IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

>> Wednesday, September 01, 2010

Jika di perhatikan dalam perang siber di Malaysia nih..., gua lihat kedua-dua belah pihak 2x5 jer... termasuk gua sendiri ha..ha..ha..., banyak juga tangan-tangan kotor yang sengaja menimbulkan provokasi seperti contoh terbaru Lim Guan Eng sembelih Lembu Korban.

Cuba perhatikan dan amati kronologi sebelum ini, seperti gambar Nik Aziz dan Khalid Samad di salibkan, gambar2 pemimpin Pakatan Rakyat yang pelbagai ragam dan juga gambar Anwar Brahim ooppsss.. yang ini jangan ceritalah... sampai jijik nak melihatnya, bandingkan pula dengan gambar2 para pemimpin umnoApco yang di beri sentuhan superimpose sebaik mungkin... so apa ada hal dan nak kecoh-kecoh pasal gambar Lim Guan Eng tu... cool bebehhhh... layan gelak2 guling2 sudah laaa....

Gua bukan nak sebelah mana2 pihak, gua cuma tak nak terpedaya dan taksub sangat dengan lawak bodoh macam ni... buang masa jer... lebih baik bercakap soal yang menguntungkan macam bisnes Tokek.

Jika nak tuduh itu semua kerja cybertrooper puak umnoApco, ada bukti atau tidak...??? Kalau takda bukti jangan tuduh membabi buta... itu namanya fitnah beb..., fitnah pulak dalam bulan posa... perghhhh... barai gua punya posa... kah..kah..kah....

Politik... politik jugak beb... tapi biarlah yang sihat, setakat maki hamun macam gua nih... boleh di maafkan kot, oleh kerana berbaki 9 hari saja lagi nak menyambut Hari Raya maka gua minta maaflah terutama kepada individu dari umnoApco, sebab lu orang semua memang layak kena maki hamun di atas kebangangan lu orang sendiri hahaha.., tapi gua tak pernah pulak nak mencarutkan benda2 dalam kain yang sensitip tu... dan maki hamun gua ada batasannya.

So... dalam hal Lim Guan Eng sembelih lembu ni... gua anggap hanyalah sekadar bahan lawak jenaka daripada pihak mana gua pun tak tau dan dari hasil kreativiti individu tersebut, namanya pun politik beb... samada yang membuat itu dari pihak umnoApco atau pun dari pihak PR sendiri... maklumlah tangan2 nakal dari kedua-dua belah pihak cukup ramai untuk memeriahkan alam siber ini.

Lagipun jika ikut logik dan pemahaman ilmu Islam (agama) puak2 PAS dan PR khususnya sudah tentu lebih setingkat jika di bandingkan dengan kejahilan ilmu puak2 umnoApco, takan lah... puak2 PAS dan PR nak makan hasil sembelihan orang bukan Islam, paling cekai sekalipun... pak-pak lebai yang ada di majlis tersebut takan lah sewenangnya nak biarkan Lim Guan Eng menyembelih lembu korban.., setakat superimpose sembelih lembu pun nak kecoh... aaaappppaaaadaaaa....!!!! Pembaca (rakyat) tahu menilaikannya yang mana ayam tempatan dan yang mana import... kah..kah..kah...

(Hellooooo.... Najib... baik punya posing...)

Apa kata lu orang jika muka Najib di tukarkan kepada muka Tuan Guru Nik Aziz dan di perlakukan sebegini....???? Ini soal akidah dan agama beb... jangan marah aaaarrr....

Selamat berjuang....  dan Selamat bermaafan.... Malam ini kena tidur di kandang kuda lagi, tapi takpa adinda Ghasidah ada..... "Sedangkan lidah lagi tergigit..., inikan pula BeEnd dan PR"... kah..kah..kah....

10 IkutSukaLu...::

AzamDin Wednesday, September 01, 2010 1:55:00 PM  

betul tu bro..

berbalik kepada bisnes tokek..

biawak nak tak???

Pak Long Wednesday, September 01, 2010 2:00:00 PM  

Salam Isa,
Macam tak percaya Pak Long si Isa yang post n3 nih... haha...

Isa Wednesday, September 01, 2010 2:44:00 PM  

AzamDin,

Biawak..???

Lu pergi jual depan pagar UIA jelah... hahaha..

Isa Wednesday, September 01, 2010 2:45:00 PM  

Salam Pak Long,

Astaghfirullahalazimmmm.....

Kena belajaq percaya Pak Long ooiii...

Incek Akim Wednesday, September 01, 2010 3:01:00 PM  

sama la bro. aku pon cakap camtu gak. klw org2 belah sini boleh super-impose gmbr org2 belah sane, jgn mrh la klw org2 belah sne super-impose gmbr org belah sini. dah mcm zmn budak djh 1 pon ade. ko pijak kaki aku, so aku kne pijak kaki ko gak la. cmtu je sbnrnye. bnd kecik, xyh la nk kecoh2. ustaz2 pas tu tw la mna halal mna haram. adoi~

Isa Wednesday, September 01, 2010 3:09:00 PM  

Incek Akim,

Politik malaysia bro... macam politik paria jer... layan filem tamil pun macam gitu gak ceritannya...

hahaha....

Lang Wednesday, September 01, 2010 5:27:00 PM  

salam bro,

politik2 jugak bro... tp kalau dah merapu sampai mencalarkan akidah mcm mana bro... mana lebih utama diselamatkan... politik atau akidah?..

tapi tak taula kalau ada kefahaman baru... nak masuk surga malaikat akan asing2kan parti yang dianuti semasa didunia...

bagi gua yang lekeh ni... wa pilih untuk pelihara akidah bro... takut nanti malaikat bagi passport masuk neraka..

baginda® Wednesday, September 01, 2010 10:45:00 PM  

haha gua tak pernah nak superimpose gambar2 nih bro.. tak carek kate org kelantan.. kahkahkah

tapi kalau letak gambar mesti gua gelak guling2 dulu sebab banyak kretif depa nih... hakhakhak

ngeee sape2 leh superimpose duit letak meke najib? pastu bagi duit raye kat budak2 macam azamdin... hahaha

Isa Wednesday, September 01, 2010 11:30:00 PM  

Lang,

Soal akidah dan agama paling aula bro.. tiada kompromi.

Yang gua bangkitkan adalah soal gambar yang di superimpose dengan cara tak bermoral.

Itu yang gua maksudkan, kedua-dua belah pihak sama saja.

Buktinya dua gambar yg gua paste kan itu.

Isa Wednesday, September 01, 2010 11:31:00 PM  

baginda,

Bagi duit yg ada muka najib kat AzamDin... hahaha...

Budak2 mana boleh pegang duit banyak2 bro...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP