IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Al-Mau'nah Kisah Benar. - Part 3

>> Friday, November 26, 2010

Dari laporan 2 orang musuh yang telah diberkas itu, mereka menyatakan; ramai lagi ahli kumpulan mereka yang hendak menyerah diri, tetapi mereka takut ditembak oleh pihak Pasukan Keselamatan atau kumpulan mereka sendiri kerana berpaling tadah.

Insp. Abd. Razak kemudiannya mengarahkan semua anggota di bawah jagaannya merapatkan kepungan. Beliau sendiri kemudiannya menyusup rapat ke kubu musuh dan berselindung di sebalik sebuah batu besar. Tiba-tiba salah seorang anggota musuh, menghampiri anak sungai betul-betul di hadapan C/Insp. Abd. Razak tak sampai 3m jaraknya.

Tanpa disedari musuh, C/Insp. Abd. Razak mengikuti setiap pergerakan musuh yang berhampiran dengannya dengan bidikan senjata tepat ke kepala musuh itu. Setelah mendapati musuh yang dibidiknya itu sedang mengambil air sembahyang, perasaan insaf timbul di hatinya. Beliau berdoa di dalam hati berkali-kali. Menyerahlah yob... Tiba-tiba terpacul doanya dan dapat didengari oleh musuh yang sedang berwudhu’ itu.

C/Insp. Abd. Razak : “Menyerahlah yob…”
Zahit : “Assalamu’alaikum!... jangan tembak teman, teman "Mujahiddin".
C/Insp. Abd. Razak : “Wa’alaikumsalam, takkan teman nak tembak, kita sasama orang Islam, tapi menyerahlah!”.
Zahit : “Memang teman nak menyerah, tapi bagi teman mandi dulu…panas!”.

Pada masa yang sama, Pihak Perunding yang berada di sekolah berhampiran memberikan salam dengan menggunakan pembesar suara kepada pihak musuh. Musuh yang berada di atas permatang lebih kurang 50m dari kedudukan C/Insp. Abd. Razak melaung beramai-ramai menjawab salam Pihak Perunding.

Laungan mereka menarik perhatian C/Insp. Abd. Razak, lalu beliau bertanya:

C/Insp. Abd. Razak: “Camana dengan depa yang kat atas tu, depa pun nak menyerah jugak ka?”.
Zahit : “Deme pun semua nak menyerah juga ”.
C/Insp. Abd. Razak: “Panggillah depa turun”.
Zahit: “Hoi!, sape nak menyerah mohlah turun!” ...berkali-kali...

Setelah mendengar tawaran menyerah diri yang dilaungkan oleh musuh yang dibidik oleh C/Insp. Abd. Razak, 7 ke 8 orang musuh yang berada di atas permatang, berjalan menuju ke arah mereka. Melihatkan keadaan ini, 7 ke 8 orang anggota 69Komando yang berada di belakang C/Insp. Abd. Razak bergegas turun ke arah C/Insp. Abd. Razak untuk memberi perlindungan kepada beliau.

Salah seorang anggota yang bergegas memberi perlindungan kepada C/Insp. Abd. Razak itu ialah L/Kpl. Malik, orang kampung musuh yang hendak mengambil air sembahyang tadi :

continue lagi daaaa....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP