IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Aduhhh... Malunya Gua...

>> Monday, October 25, 2010

Apa yang nak gua kisahkan di sini adalah pengalaman gua masuk hospital pada petang Jumaat lepas akibat batu karang. Seksa juga penyakit batu karang ni ekkkk.... ada sapa2 yang pernah kena...??? Mesti tau macam mana penangannya... perghhhh... gilababi punya sakit...

Pagi Jumaat tu... gua tak pergi ofis, dalam 9.00am gua terima call dari MSK (Blogger Mat Saman Kati), so kami berjumpa minum2 sembang2 jer... hingga pukul 11.00am, diorang makan2 laaaa... gua jer melopong sebab gua telah diarahkan supaya berpuasa, kerana petang tu gua kena buat IVU.  Lepas tu gua chau... pergi Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak untuk ambil Pasport Pembantu Rumah yang sehari sebelumnya tak sempat siap. Lepas tu gua pecut balik Shah Alam untuk solat Jumaat dan lepak layan anak2 di rumah.

4.00pm, gua serah diri di Hospital... terus diorang uruskan untuk buat IVU (x-ray), hampir sejam kat dalam tu... di masukkannya "contrast" dalam badan gua... adoiii... membahang satu badan beb... meloya tekak nak termuntah. Keputusan IVU menunjukkan ada 3 batu karang dalam badan gua, 1 tersangkut disaluran pundi kencing, 1 dalam buah pinggang kiri dan saiznya kecil, lagi satu saiznya lebih kurang 1cm dalam buah pinggang kanan, ha..ha..ha... gua dah boleh beli "akuarium marin" bela ikan Nemo dan Kuda Laut... ada batu karang free maaaa... buat hiasan...

Setelah selesai semua tu... masuk wad... dan melangutlah gua sorang2 dalam tu... tengok TV... layan laptop... layan anak bini yang setia menemani... sambil main monopoly... malamnya pulak sesi teh tarik sekeluarga, sebab selepas pukul 12.00 malam gua kena start puasa, esoknya gua akan dikerjakan oleh doktor... hahaha.. gua buat bilik hospital macam bilik hotel pulak... peduli apa gua...

Dalam pada itu... terima call dari Dr. Wahab dan ceritanya ada di sini, juga terima call dari bro KulupSakah dan sms dari Mum of 3 Mohd... perggghhh... cepatnya berita tersebar, dalam gua berpesan supaya dirahsiakan... terbabas jugak beb... walau bagaimana pun atas keprihatinan kawan2 membuatkan gua terharu... gua amat menghargainya. Hari ini pun (pagi tadi) M3M sms lagi bertanya khabar. Terima kasih sahabat2 semua.

Sabtu 2.00pm gua di tolak ke "Operation Theatre", walllawoooiiii... gabra gilerrr.. beb, gua bukan gabra pasal nak kena belasah dengan doktor... tapi gua gabra maut sebab salah satu prosedurnya injection ubat bius kat tulang belakang (spinal anaesthetic), gua dah pesan dengan diorang semua terutama sekali kat pakar bius tu... tolong inject gua dengan penuh kasih sayang sebab gua ni nampak jer... brutal tapi fobia jarum beb... hahahaha...

Masa membongkokkan badan kena cucuk kat tulang belakang... sakit beb.... nak jer... gua terajang pakar bius tu... dah terangkat2 dah kaki gua... elok selesai jer.. kena bius.. tak sampai seminit.. pakar bius tu cabar suruh gua terajang dia sambil tersengih2... kecik jer... gua tengok doktor tu.... malaun betul... ibu jari kaki pun gua tak boleh nak gerak... nak terajang kejadah apanya... binawe betul... gua kena buli dengan doktor tu... cissss.... ada lori ada bas doktor...hehehe... (kan gua dah kutuk lu dalam blog nih... hahaha...)

Selepas lumpuh separuh badan, dan dalam keadaan sedar... diorang bukakan kain penutup bahagian bawah gua, diorang kangkangkan kaki gua ntah atas apa menatang nama tempat tu pun gua tak tau... dan diorang buat apa saja sesuka hati diorang... gua menadah rela dalam paksa jelah...

So.. operasi pun bermula..., dan gua dengan penuh khusyuk dan tawadhuk menonton tayangan burung gua dicerobohi oleh wayar2 dan tiub2 halus.... gua lihat sendiri bagaimana doktor tu sepit batu karang yang gua nampak besar dalam skrin monitor tu dikeluarkan, apabila dimasukkan ke dalam botol untuk buat bahan kenangan gua... rupanya halus jer... sebesar setengah kepala mancis jer... cilakessss betul.. batu besar tu bisa membuatkan gua kencing berdarah dan tersiksa... nak buat hiasan batu karang akuarium air masin pun tak lepas beb....

Seksaan belum tamat walaupun operasi tersebut dah selesai, mana taknya kat hujung senapang gua ada tiub tersangkut panjang menghubung ke sebuah kantong (beg) tadahan air kencing bercampur darah... dan dalam badan gua, dari pundi kencing dimasukkan tiub (sebagai stand) terus ke buah pinggang kanan, standby untuk operasi seterusnya minggu depan pulak.

Kerana operasi kali ini tujuannya keluarkan batu karang yang tersangkut di pundi kencing terlebih dahulu sebab ianya membuatkan buah pinggang gua bengkak. Manakala batu karang dalam buah pinggang kanan akan gunakan prosedur laser 2 minggu dari sekarang, bergantung pada pemerhatian doktor.... seksa belum habis beb....

Part yang gua tak boleh blah sekali apabila nurse pompuan pun terlibat sama dalam operasi tersebut... adoiiiiiiiii.... burung ku di lihat orang... wargghhhhh....

Ahad pagi, doktor yang rawat gua melawat dan gua minta keluar hospital, so dia uruskanlah untuk cabut tiub kat hujung senapang gua..., lagi sekali kantoi beb... rupanya nurse yang buat prosedur tu... mana gua nak sorok muka nih.... apalagi rela dalam paksa jugaklah... tadah jelah sambil menikmati pemandangan kubah Masjid Negeri dengan penuh kesyahduan.... sambil nyanyi lagu Raihan... iman tak dapat di warisi... dari seorang ayah yang bertaqwa.... huhuhu.... (gua nak tanya fatwa dari ularmak 40 apa hukumnya nurse pompuan cabut tiub dari senapang gua...)

Last sekali sampai jer... rumah, gua cakap kat isteri gua... dalam sebulan dua nih... cari rumah untuk kita pindah dari sini (rumah sekarang), dia tanya gua apasal pulak....???

Pasalnya......... sebab salah sorang nurse tu anak dara Makcik Ani.... jiran kitaaaaaaa.....!!!!!...... takan gua nak pakai topeng Antutuya kotttt....

26 IkutSukaLu...::

LovePerak Monday, October 25, 2010 10:01:00 PM  

masyaallah.. semoga cepat sembuh bro..

tapi part anak dara repair senapang ko memang lawak laa... hahahaha siot je..

Pak Oncu Monday, October 25, 2010 10:07:00 PM  

Isa,,, PO memang dah kena batu karang ni,,, tapi tak pernah poie spital untuk dapat rawatan keculai dah terlampau sakit,,, dgn izin TUHAN batu karang dalan buah pinggang PO ni boleh kuar sendiri dgn sedikit usaha secara tradisional,,, !!!!! kena rajin lah mencari bahan bahan nya di goodle atau pun ekau telpon den ,,,, !!! tampa belanja yg banyak batu karang dalam buah pinggan kuar !!!!! burung pun org tak dapat tengok,,, hahahahahahahaha
walau bagaiman pun , itu semua nikmat dan juga kifarah untuk ekau ,,,, !!!!!! SEMOGA EKAU COPEK SEMBUH DAN KENA AMAL KAN MINUM AIR REBUSAN DAUN POCAH BATU ATAU DAUN POCAH CERMIN,,,,,,, pandang makan ISA,,,,,,,,,, !!!!

Unknown Monday, October 25, 2010 10:14:00 PM  

Salam anakanda

Alhamdulillah prosidur pertama dah lepas. Insya Allah akan sembuh dengan cepat.

Unknown Monday, October 25, 2010 10:42:00 PM  

Semoga cepat sembuh,
tang anak dara jiran repair senapang tu mmg malu beb.
apa nak buat dan terpaksa.
Semoga tabah hadapi ujian.

Abu Amirul Monday, October 25, 2010 10:57:00 PM  

Salam ISA,
Moga segera sembuh dan teruskan perjuangan yang belum selesai.
Tak apa harap senapang engkau nanti makin kuat meletupnya.
He he he.

ISA Monday, October 25, 2010 11:06:00 PM  

LovePerak,

Terima kasih bro...

Gua tak tau nak sorok muka beb.. kalau terserempak dengan anak jiran gua tu... lu boleh cakap lawak...

adooiiiii... problem masalah besar ni beb...

ISA Monday, October 25, 2010 11:09:00 PM  

Pak Oncu,

Pantang memang pantang bro... den ni pantang jumpa jer... hahaha..

Petua/nasihat tu nanti gua usahakan. Nanti gua calling2 lu... tungguuu...

ISA Monday, October 25, 2010 11:10:00 PM  

Ayahanda mountdweller,

Alhamdulillah, terima kasih atas doa ayahanda.

ISA Monday, October 25, 2010 11:13:00 PM  

ijoks,

Insyallah & terima kasih bro...

Bab senapang tu... gua masih suspicious bro... hahaha..

ISA Monday, October 25, 2010 11:15:00 PM  

Abu Amirul,

Salam kembali bro,

Terima kasih atas doa saudara, senapang tua bro... hahaha...

Hashim,  Monday, October 25, 2010 11:19:00 PM  

Semoga cepat sembuh......wa pernah kena wak....memang sakit kena inject baru reda...tapi wa pakai kuasa minda buang batu karang....selamat burung wa...kena bertahan cari alternatif..pergi sepital mesti suruh buang....

wa sekawan dengan MSK, Kulup sakah, Dr tu tapi wa tak kenal wak....

sudirumusibarat Monday, October 25, 2010 11:40:00 PM  

tang senapang tergolek apa nak dimalukan bro
tugas algojo melaksanakan hukuman
tugas nurse melaksanakan suruhan
masa tu senapang pun tak ada makna
yang bermakna rasa sakit(kerana tahu nikmat sihat) dan
rasa malu tu kerana kita masih manusia. Tak perlu pindah rumah bro!Kemana pun bro pergi bayang-bayang itu pasti mengejar dan menghantui kita(jangan jadi hantu).

Seperti sakit,malu juga adalah rawatan terapi dari-Nya.Bererti sel-sel masih berfungsi dan dengan malu deria perasaan masih sempurna.
Cumanya yang perlu ,anggaplah ia adalah alat yang melaksanakan perintah-Nya(Jangan lihat pada lelaki @ perempuannya ).

Bro tak nak cuba cara batin ke(ini bukan tok batin)
Rawatannya nampak zahir(keluar batu) tapi tempat keluarnya tak ada kesan(sebab itu orang panggil batin barangkali).Rasanya pun macam digigit semut tak ada gigi. Percaya atau tidak yang pergi scan nampak berpuluh biji,bila buat rawatan berulang kali dan pergi scan semula.O ,Ok! Setakat 2 biji dgn izin Allah sekali rawatan je.Nak cuba @tak @nak tanya ulama 40 dulu.
Jaga pantang bro,jangan makan kacang dan daging(cepat benar batu kang membesar).
Saya tahu tempat rawatan tu bro!

Prof. Era Pasca Monday, October 25, 2010 11:52:00 PM  

ishishish dalam sakit2 nak melawak lagi.. dah ler tak habaq.. padan ler senyap jer.. dalam blog puun senyap jer...

Anonymous,  Tuesday, October 26, 2010 12:14:00 AM  

salam...
bab ank jiran tu yg best... nak tutup kes sonang je jang... masuk suku je la...

Anonymous,  Tuesday, October 26, 2010 12:57:00 AM  

Ubat tradisional untuk batu karang

Bahan-bahan
TEBU HITAM ( DAUN KELABU HITAM ) & TIMUN

Caranya
Dapat 1 kaki tebu hitam ( Bukan daun hijau ) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. minum campuran tersebut. Baca selawat 3x insyaallah batu karang hancur ( 1 ~ 2 jam )

Admin Tuesday, October 26, 2010 12:58:00 AM  

Semoga cepat sembuh Bro

nak tutup malu senang je Bro.
masukla meminang...

Pengasas Tuesday, October 26, 2010 1:14:00 AM  

Salam ISA,
Pengalaman saya 2 tahun lepas tanpa bius. 90% masa melolong sakit. Waduuuhhh ...
Bab burung tu, saya senyum bangga dikerjakan dan dibelek-belek oleh mereka (2 doktor dan 4 nurs).

orang lama,  Tuesday, October 26, 2010 1:46:00 AM  

moga cepat sembuh bro

bab bburung tu, aku ingat mesti anak mak ani tu dah tgk mcm2 jenis :D, ... buat selamba je bro.
dulu mbr aku pun kena camni, dia minta air penawar kat sorang tok aki, sebab dia takut masuk hspital. Lepas 2-3 hari minum air tu, keluar semua batu karang yg dah hancur masa buang air, terus sihat sampai skg.

jai,  Tuesday, October 26, 2010 2:51:00 AM  

Salam bro ISA.

Alang2 'dia' dah pegang dan tengok lu punya senapang, lu kawin je la dengan dia bro.

Kasi tembak kaw2 sama dia!!!

Ada bran ka bro???

Kah kah kah...

kulupSakah Tuesday, October 26, 2010 3:32:00 AM  

dah rezeki budak tu nak nengok burung...redo jelah...hihi

Yong Tuesday, October 26, 2010 5:52:00 AM  

Semoga cepat sembuh. Yong tahu sorang yang boleh buang batu karang. Seorang doktor (PhD kimia). Dia duduk di Kajang. Dia tak guna jin, setan, sedut atau ape2 suntikan. Tapi miker dah buang batu2 karang ni. So now kena maintain supaya jangan tumbuh lagi.

mahaza Tuesday, October 26, 2010 8:07:00 AM  

Alhamdulillah selamat... takpe lar... merasa hospital baru tu....

Anonymous,  Tuesday, October 26, 2010 9:03:00 AM  

Nasihat gua...bila rasa sakit di senapang, kencing pulak keluar darah...banyakkan minum air masak...air mati la bro...minum sampai mabuk... isyallah batu akan keluar.....satu lagi cuba try Raja Herba... banyak jual kat tempat ceramah...tidak pun order kat Ustaz Sidek Noor, Perak.. gua memang selalu amalkan..... kot mana pun Allah jua mengetahui.... kita hanya merancang....tak gitu bro

KAYUAPI Sunday, December 19, 2010 8:05:00 AM  

Kelakau nyeeeee!!!!Q HaHaHaHa... Mudah-mudahn cepat sembuh, amiin.

khaireen_8587 Monday, February 28, 2011 7:27:00 PM  

hahahaha.. siot jer cite ni.. sabar jer la bro.. nk buat cmne.. anak jiran sblah lak tu.. hahahahahahahaha

Admin Saturday, July 09, 2011 10:20:00 AM  

TAkziah Bro, semoga cepat sembuh... sakit2 pun boleh buat cerita lawak lagi.... satu motivasi yg bagus.. hehehe. xpe bro, burung dilihat kira ok lah tu, mana la tau nurse tu terbayang2 kat burung tu.. kouta ada lagi. hihi..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP