IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Anjing Politik Berlawanan Dengan Sifat Mulia Seekor Anjing.

>> Saturday, November 20, 2010

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada Anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama : Anjing itu sentiasa lapar, dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua : Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga : Anjing tidak tidur pada waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat : Jika anjing mati, dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima : Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam : Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah, tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh : Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan : Jika ia dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, dia menerimanya. Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan : Jika anjing melihat orang makan, dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu. Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh : Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Betul ke... pemerhatian Hassan Al-Basri r.a. berkaitan dengan sifat2 anjing, tak berani pulak gua nak sanggah pandangan beliau, sebab gua tak pernah buat pemerhatian akan sifat2 anjing nih... walaupun gua memang ada niat nak membela anjing, di sebabkan akan hukum Allah... maka tak dapek gua teruskan impian gua tu...

Tapi gua tetap musykil jugak dengan pandangan tersebut, atau apa yang beliau maksudkan adalah anjing di zaman beliau... bukannya anjing di abad ke 21 nih...



Maksud gua ialah bagaimana pula dengan Anjing Politik,  gua rasa lu orang pun tau kan siapakah Anjing-Anjing Politik tersebut... hahahaha...

Adakah mereka juga mempunyai sifat2 mulia seperti binatang yang bernama Anjing yang di sebutkan oleh Hassan Al-Basri r.a. itu....

5 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Friday, November 19, 2010 11:30:00 PM  

ada satu kes zaman melayu moden..

melepaskan anjing yang tersepit... camne lak tu? sifat mazmumah atau mahmudah?

MOH KEMBARA Friday, November 19, 2010 11:40:00 PM  

Salam Yob, adei kena analogy anjing tuh! Jgnlah kite nak berbangga jd manusia kalau perangai kite lebih buruk dari anjin. Kat sini Yong takder anjin, balik Turki ada anjin, tp tak berani pegang gak.

TheSniper Friday, November 19, 2010 11:43:00 PM  

Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang. Ni Mesti Anjing pakai side mirror! Wakaka!

Abang Chot,  Saturday, November 20, 2010 7:39:00 AM  

Lempar aja pake alas kaki : sepatu, sandal, kaos kaki dll

Tar kan takut anjing itu sama benda2 itu....

Pissssssssss

ahakkk..ahakk

mahaza Saturday, November 20, 2010 12:36:00 PM  

Nak bela anjing boleh.... kena ada ladang atau bela anjing untuk berburu. Takleh masuk rumah... kesimpulannya jenis kiut miut macam chihuahua tu takleh bela la.... beagle ke doberman ke ok je tu.... jaga rumah pun boleh tapi kalau rumah lagi kecik dari sekangkang anak kera takleh la...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP