IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ular Emas, Muslimah Yang Lemah..!!!

>> Friday, September 17, 2010


Assalamualaikum,

Saya bukanlah penggemar siri drama Ular Emas yang disiarkan di TV9, namun 'terjebak' juga menonton beberapa episode kerana perasaan 'menyampah' mendorong diri untuk mengetahui sedikit sebanyak siri ini.

Perasaan menyampah saya itu kerana watak Raudhah di dalam drama ini begitu LEMAH, TAK BERMAYA, LEMBIK! Apakah sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh pengarah dengan menampilkan watak seorang wanita muslimah yang sebegitu LEMAH?!

Saya malas nak terangkan secara terperinci tapi sesiapa yg menonton drama ini rasanya mesti ada at least sedikit rasa 'rimas' melihat watah Raudhah yang sebegitu.

Sedikit contoh, setelah diceraikan dan dihalau dari rumahnya sendiri oleh suami yang jahat, Raudhah hanya menangis, menangis, membawa diri, termenung, menangis.. dan mengambil sikap 'redha, takpelah dah takdir saya begini'. Kemudian, anaknya diculik, Raudhah hanya menangis, terbaring menangis, menangis lagi dan menangis tak habis2!

Apakah ini ciri2 seorang wanita muslimah yang kuat imannya? Apakah dengan menangis tak henti2 dan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah dan hanya berserah pada Allah semata satu penyelesaian terbaik? Memang kita disuruh bersabar namun apakah sampai tahap begitu 'lembik'nya kita perlu bersabar dan berserah?

Apalah salahnya gambarkan Raudhah itu menjadi berani, berusaha dan bersungguh2 di akhir episode siri ini dan bukan hanya menangis dari mula, kerana dari awal2 siri ini pun kita dah tengok Raudhah ni lembik je, biarlah wataknya diakhiri dengan elemen keberanian seorang ibu yang mahu menolong anaknya bebas dari diculik, bukan terbaring di katil dan menangis, kemudian menangis di pintu pagar merayu kepada bekas suami.

Saya harap pada masa akan datang watak seorang Muslimah itu digambarkan dengan jati diri yang kuat fizikal dan rohani supaya menjadi contoh pada masyarakat, dan bukannya lembik dan tidak bermaya dan hanya berserah bulat2 tanpa satu usaha yang kuat.

Sumber dari sini.

p/s: Gua tak tau nak komen apa berkaitan cerita ni... pasal gua hanya tonton ulangannya saja, itupun setelah orang gaji gua bagitau anak bongsu gua yang umur 5 tahun menangis sakan pasal sedih sangat apabila si Raudhah di baling lumpur dan batu oleh budak2 nakal (dalam salah satu siri cerita tu).

Sedih sesangat gamaknya... hehehe...., tapi apa yang gua lihat watak si Raudhah tu... memang lembut gilerrrrr..... terlalu lemah lembut.

5 IkutSukaLu...::

Admin Friday, September 17, 2010 10:05:00 PM  

Ada juga tengok, muslimah yang taat tapi ada simpan patung dalam bilik khas.ending cam cita indon la pulak.

Yong Friday, September 17, 2010 10:18:00 PM  

Hahaha...citer time keje. Jadi tak dapat tengok. Cuma jika cuti ade juga tengok sambil pegang remote. Memang citer pompuan bodoh. Langsung tak ade nilai motivasi. Walau bagaimanapun ade pompuan yang camtu, sanggup ditendang terajang oleh suami yang jahat, asalkan tak kena cerai. Konon jadi janda lebih derita dari kena tendang oleh suami perangai setan.

Harris Friday, September 17, 2010 10:47:00 PM  

Haha,bro isa..Gua suke tgok drama ni pasai wajah n tgkah laku raudhah tu saling x tumpah cm awek gua..Hoho ;)

ryann Friday, September 17, 2010 11:49:00 PM  

betul macam cerita drama indonesia. kebanyakan watak utama yang dipaparkan terlalu baik, lemah, tak ada kekuatan walau macam- macam jadi dlm hidupnya. geram tengok cerita macam ni. bukan kita marahkan yg jahat tu. yg baik tu pula timbulkan rasa geram. tapi cerita fesyen camni memang diorang nak kasi org geram kot.

Pencacai Alim Saturday, September 18, 2010 9:44:00 AM  

gua sokong amat sgt..sib baik cun..hakhak

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP