di Malaysia. Berapa banyak laporan yang telah diambil serius oleh polis dan SPRM jika laporan itu melibatkan UMNO? berapa ya? saudara sendiri ada jawapanya..

oleh itu saudara fikirkanlah. Bukan saya ingin menyokong Dr Lo'Lo tapi ini adalah realiti berpolitik dan kehidupan di negara kita.

Jika ingin bertukar pandangan sila emel saya di notoracist@gmail.com

Lang Friday, November 05, 2010 1:01:00 AM  

salam bro...

setuju dgn anon... inilah yg menjadi masalah bila mind set penjawat awam sukar memisahkan antara kerajaan, parti dan tak kenal 'rakyat yg memilih'...

parti yg memerintah telah berjaya mendoktrinkan minda penjawat awam dengan cerita2 pembangunan, menakut2kan dengan pertukaran dan 'cold storage'... dasar parti itu kerajaan dan kerajaan itu parti telah lama menebal dalam corak pentadbiran kerajaan... tiada pemisahan antara legislatif dan eksekutif...

bukan kepada dr lo'lo saja.. sekiranya ada pemimpin dalam umno yg cuba menungkah arus atau menukar doktrin ini pasti akan berhadapan dengan hukuman.

Anonymous,  Friday, November 05, 2010 2:48:00 AM  

betul setuju..
masa sidang dewan rakyat dulu pun.. dr.lo lo kata kes curi pasir diselangor..kenapa PGA tak ambik tindakan .... hehehe,,..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP