IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Menggigit Jari Melihat Duit Hangus.

>> Saturday, October 16, 2010

Kerajaan pimpinan Najib Razak akan membentangkan dan melancarkan sebuah program pembangunan yang maha hebat semalam (Bajet 2011) kerana mahu menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 yang mana ketika itu Malaysia akan tergolong dalam kategori negara maju.

Menjelang tahun 2020, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) per kapita negara dijangka akan berada pada tahap RM46,000 (US$15,000) berbanding dengan RM23,000 (US$7,500) pada tahun 2010.

Selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia, kerajaan merupakan penggerak kepada pembangunan ekonomi negara tetapi apabila Najib menyedari bahawa kerajaan tidak lagi mengetahui semuanya dalam banyak hal pembangunan ekonomi, maka kali ini pihak swasta akan diberi penghormatan untuk menjadi kepala keretapi. Pihak swasta adalah drebar kepada pembangunan ekonomi untuk 10 tahun mendatang ini.

Selama ini juga, negara telah membangun dan antara hasilnya ialah berkurang dengan banyaknya golongan miskin tegar, munculnya golongan pertengahan Melayu dan banyak simbol kejayaan tersergam indah didirikan seperti Menara Petronas, Putrajaya, Formula One, KLIA, banyaknya kenderaan di mana-mana saja dan lebuhraya-lebuhraya PLUS.

Namun di sebalik kejayaan itu muncul ironi seperti ketidakseimbangan dari segi pendapatan antara dan intra kaum. Tambahan lagi, struktur antara kelas elit dan golongan bawahan semakin runcing. Sejak Merdeka pada tahun 1957, kelompok 20% teratas telah meraih manfaat dari pertumbuhan ekonomi berbanding 40% kelompok terbawah.

Majlis Penasihat Negara (NEAC) mengakui bahawa kelompok terbawah mengalami purata pertumbuhan pendapatan paling perlahan dan menerima kurang dari RM1,500 sebulan pada tahun 2008. Aliran pendapatan sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 34% daripada 1.3 juta pekerja memperolehi kurang RM700 sebulan sedangkan garis kemiskinan adalah RM720 sebulan.

Sementara itu negara dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang telah berjaya menghasilkan seramai 22 orang bilioner.Bolehkah kelompok berpendapatan rendah ini menikmati kenaikan pendapatan berlibat ganda dalam tempoh 10 tahun mendatang melalui program yang digerakkan oleh swasta?

Lagi-lagi projek mega

Pihak swasta yang ideologi dominannya adalah membuat sebanyak mungkin keuntungan melalui kemudahan yang dibekalkan kerajaan telah mengeluarkan pelbagai rencana untuk menjalankan program transformasi kerajaan (PKT) ini.

PKT memerlukan pelaburan sebanyak RM1.4 trilion bagi tempoh 10 tahun. Pihak swasta akan melabur sekitar 60%, dan 32% lagi dari syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan 8% bakinya dari kerajaan. Kerajaan menyumbang paling minimun pada era pembangunan 10 tahun akan datang ini.

PTK dikatakan akan melahirkan 3.3 juta pekerja mahir. Ia mengandungi 131 'entry points projects' (EPP) dan 60 peluang peniagaan. Kerajaan yakin bahawa jika pertumbuhan ekonomi berada pada 6% setahun sehingga tahun 2020, besar kemungkinan matlamat PTK akan berjaya.

Bagaimanapun bolehkah kita mencapai pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi dunia kini yang masih tidak menentu? Sejak Merdeka, KDNK pada harga sebenar meningkat 6.5% setahun bagi tempoh 1957-2005.

Rancangan Malaysia ke-8 mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.5%, namun yang dicapai adalah 4.5% manakala pada RMK9 sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% tidak menjadi kerana mencapai 4.2%.

Justeru purata pertumbuhan bagi tempoh 10 tahun (RMK8 & 9) adalah kurang daripada 5%. Maka terjaminkah pertumbuhan ekonomi kita boleh mencecah purata 6% sepanjang 10 tahun mendatang ini memandang kemungkinkan akan berlakunya curam berganda (double-dip recession) di Amerika Syarikat (AS)?


Peluang terjadinya fenomena curam berganda adalah 20% mengikut ramalan para penganalisis ekonomi dunia. Jika berlaku, pasti pertumbuhan ekonomi kita turut terjejas kerana kita bergantung banyak sangat terhadap eksport ke AS.

Seperti yang kita sedia maklum, pihak swasta lebih cenderung menjalankan projek mega atau raksasa. Mereka akan mengeluarkan kertas cadangan mulus dan mengkagumkan bagi menyilaukan rakyat dan pemerintah yang projek-projek mereka sememangnya adalah demi kesejahteraan rakyat. Apakah benar bagai dikata?

Salah satu projek mega itu ialah projek Mass Rapid Transit (MRT) bernilai RM43 bilion di ibu negara yang akan dipertanggungjawab kepada syarikat Gamuda-MMC. MMC adalah syarikat milik Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang kroni kuat pemerintah.

Beliau pun mempunyai hasrat hendak mengambil alih syarikat PLUS, milik kumpulan UEM dan membeli sebidang tanah milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.

Selain itu PTK becadang membina sebuah storan minyak mega di Singapura, sebuah projek judi di Sabah, projek pengindahan Sungai Klang di luar Kuala Lumpur dan membangun beberapa pasar raya mega di China dan Vietnam. Kita boleh mempersoalkan apakah projek-projek itu lebih bersifat meransang ekonomi atau projek yang sepatutnya membawa kepada transformasi yang diingini?

Apakah dengan kejayaan projek-projek berkenaan akan berlaku transformasi terhadap, misalnya, mutu pendidikan tinggi kita? Apakah kemahiran atau skil pekerja-pekerja kita akan turut melalui peningkatan? Atau membantu golongan majoriti memegang ekuiti?

Andainya kroni pemerintah itu membangunkan hartanah manakan adakah rakyat majoriti yang mampu membelinya dengan harga sebuah penempatan yang berada di luar kemampuan kewangan mereka?

Sehingga kini cuma 28% daripada tenaga kerja kita berada dalam kategori pekerjaan skil tinggi. Majoriti pekerja kita memiliki kelulusan SPM dan ramai di antara mereka berada dalam kerjaya pekeranian.

Tambah lagi, apakah ia akan membawa kepada isu perkauman negara semakin membaik atau akan terjadinya banyak reformasi terhadap institusi yang menjadi tiang seri demokrasi seperti kehakiman, kepolisan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya dan banyak lagi.

Gejala rasuah sudah terbatin

Satu hal amat ketara ialah tiadanya catatan yang PTK akan menangani isu rasuah dan kebocoran program tersebut dilaksanakan. Jadi salah satu pemacu utama yang harus digerakkan adalah untuk menguruskan kebocoran dan pembaziran dalam perlaksanaan bajet. SPRM ada melaporkan hampir 60% daripada projek kerajaan di Sarawak mempunyai kobocoran.

Kebocoran, keberkesanan, pembaziran, kurang integriti dan korupsi semua ini akan meningkat perbelanjaan pada ruang yang tidak perlu. Mungkin dalam peranan ini perlu ditekankan bahawa NGO/badan-badan dalam gerakan madani dapat memainkan peranan yang lebih sebagai kuasa ketiga kepada negara dalam hal ini, bukan sahaja pengkritik tetapi sebagai rakan/mitra dalam pembangunan negara.

Masakan tidak, Bajet 2011 harus juga mengambil pendirian tegas dan mempunyai kemahuan politik yang tinggi terhadap menghapus/mengurangkan gejala ketirisan yang sebenarnya menggagalkan pencapaian sosio-ekonomi rakyat terbesar, majoriti negara, iaitu orang Melayu.

Contohnya peruntukan sebanyak RM52 bilion selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia sebelum ini untuk ekuiti orang Melayu telah hangus di udara dan menjadikan orang Melayu masih memegang lebih kurang 2-3% ekuiti. Jika tidak impian kerajaan melihat ekuiti orang Melayu sebanyak 30% sudah tercapai.
Ketirisan sebanyak RM28 bilion berlaku setiap tahun. Contoh lain adalah gejala rasuah yang sudah terbatin (internalised) dalam budaya sosio-ekonomi/pengurusan/transaksi projek-projek besar/mega.

Maka itu pastikan gejala rasuah tidak menyusup dalam 131 EPP dalam program transformasi ekonomi. Jika tidak, kita akan balik pada asal dan keadaan yang majoriti rakyat Malaysia cuma dapat menggigit jari saja atau mendiami dalam perumahan yang sempit yang mengakibatkan mutu pelajaran anak-anak mereka merosot dan menjadi semakin miskin kerana harga barangan makanan dan keperluan asas semakin tinggi.

Kesenjangan dalam banyak segi boleh mudah membangkitkan sentimen perkauman. Golongan opotunis akan mengambil kesempatan, kononnya membela mereka tapi struktur bobrok pembangunan masih disayangi dan dikekalkan. Sistem pentadbiran negara yang lebih mementingkan kesejahteraan elit daripada rakyat majoriti semua kaum akan berterusan melainkan pentadbiran baru mengambil alihnya.

Pentadbiran Najib yang sarat dengan slogan melebihi lima mantan Perdana Menteri sebelum ini seperti 1Malaysia: Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, PTK/GTP, MEB/NEM, KPI, SRIs, NKEAs tidak ke mana melainkan mungkin memfantasikan rakyat Malaysia.

Oleh Roslan Mohd.

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, October 17, 2010 1:39:00 PM  

berfikir mengikut akal...budget bermakisud perancangan...bukan akan terus terjadi..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP