IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Analisa Awal Galas: UBN Menang 700 Undi.

>> Thursday, November 04, 2010


PERKEMBANGAN terbaru dan juga dari permerhatian dari berbagai sudut, ternyata Pas berat untuk menggalas harapan bagi mengekalkan kerusi Dun Galas. Ternyata penampilan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihanraya memberi masalah kepada Pas. Walaupun pengaruh dan populariti Tengku Razaleigh sudah merosot, namun nostalgia mengenai kehebatannya di Galas kubu kuatnya itu masih terasa.

Paling jelas sekali ialah bagaimana tengku Razaleigh menguasai Tok Batin-Tok Batin Orang Asli. Undi Orang Asli yang sebelum ini meloncat hampir 100% kepada beliau kini kembali pulih. Orang Asli mempercayai semula kepada janji Tengku Razaleigh yang meletakkan calonnya Abdul Aziz Yusuf sebagai 'kuli' baru Tengku Razaleigh di Galas.

Dipercayai pada pilihanraya hari ini UBN menguasai undi Orang Asli melebih 90%. Ini bermakna Pas sekali lagi kalah teruk di kesemua peti undi di kawasan Orang Asli.

Begitu juga dengan orang Melayu khususnya golongan muda yang sebelum ini tidak begitu mengingati Tengku Razaleigh tetapi kini mereka kembali mengingatinya semula. Mungkin kerana menyedari pilihan raya ini penting hanya bagi Tengku Razaleigh maka mereka berubah. Pengundi dari saluran 1 - orang tua masih banyak mengenang dan malu mata dengan Tengku Razaleigh.

Adalah dipercayai Pas sukar untuk meraih sokongan undi Melayu lebih dari 50% undi dan ini menyukarkan Pas untuk menang.

Apa yang mengejutkan keputusan bakal diumumkan kira-kira tiga jam lagi ialah mengenai undi orang Cina. Sebelum ini semua orang optimis, Cina akan memberi undi kepada Melayu. Menurut sumber bilik gerakan UBN di Bukit Cekati pengundi Cina beralih angin sejak 48 jam lalu. Sebelum ini pemerhati mengira Pas akan berjaya menguasai undi Cina hingga 85%.

Keadaan ini katanya tidak terjadi. Cina sudah beralih angin disaat-saat akhir ini menyebabkan undi Cina tidak berjaya untuk menimbus undi Orang Asli. Mulanya Pas menjangkakan undi Cina akan menimbuskan undi Orang Asli sehingga 50 hingga 60%. Kegagalan undi Cina menimbus undi Orang Asli ini menyebabkan Pas menghadapai kesusutan undi sekitar 600 hingga 700 undi. Kegagalan Pas meraih undi Cina melebih 80% memberi nafas kepada parti berkenaan.

Saya mebuat perkiraan mudah untuk melihat bagaimana keputusan pilihanraya Galas nanti sekiranya momentum dan dapatan di atas tadi benar.

Sekiranya peratus mengundi keluar sekitar 80% ini bermakna kira-kira 9,000 orang pemilih keluar mengundi. Eceran daripada itu saya mengira Pas mendapat undi Melayu bawah 48% undi atau sebanyak 3,400 manakala undi untuk UBN 3,700 undi. Undi Cina Pas dijangka akan mendapat sekitar 70% undi atau di bawah 65% undi atau 1,600 undi paling tinggi, manakala UBN pula mendapat 500 undi. Sekiranya berlaku peralihan angin ini bermakna UBN dapat meraih undi Cina hampir 800 undi.

Bagi undi Orang Asli Pas mendapat paling tinggi 10% undi iaitu kira-kira 150 undi berbanding dengan UBN bakal menerima 1,650 undi.

Untuk undi Orang India Pas akan meraih sebanyak 20% undi atau 40 undi manakala UBN akan memperolehi sebanyak 140 undi.

Jumlah undi keseluruhannya Pas bakal memperolehi sebanyak 4,200 undi manakala UBN dijangka memperolehi sebanyak 4,800 undi. Ini bermakna UBN akan menang selesa sekitar 600 undi hampir menyamai majoriti yang diperoleh Che Hashim Sulaima dalam tahun 2008, 646. Majoriti di bawah 1,000 ini tidak akan memberi erti banyak kepada Tengku Razaleigh yang mengharapkan undi untuk UBN akan berganjak hampir dua kali ganda, iaitu atas 1,000 undi.

Angka ataupun dapatan ini berdasarkan pengamatan dan maklumat terpeinchi mengenai jumlah pengundi dan peratusnya masih belum dikeluarkan. Perkiraan ini berdasarkan pemerhatian dan dikira peratus mengundi 80% sahaja. Angka ramalan ini akan berubah sekiranya peratus keluar mengundi berganjak dari apa yang diramalkan itu. [0*** 4:15 pm 04/11/10]

Mohd Sayuti Omar(MSO),

1 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Thursday, November 04, 2010 7:29:00 PM  

1001 tipu helah depa dah buat untuk menang ... kalau tak menang jugak saja sangatt... hempehh kau Jib harga barang dah mula naikkkk...
Nampak nya tahun depan pakat makang sarong teloq impot dengan sarung tek-tek impot pasai ghega benda tu dah turun... buat kek pun boleh laa pakai minyak wangi impot... kepala hotak sungguh....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP