IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Takda Maknanya Puasa...!!!

>> Sunday, August 15, 2010



Simpati...???

Yeaaa... gua pun tumpang simpati juga, Al-Fatihah kepada yang terkorban. Tetapi cuba lihat dari sudut lain pula dan sudah pasti ada hikmahnya di sebalik kejadian tersebut. Kenapa Jasin... kenapa bukan tempat lain...??? Suatu perkara yang memerlukan pemikiran yang mendalam... mungkin Datuk Haji Rashid Redza bin Haji Md. Saleh boleh terjemahkannya, apa khabar Datuk... hehehe... dah lama kita tak bersembang yeaaa...

Dan mengapa sehari sebelum Ramadhan gua ada buat n3 ucapan Selamat Berpesta Makanan sempena menyambut bulan yang mulia ini. Ini adalah kerana ramai di antara kita semua sudah jauh tersasar dari matlamat sebenar Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Perlukah kita imbas kembali syarat2 wajib dan sah berpuasa.
(yang ini lu orang carilah sendiri, kerana gua yakin setiap orang yang berusaha mencari ilmu akan mengamalkannya jika di bandingkan dengan orang yang di berikan ilmu tanpa mencari, ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja)

Benarkah ada ulama mengatakan berpuasa juga mempunyai kategorinya (tingkatan);

1) Puasa 'Umum' iaitu puasa yang hanya menahan diri dari makan dan minum juga keinginan syahwat.
2) Puasa 'Al-Khusus' iaitu menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginan, serta mengawal anggota-angota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan faraj daripada melakukan perbuatan maksiat atau tercela.
3) Puasa 'Khususul Khusus' (khusus yang lebih khusus lagi) iaitu memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifai-sifat ria', 'ujub, takabbur dan lain-lain serta mencegahnya memikirkan selain Allah.

Bolehkah gua tambah kategori yang ke empat, iaitu puasa cara orang Melayu Malaysia, tak tutup aurat (rambut terdedah, ada yang warna warni), berlaga atau bersentuh kulit di pasar Ramadhan (Pasar Pesta Makanan Bulan Ramadhan, pakai jeans dan t-shirt lengan pendek dan sendat) jelas hukumnya haram, tak menunaikan solat lima fardhu masih di iktiraf berpuasa.

Spesis manusia sebegini jangan lu orang tuduh mereka tidak berpuasa, mau kena maki hamun siap dengan penerajang sekali... mereka pun berpuasa beb... iaitu berpuasa ikut cara mereka dan cara Islam umnoApco seperti yang di tauladani dari pemimpin2 mereka. Ada sesiapa yang berani menafikannya... di persilakan...

Yang lain2nya berkaitan dengan Ibadah Puasa ini, lu orang pelajarilah sendiri dengan mencari dan belajar, barulah cepat pandai dan selamat mengamalkannya.

Yang pasti tepuk dada dan tanya nawaitu lu orang yang sebenar-benarnya untuk apakah lu orang berpuasa..??? Kenapa...??? Dan kepada SIAPA..???

p/s: Alhamdulillah... setakat hari ini gua masih belum memijakkan kaki ke mana2 Bazaar Pesta Makanan Ramadhan. Cukup setakat apa yang ada di rumah, kerana masih ramai lagi di luar sana lebih susah dan dhaif ketika menghadap juadah berbuka puasa.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.... inilah pembantu rumah yang di berikan oleh Rasulullah SAW kepada puteri baginda iaitu Fatimah Al-Zahra (as).

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP