IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Lu Nak Gelak Atau Nak Menangis..????

>> Wednesday, July 07, 2010

Dalam n3 gua bertajuk Yahudi dan Nasrani, ada satu komen (seperti di bawah) yang gua sendiri baca pun rasa nak ketawa pun ada dan nak menangis... pun ada jugak... sedih beb... ntah apa punya pemikiran anak2 zaman sekarang nih.... ilmu agama di kesampingkan dan mengejar dunia semata2.

Sebab itulah hampir setiap hari akhbar memberitakan kisah rogol, buang anak, zina, bapak rogol anak isteri, nenek kena rogol, datuk rogol cucu dan pelbagai lagi... cerita2 keruntuhan akhlak masyarakat melayu yang mengaku beragama Islam. Kerana Islam pada mereka hanya pada bulan Ramadhan dan Hari Raya sahaja...

Lu orang bacalah komen jahil mamat tu... dan apa pandangan lu orang dengan penerapan Ilmu Islam di Malaysia dan bagaimana caranya untuk memartabatkan kembali Islam di mana Perlembagaannya Islam adalah Agama Rasmi Negara. 

Tanpa Nama berkata...
biaq pi la dia nak pakai apa pun.
aku rasa sah lagi semayang dia tu.
hangpa org tua bengong.. tu cuma slogan 'catchy' bagi anak muda.


'sex,drugs n rock n roll'.


patutla org muda tak suka PR, org2nya close minded.


Selasa, Julai 06, 2010 9:51:00 PM

Itu belum dipersoalkan kepada mamat tu... mana dia tau solat mamat dalam gambar tu sah atau tidak? Dan macamana pula status solat makmum lain yang dibelakang mamat gambar tu.. fokus atau tidak..??? Apakah hukumnya pula apabila memakai pakaian yang bertulisan dan bergambar apabila berjemaah di Masjid..???

Kalau kat rumah sorang2... lu pakailah baju rock dan tulisan apa kejadahnya lagi ikut suka lu... itu antara lu dengan Tuhan. Ini soal adab lu dalam berjemaah lain pula isunya... ngerti...

Walau apa pun, gua... doakan semoga mamat Tanpa Nama tu... terbuka hati untuk mendalami ilmu agama dan menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Dan gua juga berharap kepada insan2 di luar sana mengambil iktibar dan sebagai pengajaran untuk mendalami ilmu agama supaya kita tidak sesat seperti yang Sapie Abedal katakan...

Gua pun masih jahil lagi... tapi taklah seteruk mamat Tanpa Nama tu... gua pun masih terkial-kial mencari, mengaji dan mengkaji insyallah sama2 kita usahakannya... lepas ni.. gua nak pergi jumpa Wak Jono dan Umarak Dagang nak betulkan Al-Fatihah.

Amin.....

11 IkutSukaLu...::

merbok,  Wednesday, July 07, 2010 12:51:00 PM  

ilmu agama yg ada cuma belajar masa kat sekolah ja, tu pun kadang-kadang ponteng.. inilah jadinya.. bagi komen ikut sedap logik akai!!

ada pulak tu kadang-kadang berguru dengan buku!! ermm.. ntah laa.. ni laa kot hasil didikan islam hadhari!! moga Allah s.w.t ampunkan mereka-mereka yang jahil. amin.

Yong Wednesday, July 07, 2010 12:54:00 PM  

Mamat tu tak faham Bahasa Inggeris kot! Agaknya masa dia kecik matematik dan sains belum ajaq dalam BI lagi. Atau pun mamat tu orang Indon. Sah tak faham bahasa Inggeris.

Sama2 lah kita tegoq dan bagi tahu. Tapi kot dah tegoq tapi masih nak pertahankan jugak - I rest my case!

ISA Wednesday, July 07, 2010 1:16:00 PM  

merbok,

Kera..jaan sendiri tidak berusaha ke arah memperkasakan pengajaran agama, hanya cakap saja. Yang diorang pentingkan hanya bangsa,

So.. inilah jadinya bangsa tanpa pengetahuan agama.

ISA Wednesday, July 07, 2010 1:17:00 PM  

Yong,

Mungkin betul juga kata Yong, mungkin mamat Indon kot. Orang melayu semua faham agama.. terutama sekali melayu umnoapco..

Lang Wednesday, July 07, 2010 2:33:00 PM  

Bro...

pakaian... cermin watak dan pemikiran..
bukan tak belajar... belajar agama untuk peperiksaan...
dlm gambar tu mmg terang2 dah tau kefahaman dia...
ramai org solat ikut ikutan
ramai org solat mau puji pujian
ramai org solat malu umpatan
bila agaknya kita benar-benar solat sebab kasih pada Allah... (yang dlam sebutan Lillahi taala)

mari kita renungkan...

mahaza Wednesday, July 07, 2010 3:01:00 PM  

Dia pakai baju tu tulisan kat belakang jadi dia tak nampak.... atau dia lupa... kita bersangka baik aje lah...

Bak kata Ust Badrulamin Baharom - 3 benda kena ubah
Dasar Pelajaran
Dasar Hiburan
Dasar Belia
Macamana? Kena tukar Putrajaya dulu....

ibnurash Wednesday, July 07, 2010 3:54:00 PM  

otak melayu bingai akan cakap parti,mau tau beb kita ni siapa?Sembahyang beb,tu la pakai akai kena pi belajar,kerosot kut dia nak glamour x kena tempat...lol

hj jamaludin,  Wednesday, July 07, 2010 4:20:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Macam cerita P.Ramlee pulak ! " Bukan baju yg di pandang (menghadap) AllaH SWT , tapi hati" . Tercipta lah umat ciptaan UMNOBNAPCO . kalau somali Pirate baca , mesti dia komen fardu mahgrib empat rakaat sebab pahalanya lebih kalau tiga kuraaang .

CodeNameSomaliPirate Wednesday, July 07, 2010 11:19:00 PM  

Kpd Hj Jamaluddin

Rupanya hj tak habis dendam lagi dengan saya.

Kata orang yang balik dari menunaikan haji dari Makkah ada dua kelompok. Kelompok pertama ialah yang balik sesuci kain putih ibarat bayi yang baru lahir. Ada lagi satu kelompok yang balik lebih teruk jahil murakat serta aib tingkahlakunya.

Saya pun tahu berapa rakaat sembahyang ji... Tapi saya faham la sebab semua orang PR dijamin masuk syurga!

Kpd ISA

Nampaknya blog ni dah start censorship ke?. Elok le letak tagline kat atas 'UTK PENYOKONG AKU SHJ'

ISA Wednesday, July 07, 2010 11:44:00 PM  

SomaliPirate,

Gua belum start cencors lagi bro, 2/3 hari ni blogspot ada masalah agaknya...

Komen yang gua jawap pun tak kluar semalam... hari ni baru kluar...

tak baik buruk sangka kat gua bro...

Anonymous,  Thursday, July 08, 2010 2:04:00 PM  

Salam
lepas ni.. gua nak pergi jumpa Wak Jono dan Umarak Dagang nak betulkan Al-Fatihah.
Baguslah kalau ada azam macam tu wak, wa pun gitu, sebab la ning ustaz yang balik Mesir, Jordan, Syria dll baca fatehah tak berapa betul gak, kalau dalam negeri lagi lah, cuba dengar ramai baca mad lazim tak cukup 6 harakat, belum bab sifat n makhraj lagi. Jom sama-sam pi ngaji
AyahSu

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP