Al-Mau'nah Kisah Benar. - Part 4
>> Friday, November 26, 2010
(Gua tau Pak Oncu tak puas baca Part 2 dan Part 3 pasal pendek sangat, so... Part 4 nih gua kasi panjang sikit..., amacam bro... sebagai hadiah buat lu... hahahaha... )
Setelah mendengar tawaran menyerah diri yang dilaungkan oleh musuh yang dibidik oleh C/Insp. Abd. Razak, 7 ke 8 orang musuh yang berada di atas permatang, berjalan menuju ke arah mereka. Melihatkan keadaan ini, 7 ke 8 orang anggota 69Komando yang berada di belakang C/Insp. Abd. Razak bergegas turun ke arah C/Insp. Abd. Razak untuk memberi perlindungan kepada beliau.
Salah seorang anggota yang bergegas memberi perlindungan kepada C/Insp. Abd. Razak itu ialah L/Kpl. Malik, orang kampung musuh yang hendak mengambil air sembahyang tadi;
Zahit: “Eh… orang kampong teman pun ade!”
L/Kpl. Malik : “Eh… Zahitla, orang kampung kite, orang kite!”. Dengan rasa teruja dan kemudiannya berpelukan dengan Zahit.
L/Kpl. Arif turun dari permatang, menyeberangi anak sungai di sebelah kiri C/Insp. Abd. Razak lalu menegur Zahit:
L/Kpl. Arif : “Apa dah jadi ni sahabat?”.
Zahit : “Eh!, orang lama pun ada!”. Melepaskan pelukannya dengan L/Kpl. Malik dan memeluk L/Kpl. Arif pula.
Kpl. Said Md. Dris, salah seorang anggota yang turun dari permatang tempat perlindungan Pasukan Keselamatan untuk memberi perlindungan kepada C/Insp. Abd. Razak yang turut mengenali Zahit, menerpa ke arah Zahit dan menampar kepala Zahit sambil berkata:
Kpl. SM Dris : “Mike ni la Zahit, tak hahabis terkene… dulu dengan Arqam, lepas tu sekarang dengan ape pulak ni?...”
Zahit : “Eh, mike Said, nasib teman le, teman nak berjihad…”. Memeluk Kpl. SM Dris pula.
L/Kpl. Malik : “Mike nak berjihad, kuat lagi ke?”
Zahit : “Dah tak larat dah, naik bukit sikit pun dah mengah. Tengok la badan ni ha! Siapa lagi orang kita yang datang?”. Bertanya kepada L/Kpl. Malik, L/Kpl. Arif dan Kpl. SM Dris.
7/8 orang anggota musuh, Jasmin, Rashidi, Sharkawi, Zainal, Che` Sabri, Azlan dan Bokhari yang kelihatan pada mulanya tercengang-cengang kemudiannya turut berpelukan dengan L/Kpl. Malik dan Kpl. SM Dris.
Anggota 69Komando yang lain, L/Kpl. Jasninata. L/Kpl. Dihanan, L/Kpl. Bakar dan L/Kpl. Johari pada mulanya seolah-olah mahu berpelukan dengan kumpulan musuh tetapi ditegah oleh C/Insp. Abd. Razak, yang masih membidik senjata dan beliau kemudiannya mengarahkan anggotanya yang lain supaya mengambil perlindungan.
L/Kpl. Malik : “Tu, tuan Razak tak kenal ke?”.
Zahit : “Pernah tengok dalam paper, masa tuan kawin terjun payung dulu, lepas tu terjun kat South Pole, masa tuan masuk, teman dah keluar. Eh..!!! Man Korea ade?”
L/Kpl. Malik : “Dia kat luar, dia Bravo Squadron, sini semua Charlie Squadron, mohlah kite keluar”.
Zahit : “Tunggu kejap teman nak mandi… panas”.
L/Kpl. Malik : “Tulah mike, banyak makan doghoyan sangat..., mike dah makan ke Zahit?”
Zahit : ``Dah... awak ration jenuh, tu ha!, 2-3 bulan makan tak abis“. Sambil menunjukkan pondok di tepi anak sungai itu.
C/Insp. Abd. Razak : “Siapa ketua… mana dia?”.
Jemari : “Kat atas”
Pada masa yang sama, ketua kumpulan musuh dan beberapa orang lagi pengikutnya sedang melaung bertukar-tukar salam dengan Pihak Perunding.
Kumpulan Musuh : “Wa’alaikumsalam!!!... Assala-mu’alaikum!!!...”
Anggota 69Komando : “Wa’alaikumsalam!!!...” Melaung beramai-ramai.
Amin : “Bukan bagi salam kat hangpa la, orang bagi salam kat atas tu”. Menuding ke arah sekolah tempat Pihak Perunding berada sambil ketawa.
Mendengar kata-kata ketua kumpulan musuh sambil ketawa itu, dibalas oleh anggota 69Komando dengan ketawa juga. Firasat C/Insp. Abd. Razak setelah melihat gelagat musuh yang melaung dari atas permatang itu, merasakan yang beliau adalah ketua kumpulan musuh.
C/Insp. Abd. Razak : “Tolong panggil dia kejap”. Mengarahkan Rashidi sambil menuding kepada Amin. “Yang lain-lain kosong, serahkan senjata, lepas tu menyerah. Mula-mula kita keluarkan mereka yang cedera dulu, tebusan dan semua yang lain, termasuk senjata”. Beliau kemudiannya bercakap melalui set walkie-talkienya:
“Mofaz, Raider; Tango telah pun menyerah diri, over”.
C/Insp. A. Rahim : “ Raider, Cindai; mana lokasi anda sekarang, over?”.
C/Insp. Abd. Razak : Cindai, Raider; saya dalam kubu musuh ni, over”.
C/Insp. A. Rahim : “Raider, Cindai; keluar dari kawasan tu, Mofaz tak bagi masuk, KPN dah serahkan kes ni pada Army, over”.
C/Insp. Abd. Razak : “Cindai, Raider; rileksla depa dah menyerah dah ni, sayangla kita dah gain ground, tiba-tiba kita nak lose ground camtu je, rugila… over”.
Anggota-anggota 69Komando sibuk menguruskan proses penyerahan diri pasukan musuh. Sebahagian membantu pihak musuh mengosongkan senjata mereka dan sebahagian lagi berkawal. Antara dialog semasa proses itu berlaku :
Jemari : “Dulu sapa suruh orang kafir masuk tempat kami?. Korang semua sembahyang ke?”. Sambil memegang senjata.
L/Kpl. Jasninata : “Serahkan senjata, kosongkan dulu!”.
Cara Jemari mengendalikan senjata semasa mengosongkannya agak merbahaya kerana laras senjata itu menghala ke arah Jasninata.
L/Kpl. Jasninata : “Eh, apa ni!”. Sambil menepis muncung senjata itu ke arah lain.
Jemari : “Senapang ni boleh serah, tapi parang ni tak boleh!, bukan senang nak dapat parang ni tau, macam nak dapat beret komando juga”.
Riuh rendah pertukaran salam antara kumpulan musuh dan anggota 69 Komando, ditambah pula dengan gelak ketawa mereka, menarik perhatian Cpt. Raja Ahmad untuk turun dari tempat perlindungannya dan turut sama mengambil tindakan.
Cpt. Raja Ahmad : “Mereka dah menyerah ke?”. Bertanya kepada beberapa orang anggota 69Komando. “Betul ke dah menyerah?”. Bertanya kepada beberapa orang kumpulan musuh, setelah mendapat jawapan yang positif beliau bertanya. “Mana ketua?”. Beberapa orang anggota musuh yang menyerah diri memberitahu kepada beliau yang ketua kumpulan mereka masih berada di atas permatang, beliau terus bergegas menuju ke sana. Sambil berjalan, beliau melaung : “Korang ni berjuang untuk apa hah?!”
Jemari : “Kami datang sini nak mengamalkan ilmu kami saja, kami bukan penjahat, kalau diorang kata kami jahat, taktaulah… komunis pun menyerah dapat rumah, dapat tanah”.
Setelah melihat senjata yang terkumpul di tepi sungai tidak sebanyak seperti yang dilaporkan hilang, C/Insp. Abd. Razak bertanya : “Mana lagi senjata yang lain?”. Anggota kumpulan musuh yang menyerah menjawab : tinggal kat atas. C/Insp. Abd. Razak bertanya lagi : “Mana ketua tadi, dah turun ka, sapa nama dia?”.
sambungan laaaaaagiiii.... hahaha... sabae dehhh...
2 IkutSukaLu...::
Salam reformasi,
menarik sekali tuan.
BI atau Mandarin
Neh mmg berdasarkan kisah yg sebenarnya ke?
Post a Comment