IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Gua Solat Hari Raya Dengan Siti Nurhaliza Beb....

>> Monday, August 23, 2010

Hari Raya lagi 2 minggu, perancangan gua tahun ini nak balik berHari Raya di Kuala Muda, Kedah. Tapi nak bersolat AidilFitri di Masjid Permatang Pasiaq, Tikam Batu, sebab Siti Nurhaliza dan suaminya akan bersolat di situ maaaa.... hahaha... tak jauh pun dari kampung gua... 15 minit jer.. kalau meter kereta gua cecah 180km/sejam, Siti Nurhaliza punya pasal beb.....

Selepas itu gua akan balik ke KL untuk bersolat Jumaat pula... kah..kah..kah....

Perghhhh... kalau dah Tok Imam pun dah tidoq tak lena disebabkan oleh Siti Nurhaliza, Iman Tok Imam yang tebal macam Gunung Jerai pun boleh kantoi..., inikan pula tahap iman gua yang jahil yaaaa... amat ini... nauzubillah... donia..donia.... kerana seorang artis... satu kampung dengan tok imamnya sekali jadi ghoplah.....

Kalau lu orang nak tau cerita selanjutnya pasal Tok Imam dan kariah kampungnya jadi lagu tu... lu orang klik kat sini....

Gua dah terbayang kampung ni... nak balik beraya sakan dengan Siti Nurhaliza... muahahahahahaaaa....

opppsss... kalau lu orang nak kirim salam dan peluk cium kat siti nurhaliza jangan segan2 bagitau kat gua... lagi ramai lagi bagus... banyak sikit adegan peluk cium yang boleh gua buat bagi mewakili setiap orang.

Kalau nak kirim salam dan minta tolong gua sekehkan kepala tok imam tu pun... gua takda hal punyeaaarrrrr.... bisa di uruskan.... hahahahaaaa....

adiooossss....

2 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Monday, August 23, 2010 9:02:00 PM  

Gatai nyaaa... ha haaa

Irwan Tuesday, August 24, 2010 11:51:00 AM  

Salam. Ini memang gaya hidup Melayu (satusatunya bangsa yang memperlembagakan agamanya), menyambut Syawal. Kalau dulu kita yang mungkar dan jahil ni terpaksa disogokkan dengan air botol dan makanan free untuk meramaikan solat Hari Raya, sekarang dah sampai tahap kena panggil artis.

Dan cerita kelakar seorang aku atau seorang imam dalam menghadapi idea gila dalam mengimarahkan masjid ini, memang banyak dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kira kat Malaysia ni, tahap pemahaman Islamnya tahap wali, hatinya baik, tapi gaya hidup dan kepala hotaknya macam kelakarlah sikit. Macam orang amerika pun ader...Aku cakap pasal diri aku, laaa.

Semoga Allah melimpahi kita semua dengan rahmat Nya sempena promosi bulan Ramadhan tahun ini.
Dan camana twisted pun seorang imam tu, jangan disekeh pulak kepalanya. Allah dah lantik dia jadi imam, maka ada lah hikmah nya tu. Kita jerlah yang kena mempertingkatkan ilmu kemakmuman kita.

Kalau kau boring dengan diri kau, kau boleh layan (Kita Mug dan Realiti di) blog aku. Hahaha.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP