IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Derita Seorang Pemilik Kereta Lama.

>> Tuesday, August 24, 2010

Gambar Hiasan.

CUKAI jalan (road tax) kereta Proton Iswara saya yang sudah berusia 12 tahun mati baru-baru ini. Untuk memperbaharui cukai jalan, tentulah saya perlu memperbaharui insuransnya. Seperti tahun lalu, saya ke pejabat pos bagi membereskan urusan itu.

Selepas tiba giliran, saya menyerahkan sijil pendaftaran kenderaan dan salinan insurans tahun sebelumnya. Geli hati juga saya melihat kerani pos terkial-kial mengira jumlah wang insurans yang katanya telah meningkat mendadak tahun ini. Kira punya kira akhirnya saya pula hampir tersedak apabila dia memberitahu saya supaya membayar RM460.

Mana tidak terkejut besar saya mendengar jumlah itu. Baru tahun lalu saya hanya membayar RM91 untuk insurans, tahun ini kena bayar lima kali ganda. Disebabkan saya membawa sejumlah wang yang hanya cukup-cukup seperti tahun lalu, saya tidak terus membayarnya sebaliknya meminta kerani itu menyemaknya semula.

Kerani itu akur tetapi kemudian berkata, “memang betul, pak aji kena bayar RM460.00. Tapi kalau pak aji tak mahu, pak aji boleh ke syarikat insurans di seberang jalan sana, mungkin pak aji boleh dapatkan yang lebih murah di sana!”

Apa lagi, saya pun bergegas ke pejabat syarikat insurans itu. Kira punya kira akhirnya, kerani si gadis manis itu memberitahu saya jumlahnya RM405.06. Hai, tak jauh beza dengan apa ditawarkan di pejabat pos tadi. Apabila si kerani bertanya, jadi atau tidak jadi, terpaksalah saya mengaku tidak membawa duit sebanyak itu tetapi memintanya menyiapkan segera insurans berkenaan kerana saya akan ke mesin juruwang automatik.

Apabila sijil insurans siap, saya kembali ke pejabat pos untuk mendapatkan ‘road tax’. Kadar cukai jalan bagi kenderaan setaraf Proton Iswara adalah RM70 setahun sedangkan beberapa tahun lalu adalah sebanyak RM179 setahun. Pejabat pos pula mengenakan caj RM2 bagi perkhidmatannya.

Sekalipun kadar cukai jalan sudah dikurangkan lebih daripada separuh, hakikatnya harga insurans melambung tinggi menyebabkan pemilik kereta lama seperti saya menderita juga untuk membayar ‘road tax’.

Jika pemilik kereta lama yang berusia 12 tahun seperti saya merana ketika hendak membayar ‘road tax’, tidak dapat saya bayangkan derita pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun yang saya dengar terpaksa melalui karenah lebih teruk.

Dengar khabar, apabila mahu memperbaharui ‘road tax’, pemilik kenderaan berkenaan terpaksa melalui prosedur yang merumitkan melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) dan Uni Asia untuk memperbaharui insurans kenderaan, selain peningkatan kadar bayaran yang didakwa sehingga 200 peratus berbanding sebelumnya.

Sebagai menyatakan rasa prihatin kepada pemilik kenderaan lama ini, PAS melalui Naib Presidennya, Salahuddin Ayub melancarkan satu gerakan rakyat bagi membela nasib mereka yang dinamakan Gerakan Bela Rakyat (Bela).

Salahuddin berkata pihaknya akan mengadakan persidangan meja bulat seterusnya secara berkumpulan dan hasil perbincangan akan dibawa ke persidangan Parlimen untuk mendapat pertimbangan kerajaan.

Memang benar, prosedur baru ini bukan saja menyusahkan rakyat kebanyakan terutama golongan bawahan tetapi menjejaskan kedudukan kewangan mereka dengan teruk sekali. Jika saya yang terpaksa membayar insurans yang kenaikannya sebanyak 500 peratus begitu tertekan, apa agak nasib Ramli, si tukang gunting yang memiliki sebuah Opel Kadett model 1978 dan Din, bekas askar yang memiliki Ford Escort 1974? Harap-harap mereka berjaya mendapatkan ‘road tax’ walaupun terpaksa melalui onak dan duri sedangkan hari-hari telinga mereka disumbat slogan dari corong radio dan televisyen, ‘1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Selain soal insurans, satu lagi hal yang membebankan pengguna kenderaan adalah saman ekor. Seorang sahabat memberitahu dia mempunyai tiga saman ekor, menyebabkan usahanya untuk memperbaharui cukai jalan tertangguh. Hari pertama dia ke ibu pejabat polis Jalan Bandar, pembayaran tidak dapat dibuat kerana komputer ‘offline’ manakala hari kedua orang terlalu ramai. Maka pada hari ketiga barulah dia dapat menyelesaikan masalahnya itu.

“Masalahnya sekarang,” katanya, “polis tidak melayan sebarang rayuan, setiap saman kena RM300, jadi terbanglah duit saya sebanyak RM900. Kemudian bayar insurans dan ‘road tax’ yang jumlahnya ribuan ringgit. Saya benar-benar pokai sekarang ini, tapi apa nak buat, tidak bayar saman tidak boleh buat ‘road tax’. Tak ada ‘road tax’, kereta tak boleh bergerak, lagi payah saya dibuatnya.”

Selepas dibantah oleh orang ramai, barulah kerajaan bertindak menangguhkan saman ekor itu yang menurut sesetengah pakar perundangan tidak menepati kehendak perundangan, misalnya seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah oleh mahkmah termasuklah ketika berada di jalan raya.

Di petik dari email.

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Wednesday, August 25, 2010 12:12:00 AM  

Kan PM 1 Malaysia dah maklumkan rakyat kena ubah mengikut menyelarasan penghidupan . Ikut macam blogger Pak Long Din cuma pakai basikal tua je,tak payah bayar insuran mahupun cukai jalan. dia hidup bahagia di samping isterinya Mak Long.kalau tak percaya tanya blogger ISA.

Anonymous,  Wednesday, August 25, 2010 12:29:00 AM  

salam,
saya bersimpati dengan mangsa2 sama ekor dan pemilik2 kereta lama. saya sendiri pening kepala dengan kerenah peraturan membeli road tax dan insurans sebab kereta mazda saya pun dah lebih 20 tahun. memang terasa sangat duit melayang bila time kena bayar insuran dgn saman ni. apalagi kalau kakitangan kerajaan yang hanya cukup2 makan tiap-tiap bulan; dan rata-ratanya orang melayu. adapun parti orang melayu berkuasa di negara sendiri tapi kita sendiri nampak mereka ni tak ada 'nilai tambah' dalam diri mereka. saya fikir tak luak apa pun kalau bagi rakyat tengok 'nilai tambah' seseorang yang ada kuasa. contohnya, bagi 'ruang' atau pilihan yang munasabah kepada yang terdesak kena beli insurans atau kene bayar saman. memang tak habis kalau dikupas kezaliman orang berkuasa tapi sekurang2nya saya lega sikit bila dapat berkongsi dengan kawan2 yang sewaktu dengannya. dalam ayat Al-Quran 21:35 Allah menyebut: Tiap2 yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar2nya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. InshaAllah, bersabarlah kawan2 semoga kita dapat hikmah bila ingat pesan Tuhan ni - tapi ikhtiar mesti kita teruskan.

Lang Wednesday, August 25, 2010 2:55:00 PM  

salam bro,

nampak gayanya semakin susahlah kehidupan orang susah... nak beli kereta baru tak mampu, nak tanggung kereta lama tertungging cari duit... kemana arahnya 'rakyat didahulukan ni...'

ISA Wednesday, August 25, 2010 10:03:00 PM  

Lang;

hahaha... ubah kerajaaaannn jelah Lang ooiiii...

Itu jawapan yang terbaik...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP