IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Gua Nak Desak PM...!!!!

>> Wednesday, August 04, 2010

Pos Malaysia Berhad telah menerima hampir 120,000 penyertaan bagi Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri setelah tempoh pertandingan itu ditutup pada 19 Mac lalu. Link sini.  dan di sini.

Minggu depan Ramadhan bakal tiba dan Syawal pula menjelang... Hari Raya beb... Hari Raya... kah..kah..kah... gua nak standby duit belanja Raya nih.... sekurang-kurangnya gua masih berharap boleh menang RM5000 cash money dari Pertandingan tersebut... tapi sampai laaaa... ni masih tiada keputusan siapa pemenangnya... dah berapa lama dah ni... takan pasal POS Malaysia kerugian berjuta hengget hadiah Pertandingan tu pun tak mampu nak bayar beb....

Atau keputusan sudah di umumkan dan gua terlepas pandang.... ada sesiapa boleh tolong bagitau gua bila di umumkan, gua berharap nih... untuk menang, gua yakin giler... gua pasti menang hadiah RM5000 hengget tu..., kat bawah ni... gua selitkan karangan surat yang gua hantar untuk Pertandingan tu....

Tarikh: 11/03/2010

Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya, Selangor.

Surat Kepada Perdana Menteri Malaysia.

Salam Satu Malaysia. (hehehe.. betul ke bagi ucapan salam macam ni...???)

Gua kadang2 terfikir dan gua tak tau lah samada lu ada pemikiran yang sama macam gua atau tidak…? Cuba lu renungkan…, dalam kegawatan ekonomi Malaysia ni banyak peruntukkan kepada rakyat telah lu cantas, terutamanya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Cuba lu buat carian dan teliti laporan, dalam Malaysia ada berapa banyak penjara..? berapa banyak pusat tahanan Pendatang Tanpa Izin (PATI)..? berapa banyak Pusat Serenti…? Berapakah jumlah ahli berdaftar dalam pusat2 tahanan tersebut…?

Pernah tak kesemua think-tank KERAjaan yang berpusat di Jabatan Perdana Menteri, ISIS, INTAN dan ntah apa2 lagi nama kejadahnya…, tak terkecuali APCO juga… yang lu bayar berjuta2 hengget tu… dan lu jangan buat2 lupa. Ada tak mereka2 semua memikirkan cara untuk menjimatkan kos memelihara ahli2 berdaftar dalam pusat tahanan tersebut.

Berapakah kos pemeliharaan kesemua tahanan tersebut dalam satu hari, lu tak terfikirkah… dah la.. diorang tu semua liabiliti kepada negara dan rakyat, makan minum percuma lepas tu melanggut dalam sel tahanan hingga tamat tempoh.

Bagi warganegara Malaysia, gua tak berani nak komen banyak2 (sebab cikgu gua belum ajar lagi bab ini) tetapi bagi warganegara asing (PATI) apa kejadahnya dapat makan minum free sehingga tempoh penghantaran semula ke negara asal mereka. Lu tak terfikir ke…? Wang rakyat di bazirkan kepada perkara2 yang tak perlu tu…

Selain dari makan tanggung berak cangkung, bagaimana pula kalau diorang sakit..? Kos perubatan pun free juga kan… nasib baik diorang tak minta berubat sampai luar negeri.., kalau tidak lagi jahanam duit rakyat di kerjakannya.

Jadi cadangan gua pada lu supaya memanfaatkan tenaga kesemua tahanan tersebut kepada perkara2 yang positif. Daripada diorang dapat makan minum free walau pun tak sesedap makanan yang lu hadap setiap hari hasil air tangan laki lu… dan chef2 yang hebat.

Contohnya, lu hantar kesemua tahanan ini untuk mengantikan pekerja2 kontrak membuat bangunan, perumahan dan kerja2 berat, so tak perlulah KERAjaan menanggung kos makan minum mereka, semuanya lu bebankan kepada Tauke/Cukong Projek tersebut. Tuan punya projek dah tentu suka gila babi, kerana menjimatkan kos upah pekerja kontrak import.

Dengan berkurangannya tenaga kontrak import, maka kesan pengeluaran wang ke negara luar akan berkurangan dan hanya berlegar dalam negara sahaja, sekaligus membantu meransangkan ekonomi Negara. Banyak lagi yang lu boleh pergunakan, itu lu kena suruh balaci2 lu buat penapisan terhadap tahap keprofesionalan setiap tahanan. Gua cuma menyuntikkan idea sahaja pada lu... kalau semua gua kena terangkan, lebih baik lu letak jawatan dan bagi gua gantikan tempat lu...

Kepada jenis tahanan kesalahan ringan dan nampak muka macam baik2 jer… lu boleh angkat mereka sebagai Drebar Kementerian, Tukang Kebun dan Pembancuh Kopi… tak perlulah lu gajikan tugas2 tersebut kepada budak yang drop-out Uniten. Itu gua bagi contoh untuk tahanan lelaki.

Untuk tahanan wanita pula, lu boleh pergunakan untuk menggantikan semua orang2 gaji Menteri2 lu dan orang gaji lu sendiri, ikut kemahiran masing2. Bukan ke.., dah menjimatkan duit kerajaan, dan lebih menjimatkan lagi kalau elaun dapur Menteri2 dan Lu sendiri dapat di jimatkan, potong jer… mana yang patut… lagipun kebanyakkan menteri lu pun bukannya cerdik sangat… masing2 bebal dan kaki bodek belaka.

Cukuplah setakat ini surat terbuka gua untuk lu sebagai Perdana Menteri Malaysia, nanti gua hantar banyak2 lagi untuk melayakkan gua menang hadiah yang ditawarkan. Akhir sekali terimalah lagu ini sebagai rasuah gua untuk memenangi hadiah dalam peraduan ini. Gua yakin laki lu boleh bawakan lagu ini dengan sepenuh jiwa dan perasaannya, dari segi pitching dan intonasi dengan baik sekali.



Akhir sekali gua mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu2 gua yang banyak memberi tunjuk ajar untuk mengarang surat ini, walaupun hampir sebelas kali kena reject oleh Pengetua Sekolah, alasannya kerana tiada ayat2 bodek dan memuji.. ntah kenapa kali ini boleh terlepas…, gua rasa mungkin cikgu kelas gua dah bosan atau dia dah rasuah Pengetua Sekolah… maaf itu sekadar persepsi gua saja…

Yang benar,
Isa Mohammad (Darjah 6 Kelabu Asap)
Nama Sekolah dirahsiakan, kerana tak nak menyusahkan pihak sekolah dan Pengetua kesayangan gua.., kerana dia selalu rasuah gua masa time rehat... ngeeee 

Amacam...??? Ada konfiden boleh menang tak...., gua nak desak PM umumkan sebelum Syawal menjelang, siapa pemenangnya.

Gua boleh terima hakikat kalau gua kalah... dan gua takan bunuh diri beb... gua janji beb... tapi yang gua musykilkan ni... dah berapa bulan dah dari tarikh tutup..??? masih takda pengumuman ke...??? Tolonggglah.. jangan siksa jiwa raga murid2 sekolah seperti gua beb...

Atauuuuuuuu...... jangan... jangan.... 1Malaysia kena kencing tak...??? ahhh... gua tak mau buruk sangka.... ha...ha..ha...

8 IkutSukaLu...::

Abang Chot,  Wednesday, August 04, 2010 7:56:00 AM  

Syahdu nya surat ini...lebih kreen lagi kalu di lampirkan bersama peta minda ngaaa...

hj jamaludin,  Wednesday, August 04, 2010 10:07:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Copyright N3 Bro ISA
"Contohnya, lu hantar kesemua tahanan ini untuk mengantikan pekerja2 kontrak membuat bangunan, perumahan dan kerja2 berat, so tak perlulah KERAjaan menanggung kos makan minum mereka, semuanya lu bebankan kepada Tauke/Cukong Projek tersebut. Tuan punya projek dah tentu suka gila babi, kerana menjimatkan kos upah pekerja kontrak import"
Ello Bro ISA
Ha Ha Ha ! Apa Bro lu tak baca Surat Khabar ka? Kes pasal tahanan warga Afghanistan seramai 20 orang cabut di depoh imigresen KLIA. Ini pulak lu cadang PATi kerja dgn cukong kontraktor . Dan yg cun pulak lu suruh kerja buat air kopi
alamat baik kes liwat atau macam kes terbaru drebar dan penumpang tiba tiba mati kat highway sungai buluh atau ganti orang gaji menteri , alamat lah ramai PATI CUN bersekolah kat Jasin Melaka!!! lebih lama PATI ada,lebih lama la gua boleh bekal makanan. dari pendapatan jutaan sebulan boleh sampai bilionan kalau PATI diperap selama lamanya.
Pasal pertandingan "Menulis surat kat PM 1 Malaysia" syabar no! PM and Lakinya la ni bercuti jangan kacau atau lu tunggu sampai kucing bertanduk atau kepala lu di selubung kelapu asap.

Anonymous,  Wednesday, August 04, 2010 12:27:00 PM  

Karangan terbaekkk...hehe...

merbok,  Wednesday, August 04, 2010 2:04:00 PM  

bro, keputusan tu dah keluar laa.. lu memang ketinggalan zaman. tapi keputusan pertandingan tu tande pemenang sebab semua surat tu bunyik lebih kureng mcm surat lu!! so takde laa pemenang. hehehe

ISA Wednesday, August 04, 2010 5:46:00 PM  

Abang Chot,

Surat cadangan buat PM, lu baca Syahdu bro..

Think Tank PM pun tak secerdik gua bro... kahkahkah...

ISA Wednesday, August 04, 2010 5:48:00 PM  

hj jamaludin,

Lu ni sengal la... itu surat tarikh bila bro...

Itu Afghanistan kes bila bro...

Your comments not relevan..., kalau masuk pertandingan tu.. awal2 dah kena reject.. ha..ha..ha...

ISA Wednesday, August 04, 2010 5:50:00 PM  

merbok,

lu bikin jantung gua berhenti berdegup bhai... gua betul2 berharap RM5000 cash bhai.. nak buat belanja raya nih....

Putra Blog Saturday, January 29, 2011 12:34:00 PM  

best blog saudara..saya sokong dan setuju..says NO to BN

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP