IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

ALLAH....!!!!!

>> Saturday, October 23, 2010


Gua bersyukur..., ALLAH bagi gua petunjuk dan menguatkan semangat dalam menempuh hari2 mendatang, walau pelbagai dugaan dan cabaran.... setiap apa saja halangan dan ujiannya.. pasti ada penyelesaiannya... Alhamdulillah....

Persoalan yang di bangkitkan disini bagaimana kita mengingati ALLAH SWT.

Adakah seperti mana yang di amalkan oleh puak2 umnoapco.

Adakah kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ... Mungkin pada malam JUMAAT? Atau sewaktu solat MAGHRIB saja? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit. Dan sudah pasti waktu ada kematian, Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung  pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni gua dan kita semua jika menyangka bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidup kita semua... (nauzubillah).

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH…, Sebarkanlah walau sepotong ayat seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI ISLAM..!!!

Yeaaaa… Kita CINTAKAN ALLAH... ALLAH juga adalah sumber Kewujudan dan Penyelamat kita.

DIAlah… yang mengerakkan kita setiap detik dan hari. TanpaNYA kita adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian  yang mudah. Kalau kita benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada kita. Caranya Susah vs Senang... tanya pada diri sendiri....

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa perlu memutar belit hukum hakam agama demi kepentingan pemerintah.
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali terpedaya dengan alim ulama songsang yang menjadi syaitan bisu dalam urusan agama.

Hadiah yang paling istimewa yang telah kita terima adalah Al-Quran dan Sunnah, Solat adalah yang terbaik...., Tidak perlu bayaran, tetapi ganjarannya amat lumayan.

Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH, setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" - TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. Di Pirates World Trade Centre berlambak manusia sebegini.

Tidakkah melucukan bagaimana kita selalunya merasa risau akan tanggapan orang kepada kita apabila berbicara soal agama lebih dari tanggapan ALLAH terhadap kita???

Gua DOAkan , semoga kita semua di rahmati ALLAH. Wallahuaklam....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP