IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

PENTING: Malware - Panduan Membuang Malware Untuk Pengguna Blogspot.

>> Wednesday, September 22, 2010

PENTING: Malware - Panduan Membuang Malware Untuk Pengguna Blogspot

Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.

Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.

Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Cara Mengatasi.

Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List

Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).

Setelah itu barulah anda klik "Save".

Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.

Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.

Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.

Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.

Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1

Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.

Sekian selamat berblogging.

p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat. INI SUMBER NYA ~~ MUSLIMEEN UNITED

11 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Wednesday, September 22, 2010 5:12:00 AM  

saya jumpa mula-mula panduan tu bukan dari muslimeen united tapi dari blog kelab greenboc ler.

http://greenboc.blogspot.com/2010/09/penting-malware-panduan-membuang.html

Kakcik Seroja Wednesday, September 22, 2010 5:33:00 AM  

Salam Isa...

terima ksih kerana memanjangkan maklumat ini. Kebetulan, kakcik tidak meletakkan icon itu di senarai blog kengkawan... :)

Anonymous,  Wednesday, September 22, 2010 5:40:00 AM  

Betul, tips ini dari Kelab Greenboc. ISA kena betulkan kreditnya tu, marah GB nanti.

Prof. Era Pasca Wednesday, September 22, 2010 9:43:00 AM  

cuba try era pascaa ok tak bro sekarang nih?

Stone525i Wednesday, September 22, 2010 9:48:00 AM  

Salam ISA, aku tak pasti la siapa yg punya artikel ini, tapi yg aku pasti mmg ramai blogger-blogger pencuri ni, ... ingat yer mmg banyak tapi bukan semua, Mencuri yg aku maksudkan mereka mengambil apa-apa artikel atau gambar kita TANPA MEMBERI KREDIT kpd empunya ..

ISA Wednesday, September 22, 2010 10:46:00 AM  

kakcik,

Nasib kakcik mungkin agak baik... nasib orang2 beriman.. hehehe

ISA Wednesday, September 22, 2010 10:53:00 AM  

Stone,

Dan menjawap sekaligus Tanpa Nama di atas.

Dalam dunia siber ni memang banyak pencuri artikel dan gambar. Bagi Blog gua, tak pernah ketinggalan memberi kredit kepada sumber2 yang gua rembat, termasuk artikel ini.

Dari artikel ini, jelas di notakaki gua sudah jelaskan. Dan bagi sesiapa yang baca mengunakan otak akan paham siapa yang empunya artikel ini.

Nama GB (GreenBox) jelas sekali di perenggan ke 3. Muslimeen United ambil darinya, dan gua rembat pulak dari Pak Oncu.

Secara tak langsung, nama2 yang terlibat dalam artikel itu, telah memberikan kredit kepada empunya artikel.

Anyway, terima kasih kepada GreenBox dengan maklumat yang berguna buat semua.

Pak Oncu Wednesday, September 22, 2010 1:55:00 PM  

hahahahahah ISa gua salute ekau,,, ekau MELAYU yg guna akal apbila buek sesuatu,,,,,,,,,, !!!!! wahai melayu cerah kan minda dari sifat KEJI,,,,,

ISA Wednesday, September 22, 2010 7:40:00 PM  

Pak Oncu,

Masalah pembaca adalah tak baca sampai habis dan pemahaman. Excited nak komen...

Pasal tu banyak yang terbabas. Dari entry tersebut dah jelas2 GB yang empunya...

Melainkan kalau buang nama GB dan gantikan dengan nama blogger yang menyiarkannya... baru boleh di pertikaikan...

Betul tak bro...???

GB,  Wednesday, September 22, 2010 9:34:00 PM  

saya sebenarnya x kisah artikel ini disalintanpal, walaupun tanpa kredit.
yang penting blog pr boleh dilawati tanpa amaran malware.

kredit dari Allah itu lebih berharga. tak gitu?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP