IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Santai Malam Pengantin Baru...!!!

>> Wednesday, July 14, 2010

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya...

Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis,

“Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?”

“Aaahhh sudah..., apa citer ni?” tanya Ramli dalam hati.

Separuh malam dia terbaring berfikir. “Oooh, agaknya isteri aku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.

Malam ke 2 adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isterinya..,

“Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai..?”

“Kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayahnya yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’.

“Laaaa..” keluh ayah Ramli, “Sia-sia aku hantar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?”.

Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet (segala yang relevan untuk pengantin baru je!) Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”.

“Oooh... cam tu...” sengih Ramli, “baru saya paham." Taulah apa nak buat malam ni!” sambung si Ramli.

Malam yang sangat ditunggu2, Ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

“Aaaah.. nape pulak senyap, takkan dia give up..” tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata,

“Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?”

Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun…

“Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun masih takde jawaban Ramli mencuba lagi.

“Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?”

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, “Maaf tuan... landasannya baru saje banjir…!”

Realiti Kehidupan.

4 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Wednesday, July 14, 2010 12:52:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bro ISA
Ini pengalaman malam pernikahan lu ke? Ini mesti lu ponteng sekolah bila subjek Bahasa Melayu (BM) sampaikan Peribahasa Melayu Perkasa & bayangan maksud pun lu tak Paham? Patut la ni lu asyik gi bulan madu kat China La , Kat Trengganu La , siap underwater (scuba) pun lu redah. Ha Ha Ha.Kesian lu terlepas nikmat malam pengantin lu . Tapi Tak apa lu masih muda Bro!Gali Bro jangan Tak Gali.

ISA Wednesday, July 14, 2010 1:12:00 PM  

hj jamaludin,

fitnah tu bro... fitnah tuuuu....

gua tak mengaku... ha..ha..ha...

Janda Lumah apa khabar bro...???

Lang Wednesday, July 14, 2010 5:15:00 PM  

salam bro...

gua ingat ini cerita orang dolu2... kalau begitu kisahnya wa percaya... org dolu terlebih sopan sampai tak tahu isyarat....

tapi la ni... wa tak rasa masih berlaku... apa idaknye... foto dlm blog ni saja lu sudah menceritakan pemikiran budak zaman kini... dah takde petani2... dah takde tupai... dah takde kapal terbang.. yang ada terkam je...

tp gua pon nak share story dgn lu bro... wa tak tau kalau lu penah dengar cite ni... tp cerita ni bukan lah label 18sx hanya 18pg saja...

kisah seorang gadis berkahwin dengan pegawai askar... pasti bapak pengantin kembang semacam... maklumla menantu sojar... pegawai pulak tu...

nak pendek kan cerita.. pd mlm selepas persandingan tu... selepas penat berbual dengan sanak saudara.. siisteri menepuk bahu suami lalu beredar masuk kebilik...

si suami ni tentu segan nak ikut.. maklum la baru kahwin... hinggalah pak mentua kasi signal suruh masuk.. barulah tersipu2 sisuami masuk....

dalam bilik siisteri sudah berbaring sambil menunggu sang suami... selepas sisuami memadamkan lampu dia pon duduk dibibir katil agak lama... kemudian baru dia berbaring disebelah isterinya...

tidak sampai 10 menit kedengaran siisteri menjerit sekuat hati... "mak!!!! abang punya satu kakiiii..."

siibu pengantin yang berada dibilik sebelah tersenyum2 sambil membalas jeritan anak perempuannya... "baguslaaahh.. bapak ko punya 6 inci saja"....

keesokan harinya siibu tersenyum2 sambil memberitahu pada anak perempuannya... "beruntung ko nak... satu kaki... tak macam ibu.." lalu sianak cepat2 menyampuk bila memahami apa yg dimaksudkan ibunya... "mak... jangan salah sangka... yang saya menjerit semalam tu... sebab baru saya tahu suami saya berkaki satu... sebelah lagi kaki palsu"

ISA Wednesday, July 14, 2010 5:32:00 PM  

Lang,

Itu yang di katakan persepsi... (oleh si ibu sebelum mengetahui perkara sebenar)

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP