IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jangan Lupa Petang Esok..!!!

>> Tuesday, August 31, 2010


Datuk Paduka Si Raja Katak dari Negeri Pasir Mas, dengan sukacitanya menjemput seluruh melayu yang mengaku Islam untuk menunaikan Solat Hajat pada petang esok. Aturcara majlis seperti berikut;

Agenda : Majlis Solat Hajat "Memohon kepada Allah supaya menghalang Orang Asing/Pelancong/yang bukan beragama Islam memasuki Masjid atau Surau"

Tempat: Stadium Bukit Jalil.

Tarikh : 31 Ogos 2010

Waktu : 5.00 petang.

Imam Solat Hajat : Yang di Muliakan Datuk Sri Paduka Di Raja Katak. Dan Majlis Doa panjang serta wirid khusus akan di bawakan oleh Sultan Perkasa sehingga waktu berbuka puasa.

Nota: Juadah Berbuka Puasa juga di sediakan: Menu - lalat, nyamuk serta serangga2 kecil. Pastikan lidah lu orang panjang dan ada gam yang melekit.

Dengan ini selaku Presiden Perkasa beliau menyeru seluruh warga umat yang mengaku Islam untuk hadir beramai bagi menyatakan sokongan semua dalam mempertahankan kesucian dan keharmonian masjid.

Semoga perjuangan sengal ini mendapat keredhoan Allah SWT, walaupun jarang2 pergi ke Masjid. Insyallah......

3 juta orang di jangka hadir.... - The Dumbest Leader said.

8 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Tuesday, August 31, 2010 1:02:00 AM  

Mengong sunggoh mung niii...wat paa mung jadi laguu tuu... pah mano doh cawat gete mung Brahim wehhh..sakit mu ning...

hj jamaludin,  Tuesday, August 31, 2010 1:29:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA
Hadis :-
Abu Said Al Khudry menerangkan; Bahawasanya Baginda SAW bersabda" Tak ada sholat sesudah sholat 'ashar hingga terbenam matahari"
Hadis :-
Amr Ibn 'Abasah menerangkan; Bahawasanya Baginda SAW bersabda "Tahanlah diri dari sholat selepas sholat 'ashar sehingga terbenam matahari. Sesungguhya matahari itu terbenam di antara dua tanduk syaitan.Dan di ketika itulah orang orang kafir bersujud kepadanya.( Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Mahzab Malikiyah membenar sholat sunat selepas sholat 'Ashar iaitu sholat sunat nadzar,sujud tilawah dan sholat jenazah.
So Bro ISA , puak Si Brahim nak anjur sholat sunat selepas sholat 'Ashar , siapa yang mati??? Atau Si Brahim nak buat sholat hajat supaya Allah SWT mempercepatkan kematianya, kalau sholat hajat supaya si Brahim nak cepat mati , gua sanggup pergi!

ISA Tuesday, August 31, 2010 1:29:00 AM  

AbangChot,

Mengong boleh ubat lagi bro... kalau dah tahap Jahil Murakap nih... apa ubatnya bro...

Terajang masuk gaung jelah.. hidup pun menyusahkan orang jer...

ISA Tuesday, August 31, 2010 1:32:00 AM  

Hj Jamaludin,

Salam kembali bro, perghhh.. lama lu menghilang, rindu pulak kat lu... hahahaa...

Betul tu bro... si raja katak tu memang suka buat sesuatu yang lain dari yang lain. Hinggakan fatwa dan hadis pun dia nak ubah...

Memang sah jahil murakab tu bro..., lu tak payah pergilah bro... lebih baik berkhalwat dengan Allah lagi bagus..

hj jamaludin,  Tuesday, August 31, 2010 2:26:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Bila gua selak selak lu punya catatan lama, pasal petaruhan permainan "BLACK JACK".
Lu punya cabaran dah di sahut oleh Kelantan, diorang dah taruh sebanyak RM 500,Kedah/Selangor/1 Malaysia pun da taruh RM500 cuma Penang je RM 400. So lu nak taruh berapa pulak? Anak anak buah lu pun dok ternganga la ni bila lu nak UMUM? Lu jangan buat buat lupa pulak????????
Sori Bro gua n anak2/menantu2 gua gi kat batu pahat bersuluk ( berkhalwat dgn Allah SWT)selama 20 hari/malam . Lanun Somali tak culik sama gua.

iNCeK aKiM Tuesday, August 31, 2010 4:24:00 AM  

bro isa, mintak share entri ni eh. tq

ISA Tuesday, August 31, 2010 5:55:00 AM  

Incek Akim,

Belasah jelah... takda tanda hak cipta terpelihara pun... hahahahaaaa

VCGW Tuesday, August 31, 2010 10:47:00 AM  

Bukannya nak dekatkan bukan Islam dengan Masjid dan Surau tapi nak jauhkan pulak.Apasal tak nak halang kontraktor bukan Islam bina masjid dan surau ??? Memang double standard puak-puak bangang tentang Islam ni !

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP