IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Benarkah Ini Gambaran Malaikat..???

>> Sunday, August 15, 2010

Baru-baru ini saya mendapat forward link video Malaikat dari seorang kenalan. Dia beriya-iya menyuruh saya menontonnya. Katanya dalam video tersebut kelihatan Malaikat turun ke bumi dan terus menuju ke kaabah.

Saya tersentak, “Manusia dapat melihat Malaikat?” Soal saya dalam hati.

Untuk tidak menghampakan beliau, saya tetap menonton video tersebut. Ya memang kelihatan cahaya dari langit turun ke kawasan tawaf di Makkah. Tetapi timbul beberapa persoalan di kepala saya.

Pertama, benarkah video ini tulen?

Kedua, adakah Allah telah memberi kelebihan kepada manusia untuk melihat dan mengetahui hal-hal ghaib? Lebih-lebih lagi malaikat?

Jika benar sekalipun video itu tulen, adakah ia benar-benar Malaikat atau sekadar cahaya yang wujud?

Marilah kita melihat isu ini dari kacamata Islam sendiri. Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang menjadi asas pegangan umat Islam zaman berzaman.

Hal-hal yang berkaitan dengan Malaikat dikategorikan sebagai perkara-perkara ghaib di dalam Islam. Malaikat mendapat darjat tinggi di sisi Allah sebagai makhluk-Nya yang paling taat dan setia menjadi suruhan kepada Allah. Malahan mempercayai Malaikat adalah salah satu dari Rukun Iman yang harus diimani oleh umat Islam.

Firman Allah, "Ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua. Malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri untuk beribadat kepada Allah dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka selalu bertasbih siang dan malam dengan tidak berhenti-henti." (al-Anbiya': 19-20)

Hal-hal ghaib hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak ada seorang pun berhak untuk mendakwa bahawa mereka boleh berinteraksi ataupun melihat dengan mata kasar perkara-perkara ghaib.

Firman Allah, “Katakanlah, "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (QS An Naml : 65).

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa cahaya yang kelihatan dalam video tersebut sebagai Malaikat adalah terkeluar dari akidah Islamiah, kerana ia jelas bertentangan dengan apa yang Allah jelaskan dalam al-Quran.

Sungguh hairan apabila ramai mempercayainya sedangkan Rasulullah sendiri tidak pernah mengaku ataupun bercerita bahawa baginda dapat melihat atau mengetahui perkara yang ghaib.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah bahawa Rasulullah tidak mengetahui perkara ghaib. Firman-Nya, “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”(QS Al A'raf : 188).

Jika Rasulullah sendiri tidak mengetahui perkara ghaib, bahkan dengan terus terang baginda menafikan hal itu ke atas dirinya, maka orang selain baginda pasti tidak lebih tahu. Kerana baginda yang lebih berhak daripada manusia lain. Ketika ada nash yang menyatakan, bahawa baginda tidak mengetahui perkara ghaib, maka selain baginda pasti tidak tahu.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar lebih berhati-hati dalam hal-hal sebegini. Jangan terlalu mudah diperbodohkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Berpeganglah dengan sekuat-kuatnya dengan akidah yang sahih. Kerana Islam berpaksikan kepada Quran dan Sunnah sahaja. Jika sesuatu itu bercanggah dengan kedua-dua sumber itu, maka tolaklah ia sejauh yang mungkin.

Semoga kita terus dipelihara oleh Allah dari segala bentuk kejahilan dan kebatilan. Ingatlah hanya Allah yang mengetahui perkara yang ghaib.

“Katakanlah,Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu, bahwa aku ini Malaikat. Aku tidak mengikuti, kecuali apa yang telah diwahyukan kepadaku.” (Al An'am: 50).

Sumber di sini.

p/s: Namun begitu pada pendapat gua pula, "Tiada yang MUSTAHIL bagi Allah SWT, kerana segalanya dalam kekuasaanNYA.". Malahan Nabi Muhammad sendiri telah melihat rupa Jibril dalam bentuk asalnya seperti yang di sebutkan "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,- Surah An-Najm ayat 13. Wallahuaklam

11 IkutSukaLu...::

mountdweller Sunday, August 15, 2010 9:44:00 PM  

Salam anakanda

Salam Ramadhan.

Izinkan Ayahanda linkkan ke blog mountdweller untuk sama-sama renungi.

Isa Sunday, August 15, 2010 10:42:00 PM  

Salam Ramadhan Ayahanda,

Teruskan...

Dr. Abdul Wahab Arbain Sunday, August 15, 2010 10:42:00 PM  

Salam ISA,
Tahun 2010, ada gambar malaikat. 2011, ada gambar Nabi Ibrahim. 2012, ada gambar Nabi Adam. Tahun 2020, ada gambar Allah pulak.
Itu adalah hasil beriman kepada teknologi.

Daeing Mayong Sunday, August 15, 2010 10:44:00 PM  

MINTA KEBENARAN PAUTAN KE BLOG POSTING SAYA. SAYA PUN TERTANYA2 JUGA.

Isa Sunday, August 15, 2010 10:51:00 PM  

Salam Dr.

Bukankah teknologi itu anugerah Allah kepada mereka2 yang berfikir dan mengkaji?

Persoalannya samada betul atau salah, terpulang kepada fikiran/akal manusia pula.

Isa Sunday, August 15, 2010 10:52:00 PM  

Daeing Mayong;

Di persilakan tuan...

norlailisalleh Sunday, August 15, 2010 11:51:00 PM  

Salam Tuan,
mohon izin untuk share di blog saya.

Terimakasih

Anonymous,  Monday, August 16, 2010 12:46:00 AM  

mw... cuba kita tengok betul2 garisan putih pada kaabah tu, mana ada begitu putih sampai npak macam baru kena cat saja , yang asli kan tak berapa putih ... banding gambar kaabah asal ngan yang ada malaikat tu...kan berbeza.. tu pun dah npak menipu...jangan percaya 100%...

paloibinmulau Monday, August 16, 2010 1:19:00 AM  

kalau nak buat kajian forensik video ni tulin atau tidak, kita kena ada sumber asal video tersebut. kalau takde memg susah le nak tahu. saya kurang arif pasal video. kalau still picture kita boleh tahu dr data exif gambar tersebut. kita boleh tahu samaada telah diedit atau belum.

berkenaan gambar video malaikat yg ghaib samaada kita boleh nampak atau tidak, mungkin kalau kita paham apa yg mata kita boleh nampak kita akan bersifat terbuka.
biasanya kita cuma boleh nampak "benda" jika ia berada dlm lingkungan uv visible. teman tak ingat berapa jarak gelombang uv vis ni heheheh. benda yg diluar uv vis hanya boleh kita nampak jika ianya bergetar dlm uv vis saja.

kalau rajin cuba search pasal jambatan yg berayun di us ketika gempa bumi rasanya. video tersebut dirakam ketika jambatan tersebut berayun. ini bukan magik ini cuma fizik. kalau ikut hukum fizik biasa kita tidak akan nampak proses bagaimana bahan pejal boleh berayun(bergetar). tapi kuasa Allah kejadian tersebut dapat dirakam.

theblabber. Tuesday, August 17, 2010 12:26:00 PM  

terima kasih utk entry ni. ramai yg suka percaya, tanpa mahu selidiki terlebih dulu..

wallahualam.

sunglasses Tuesday, August 31, 2010 10:05:00 PM  

dunia da nak kiamat..marilah kita wat amal byk2...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP