IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nik Nazmi: Lalang Dalam Pakatan Rakyat - Jawapan.

>> Wednesday, August 25, 2010

Dalam N3 "Lalang Dalam Pakatan Rakyat" ada yang mengatakan jangan terpedaya dengan mainan umnoApco dan putar belit media pencacai seperti Utusan Meloya dan Bernama. Ok... gua faham dan gua bersetuju...

Pertama: Posting (n3) gua di siarkan pada 25/08/20 @ 0230 dan ulang siarnya pada pagi tadi @ 07.26. Persoalannya siapa terlebih dahulu menyiarkan isu ini, adakah gua dulu dengan menghentam beliau, atau beliau terlebih dahulu menafikannya dalam blog beliau dan gua terlepas pandang. Jika gua terlepas pandang "Wajib bagi gua minta maaf atas penyiaran n3 tersebut). Tutup bab ini.

Kedua: Mengapa Nik Nazmi mengambil masa lebih dari 48jam untuk membuat penafian dalam blog beliau iaitu hari ini, jam berapa gua tak tau (tidak tercatit jam siar artikel dalam n3 beliau. Sedangkan Bernama telah menyiarkan berita tersebut pada hari Isnin (23/08/10 @ 19.33pm).

Gua pun tidur juga pagi tadi jam 8.30am dan baru saja bangun jam 1.30pm tadi, gua hanya tidur sekitar 5 jam saja setiap hari, tak macam Nik Nazmi yang tidur lebih dari 48jam... sebab tu lambat buat penafian... hahahahaaa.....

Buka saja blog dan baca komen... perghhhhh... ada yang minta penjelasan dan ada yang tak puashati, untuk Tanpa Nama... macam gua katakan takan layan sebarang komen dari Tanpa Nama (Anonymous) walaupun komen lu di sukai oleh saudara Zargus dan gua pun suka juga... hahaha.. komen lu bermaklumat bro... terima kasih tapi gua juga bukannya menyembur tanpa pandang kiri kanan bro... hehehe....

So.. gua jawap semuanya all in one jelah, bagi yang mengatakan kalau macam itulah yang diucapkan oleh Nik Nazmi, jawapannya sudah terjawap jadi tak perlulah lu dan isteri lu mengambil pendekatan yang di maksudkan. Nanti merugikan Pakatan Rakyat. (Ini contoh muslim yang memelihara Islam).

Dalam isu percaya atau petik sumber maklumat media pencacai, seperti yang gua nyatakan tarikh isu ini di mainkan adalah pada hari isnin, sudah ada beberapa blog yang seawal lagi mula menghentam dan siap melaknat lagi si Nik Nazmi ni... dan gua masih cool lagi kerana menunggu tindak balas dari mana2 pemimpin Pakatan Rakyat atau Nik Nazmi sendiri, malangnya tadak... senyap saja, sehinggalah malam tadi... so apalagi... belasah jelah, siapa suruh tidoq lebih dari 48jam beb... sendiri mau ingatlah. (boleh baca link blog2 yang terlebih dulu menghentam kenyataan yang di anggap fitnah itu dalam n3 tersebut)

Berkaitan soal perlaksanaan Hukum Hudud, gua pun faham bila dan ketika ianya boleh di laksanakan, apa kerenah yang perlu di hadapi. Sudah semestinya selepas perubahan Keraaaaajaan nanti dan bukannya sekarang ataupun berkaitan dengan soal pendirian PAS bahawa Hukum Hudud itu mesti di laksanakan juga sekarang ini. Nampaknya ramai yang salah faham dalam konteks ini. Dan juga salah faham dengan maksud yang gua sentuh dalam n3 tersebut. Siap persoal pasal taktikal dan strategi... apa kejadahnya yang melalut sampai kelaut tu.... apasal...???

Yang gua persoalkan dalam n3 itu adalah kenyataan Nik Nazmi (di anggap putar belit media pencacai) yang tidak berlandaskan kepada Syariat Islam...!!!! Jika diperhatikan dari bait-bait ayatnya jelas benar boleh merosakkan akidah jika beliau mengaku sebagai seorang Muslim. Jika benar maka tiada bezanya dia dengan Mahathir Mohamad.

Kepada saudara Din Binjai (Sharpshooter) terima kasih bro.. kerana sertakan link penafian Nik Nazmi, dan lu tolong nasihatkan (ketuk sikit kepala otak diorang) kepimpinan Pakatan Rakyat supaya cargas  sikit dalam menyangkal fitnah, jangan tidoq melebihi waktu 48jam nanti otak jadi beku dan kelembapan berlaku.

Ianya juga boleh menimbulkan persepsi buruk para penyokong kepada sekalian YB (Yang BerKhidmat) ini. Terutama sekali apabila menyentuh soal penghinaan kepada agama. Kepada yang memelihara agamanya akan merasa tercabar dengan kenyataan sebegitu, kepada yang merasakan agama hanya sebagai pelengkap sahaja memang takda hal punya... seperti puak2 parti haramjadah umnoApco.

Ada yang suruh gua minta maaf dengan Nik Nazmi, apa barang beb... nak minta maaf, siapa suruh dia tidur lebih dari 48jam... siapa Yang Berkhidmat (YB) sekarang ni... dia atau gua, kalau pergi klinik/hospital sekalipun, doktor akan buat perhatian (dianogsis) terhadap sesuatu penyakit dalam tempoh 72jam, tapi ini bukan kes hospital beb... ini isu persendakan hukum Allah. Tindakan segera di perlukan... bukannya terhegeh-hegeh...

Dan jika perlu juga untuk gua minta maaf pada Nik Nazmi, terlebih dahulu gua cabar beliau untuk failkan SAMAN terhadap Media Pencacai yang di dakwa fitnah dan memutar belitkan kenyataannya... Ada berani ka..???

Lagipun penjelasan dalam blog beliau masih boleh dipertikaikan jika perlu, Apa kena mengena dengan kisah bulan Januari...??? Apa dalam tempoh Januari hingga sekarang ini fikiran tak boleh berubah ke...??? Apa barang nak promote buku dalam penjelasan isu ini...??? Berbelit-belit beb...., tapi cukuplah sekadar be positif dan berbaik sangka... dalam pada itu masih memantau semua tindak tanduk para pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak bersikap seperti pemimpin umnoApco.

Kerana... "Politik itu adalah Persepsi" oopppsss.... apa pula persepsi lu orang dengan kenyataan ini, dan ianya bukan dari media pencacai tau... siapa punya ayat... lu carilah sendiri....

"sesiapa yang terus menimbulkan isu hudud dan negara islam adalah pembelot terhadap perjuangan rakyat yang nak menghumbankan united malays nationals organisation."

2 IkutSukaLu...::

Edyes Wednesday, August 25, 2010 9:12:00 PM  

bro... gua tak tahan bila lu cakap mamat tu siap promote buku... wakakaka

ISA Wednesday, August 25, 2010 10:01:00 PM  

Salam Edyes;

Ntah apa punya penjelasan yang dia bagi ntah... payah gua nak hadam, tapi layan jugak laaa....

Dah itu yang dia dan ramai orang namakan sebagai penjelasan...

hahahaha... penjelasan seorang YB beb...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP