IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Meletup Jua Akhirnya.... hahaha..

>> Friday, October 01, 2010

Puan Shamsidar Taharin
Saya telah menelah perbalahan dan tektik haprak beberapa pemimpin kanan yang rapat dengan DSAI apabila YB Nik Nazmi menjulang nama seorang calon Ketua AMK PKR dalam blognya. Penulisan sumbang Nik Nazmi dalam beberapa titipannya selepas "memperkenalkan" rakan karibnya itu telah mendapat cemuhan hebat daripada ramai penyokong parti.

Menyandang jawatan Pengarah Komunikasi PKR, YB Nik Nazmi tidak sewajarnya terlalu menunjuk sokongannya terhadap seseorang dalam pemilihan parti seperti ini.

Surut meroyan Nik Nazmi, beberapa insiden yang menayangkan kepekongan PKR dipamerkan pula oleh beberapa pemimpin tertinggi parti, termasuk calon Timbalan Presidennya ~ YB Azmin Ali dengan menyerang dan seolah mempertikaikan kesetiaan lawannya, Datuk Zaid Ibrahim. Lebih menyedihkan apabila blog Ketua Umum Parti turut mempropagandakan calon pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim; siapa lagi kalau bukan suami kepada Puan Shamsidar Taharin !!

Saya pernah menitipkan:
Sebelum Mac 2008 mereka menjelajah serata desa dan kampong bertemu Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang demi menyampaikan hasrat murni untuk membantu. Mereka berikrar dengan seribu janji. Mereka menabur seribu harapan. Mereka membisikkan sejuta impian. Semuanya sampai kerana mereka berkehendak dan bersungguh untuk menyampaikan. Maka ketahuilah sekalian rakyat di kampung, desa dan lurah. Pakatan Rakyat ingin memerintah. Pakatan Rakyat ingin memerintah dengan adil, telus lagi bijaksana.
Hebat gerak kerjanya. Warga desa, kampung dan lurah gembira. Gembira diberi harapan baru. Gembira menunggu sinar Malaysia Baru. Mereka gembira bukan kerana mereka dapat. Mereka gembira bukan kerana mereka merasainya. TETAPI..!! Mereka gembira kerana mereka tahu. Mereka tahu kerana mereka diberitahu. Mereka diberitahu kerana ada pemimpin yang sampai kepada mereka untuk memberitahu.

Sekarang pemimpin-pemimpin itu telah "terlalu" sibuk. Busy. Banyak urusan. Banyak mesyuarat. Banyak majlis rasmi. Banyak temujanji. Banyak mengkaji. Banyak... Banyak.. Banyak... Sehingga mereka tiada masa lagi untuk memberitahu kepada Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang segala hasrat murni mereka untuk membantu. Maka sekalian rakyat di desa, kampung dan lurahpun tidaklah tahu. Rakyat tidak tahu apakah janji terlaksana. Rakyat tidak tahu apakah harapan akan bercahaya. Rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. ~ October 14, 2009.
Selepas titipan tersebut, saya sampaikan sendiri apa terpendam dilubuk hati kepada DSAI, tindakan susulan dijanjikan. Alhamdulillah, Nik Nazmi dilantik menjadi pengarah komunikasi parti ~ nafas baru, saya kira!! Mungkin menjanjikan kaedah dan keberkesanan mampan... tetapi ... hampa!! hamprak!!

Belum sempat rakyat terbanyak sedar tentang janji PKR yang tertunai, keladak, hampas dan pekong kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dicanangkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang kemaruk mengejar pangkat dan darjat dalam parti yang entah berjaya entahkan tidak menerajui Putrajaya selepas pru-13 nanti.

Terus terang, saya meluat dengan kelaku dan gelagat sesetengah mereka!

Saya menuntut penjelasan tuntas, mampan, jitu dari Saudara Anwar Ibrahim; kerna kepada saudara, rakyat sandarkan harapan !!! 

Jangan sampai dikata orang "Mengata dulang paku serpih, mengata Umno, rupanya Pkr yang lebih (hamprak)"

Bukan marah, tapi menegur!

Mohd Sofi Yassin
 
p/s: ha..ha..ha.... akhirnya meletup juga apa yang terpendam selama ini, tapi apabila teguran /kritikan positif sebegini dihamburkan, maka akan adalah pencacai penjilat tegar yang akan menuduh dan cop si penegur/pengkritik sebagai pengkhianat dan lalang...

4 IkutSukaLu...::

Yamaha R6,  Friday, October 01, 2010 10:10:00 PM  

Salam Bro ISA
Dulu puak puak UMNOBN kata di surat khabar dan media elektronik kepunyaan mereka yg Pemimpin Pemimpin PAS baik Menteri Besar dan Adun dan AP PAS hanya sibuk berCERAMAH sahaja sehingga mengabai mentakbir kerajaan negeri.
La ni di blogger blogger pendokung kuat Pakatan Rakyat pula kata dalam BLOG/Laman WEB mereka yg para Pemimpin Pemimpin PKR baik MB,ADUN dan AP PKR begitu sibuk seharian dalam tugas rasmi mahupun tak rasmi dalam mentakbir kerajaan Negeri sehingga mengabai turun padang bertemu Pak Long , Mak long, kakak ,adik , abang , orang orang kampung dan Felda , seolah seolah da sombong bangat bagaikan KACANG LUPAKAN KULIT.
Ini bermakna Bro ! Jarum halus puak puak UMNOBN da mengena pada sasarannya untuk mengapi apikan blogger blogger Pakatan Rakyat untuk mengecam Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat.Puak puak UMNOBN tahu kalau mereka kata yg Pemimpin2PAS/DAP/PKR jahat tentu rakyat tak percaya , so dengan bisikkan halus ditelinga dan mengaburi pandangan Blogger2 PR untuk mengaibkan Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat sendiri maka rakyat akan termakan jua. Bijaknya puak puak UMNOBN main black magik dengan blogger2 PR. Apa nak buat PERIBAHASA MELAYU DAH ADA " BAGAIKAN MEMBUKA PEKONG DIDADA".

azim Friday, October 01, 2010 10:16:00 PM  

Ikut suka lu la...nama pun dah begitu..komen apa sahaja yang terlintas..takda hal..sebab yang mengundi bukannya seorang

ISA Friday, October 01, 2010 10:19:00 PM  

Yamaha R6;

hehehe... banyak cerita dalaman kat Tropicana (PKR Ofis) yang terpendam. Malas nak kecoh2, kalau ikutkan senario sekarang nih... PKR dan umnoapco lebih kurang sama jer.. perangainya...

Kalau lu nak bercakap dari luar Tropicana... memang lu nampak semuanya ok. Selagi diorang semua tak buang sifat umnoapco dalam PKR, gua no komen lah...

Lagi satu, kalau lu ada akses dan bijak..., cuba risik2 apa tugas khas Rahim Ghouse selain dari menjadi PA Anuar Brahim.

Nanti bagitau sama gua... email pun boleh... sebab rahsia beb..

ISA Friday, October 01, 2010 10:23:00 PM  

azim;

betul tu yang mengundi ramai, maka terpulanglah pada penilaian masing2.

Bro. Sofi (Kerajaan Rakyat) dan sesiapa saja berhak buat kritikan demi kebaikkan parti.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP