Hutang, hutang, Hutang....
>> Wednesday, November 17, 2010
Inilah kenyataan hidup golongan rakyat marhaen Malaysia, dari lahir dah menanggung hutang, hutang... dan berhutang. Dimana tanggungjawab kerajaan yang memungut berbilion cukai... wallahu'alam.
Pelajaran kena bayar, Hospital kena bayar segala-galanya kena bayar. Yang kaya raya adalah Menteri-Menteri, Kaum Kerabat Menteri, kroni-kroni menteri dan aparat-aparat yang berkaitan DAN sewaktu dengannya...
Rakyat...? Nak jual sabun pun kena rampas...
Nak jual longgok-longgok buah kena rampas
MINTAK LESEN tak dapat...
Mintak Permit Teksi... sendiri mau ingatlah.....
Nak Melawan????
LAMA LAMA APA AKAN TERJADI... FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI APA AKAN JADI... BILA RAKYAT TAMBAH TERHIMPIT...
Jom.... lihat Sejarah Pemerintahan Malaysia:
Zaman Tengku Abdul Rahman:
Siapa dapat masuk U dapat Biasiswa, habis belajar dan berkhidmat. Kerja senang dapat bagi Graduan, malah belum habis lagi dah ada offer.
Bagi Graduan gaji starting lebih kurang RM1000.00
Barang makan bukan main murah: Ikan kembung 15 sen sekati
Beras segantang (3KG) RM1.20
Basikal RM90.00 Raleigh beb...
Harga Motosikal Kapcai RM 350.00 (Honda) Vespa RM600.00
Harga kereta Nissan 1200 masa itu ialah RM7000.00 (Brand New)
Hantaran Kahwin RM200 - RM300 jer....
Era Abdul Razak;
Ada Biasiswa. Gaji Graduan starting: RM1200.00
Honda Kapcai RM800.00
Harga kereta Nissan Sunny 1200 RM9500.00 [Brand New]
Hantaran Kahwin RM1000... kira dah besar tu...
Era Husain Onn
Masih ada Biasiswa (Bagi yang score baik)
Gaji Graduan starting: RM 1300.0
Honda Kapcai RM 2000
Harga kereta Nissan Sunny 1300 RM 12000.00 [ Brand New ]
Hantaran Kahwin antara RM 1000 ke RM 3000
Era Mahadhir
Awal: Masih ada Biasiswa berpilih
Akhir tiada lagi Biasiswa hanya ada Pinjaman PTPTN 4% faedah/MARA
Gaji Graduan RM 1600.00
Honda Kapcai RM 4000.00 ++
Harga kereta Malaysia [ Proton ] RM 21,000
Kemudian RM 33,000
Kemudian RM 49,000
Begitulah seterusnya sampai hari ini..., barang makanan melambung tinggi. Dikenakan bermacam-macam cukai. Jurang pendapatan antara miskin dan kaya melebar jauh. Jenayah pun meningkat, PATI pun meningkat. Statistik Pesakit dan Penyakit makin meningkat. Masalah sosial bertambah-tambahlah meningkat.
Takda Menteri yang tak Jutawan, Mahkamah pun dah haru biru. Polis... seperti yang kita tahu, SPRM... buat-buat tak tahu, SPR.... dah jadi macam lembu.
Kemana perginya hasil bumi kita..???
Kemana perginya hasil minyak kita..???
Kemana perginya hasil getah kita..???
Kemana perginya hasil kelapa sawit kita..???
Rakyat marhain bertambah sengsara... Simpanan...??? ZERO... habis bulan habis gaji...
ZAMAN TUNKU RAHMAN: DUIT KITA TINGGI DARI SINGAPORE
ZAMAN RAZAK: MASIH AGAK TINGGI DARI SINGAPORE
ZAMAN HUSSSEIN: DUIT KITA SETARA DENGAN SINGAPORE
ZAMAN MAHATHIR: DUIT KITA RENDAH DARI SINGAPORE
ZAMAN ABDULLAH LAGI RENDAH
ZAMAN NAJIB LAGI JAUH RENDAH....
Tak lama lagi nilai duit kita mungkin sama dengan Indonesia, Gaji pegawai juta-juta tetapi hanya boleh guna motorsikal...
Jika di bandingkan dengan Thailand, banding dengan Vietnam, banding dengan China. Suatu masa dulu kita didepan mereka, kini... dan selamanya mereka sudah jauh kedepan...
Oh Negara Ku...yang permai... aman dan damai... tetapi kehidupan rakyatnya masih yang belum damai...
Mulai sekarang sebaik saja dapat anak: Belilah insurans (ada macam-macam jenis insurans) kalau tidak... anak-anak tak dapat belajar tinggi...
Pilihan Kedua:
SIAPLAH NANTI PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG, KITA BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT..... KITA KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA IAITU:
PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI...
KITA PILIH ORANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAMANAH, BERPENGETAHUAN, BERPRINSIP DAN BERMARUAH.
DEMI ANAK CUCU KITA....
18 IkutSukaLu...::
Sekarang harga basikal mainan anak2 pun dah mahal melampau! :(
salam isa,
terkedu waa baca artikel ini.
tabab sala lu isa.
salam eid adha
wassalam
bro, I LIKE this... keep it up !!
blog gua dah merundum sebab takde artikel macam dulu2... ok, sama2 kita redah PRU yg akan muncul tak lama lagi... REDAH KASI PECAHHHH!!
kes duit tinggi ni..tu kiasan ekonomi je..nk menunjukkan...singapura lagi maju daripada kita..tu je la..
Isa,,,, meh datang umah den makan sup tulang,,,,, !!!! permit teksi dapek kat pendatang yg dah menjadi rakyat mesia,,, BEKAS TENTERA MELOPONG HAHAHAHHAHAH !!!!
Salam,
Undi tak ikut blok/parti...satu idea bernas...tapi kalau bulehlaa jgn laa undi gerombolan sbb klu dah najis mesti yg lain pun bau najis......
Aim pot,
Tahun 2011 rakyat dah tak boleh makan/minum yg mahal2 lagi,sbb duit bajet tak cukup utk makan buah epel,terpaksa change dgn buah tempatan,sbb kerajaan pak menteri mengalak makanlah buah tempatan,abih rakyat makan low class,tapi anak bini mereka dibagi makan buah import,rakyat dah tak mampu makan ikan segar terpaksa makan ikan masin,sebab mereka nakkan rakyat mati cepat terkena darah tinggi daibetes dll,mcm mana nak hidup kalau zat kolestrol melambak mcm pasar lambak,kerana terpaksa nak teruskan hidup anak2...ini baru cerita makan,kenapalah rakyat masih buta oleh putarbelit sampah2 tong najis,nak mati pun pasti undi BN...itu baru bonggok...
Cr Haji Tambrin
BUAT SAYA UMNO ADALAH RACUN KPD RAKYAT,SELAGI UMNO MASIH ADA DI MALAYSIA SELAGI ITU RAKYAT MENJADI DUNGGU,ketuan melayu akan lesap satu persatu selagi cara ini masih diguna pakai,sepatutnya mereka disandar dgn cara apa sekalipun asal melayu berjaya,nak kaur harta tu buatlah cara islam
hehehe kelakar laa statement lu bhai!!
PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI...
KITA PILIH ORANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAMANAH, BERPENGETAHUAN, BERPRINSIP DAN BERMARUAH!!!
kalau ikut mcm yg lu cakap, mesti ada nanti makcik pakcik kat kampung nun akan pilih ZUL NORDIN!!!! imej mangkuk hayun tu mmg mcm yg lu cakap. hehehe
kalau aku, aku takkan pangkah umno. yg penting aku nak tengok umno tumbang...
Salam Kakcik;
Segala-galanya mahal kakcik oooiiii...
Abu Muhammad Haikal;
Salam Eid Adha kepada lu juga sahabat...
Edyes;
Redah tetap redah bro...
Lain kali lu jangan pakai handphone... hahaha..
pakwe;
Itu menunjukkan/membuktikan taraf ekonomi Malaysia di tahap mana, jika di bandingkan dengan sebuah negara seperti Singapore.
Pak Oncu;
Permit Teksi tu... salah satu dari masalah serius, orang asing di dulukan.. kerajaan bangang.
Watan;
Sudah tentu bro, bukan bn yang gua maksudkan di sini. Sebab dalam bn mana ada calon yang bersih dan beriman/taqwa.
Aim Pot;
Itu mentaliti pengundi Saluran 1 bro, kalai ikut trend sekarang golongan Saluran 1 banyak yang dah pupus.
Perubahan tetap akan berlaku, sebab itu ramai SB dan Risikan Tentera melaporkan BN akan tumbang kali ini.
Cr Haji Tambrin;
Gua sokong 100% bro.
Tolak bn/umno dalam PRU akan datang.
merbok;
pilihlah yang paling tidak memudaratkan.
baca n3 gua pagi esok, tajuk "Syabas dan Tahniah BN"
Mungkin menjawap komen lu...
Post a Comment