Terima Kasih Kawan2 Seperjuangan & Panglima7.
>> Tuesday, July 27, 2010
Kepada semua Kawan2 Seperjuangan,
Gua ucapkan terima kasih kerana memahami kedudukan sebenar, gua hanya mempertahankan diri gua dari bahan fitnah sahaja dan bukannya nak cari gaduh dengan sesiapa pun.
Di bawah ini adalah jawapan dari panglima7 yang gua C&P dari ruang komen blog beliau. Bersama itu juga gua menjawap komen balas beliau.
Panglima7 said...
Lembutnya bahasa saudara ketika menulis di blog saya yer...ermm.(Bukankah ini balasan komen terawal gua dalam blog lu... sebelum gua mengeluarkan N3 Perang Nuklear terhadap lu..??? Dan gua siarkan juga dalam n3 gua.)
Saya tak nak komen apa-apa...kerana saya percaya tiada perkataan pelacur politik diletakkan di posting saudara itu sebelum ini.(Setelah membaca jawapan dalam blog lu, buat gua tergelak saja. Lu boleh buat fitnah lagi mengatakan gua tak letakkan perkataan "Pelacur politik" pada gambar Maria Ozawa. Padahal n3 tersebut telah di baca oleh beberapa orang sebelum ianya di padamkan.)
Mengenai listing blogger lalang. Kenapa pula mereka tak terlibat. Merekalah yang mengutuk dan memaki hamun saya serta mencerca saya seperti org yang tak ada agama aje bagi membela dan memeriahkan blog saudara. saya tak kisah semua itu... pasal telinga saya dah tebal dengan setiap cercaan. Ini bukan 1st time saya berperang di dunia cyber dengan puak-puak UMNO. Cuma terkilan benar terpaksa berperang dengan saudara yang mati-mati mengaku berjuang atas dasar kebenaran rakyat tetapi dalam masa yang sama mengecam pemimpin pilihan rakyat ke tahap yang hina. Mungkin saudara dan konco2 suka mengutuk pasal nak glamer dan ramai pengunjung agaknya. Lantaklah.. apa saya herannn!!!(Apa jenis manusia lah lu ini, memang tepatlah dengan gelaran Patih Karma Wijaya.)
Glamer dalam blog boleh dibawa ke kubur ke? Takde maknanya saya nak glamour...bukan dapek apa pun....dapat caci maki dari saudara dan konco-konco saudara adelaa..(Nak glamour...??? kalau glamour ada masyukkk ok jugak... ini bil internet pun bayar sendiri... lagi mau kejar glamour ke... tak boleh bawa masuk kuburkan.. lu pun tau.. lagi mau membodohkan diri buat apa...???)
Baca posting saya dah tahu saya bukan ahli UMNO. Saudara mandai-mandai ajer buat cerita. Nak tahu saya parti mana...semaklah dengan Pakatan Rakyat.(Ohh.. lu tuduh gua mandai2 buat cerita kata lu ahli umno...??? Siapa dulu yang mandai2 buat cerita kata gua agen umno musang berbulu ayam dalam unsur hasutan..??? Lu atau gua...??? Sudah lupa ka...???)
Kalau saudara mahu saya buang bloglist lalang tuu....bersama dgn blog konco-konco saudara tuu. Mohon maaf laa...dan berjanji tidak akan mencaci pemimpin PR sebegitu ruper....itu ajer yang saya minta, kerana saudara telah menambah ramaikan penyokong UMNO dan pembenci Pakatan Rakyat.(Bloglist lalang tu tak menjadi kudis pun buat gua, kalau lu berdegil tak nak buang, itu hak lu.. itu blog lu suka hati lu lah. Bagi gua takda hal... bagi blogger2 lain yang lu libatkan tu.. lu jawap la sendiri...
Lu buat fitnah terhadap gua, Lu suruh gua minta maaf dengan lu... kah..kah..kah... lu memang pelawak handalan... Macam perangai PRDM jelah... orang yang buat laporan polis yang kena tangkap, sedangkan orang yang dilaporkan bebas... sebijik macam perangai umno.)
Kalau setuju....kita deal. Kalau tak setuju...terpulanglah.(Gua sama sekali tak akan tunduk dengan permainan kotor lu.. Lain kali bebaskan minda... sebelum berbicara.)
Tak perlu nak email saya....saya selesa dan ada di sini.(Yang ini gua tak nak kata apa2... pro & kontra jika meletakkan email address di blog)
Panglima7.