IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kisah Sedih : Pengorbanan Seorang Isteri YB (Parti Mana..???) Lu pikirlah sendiri...

>> Friday, July 02, 2010

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjungi isterinya, bernama Maria.

“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main dibenak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?”

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni..” hanya 3 kali..?”

Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”

Perlahan jer.. si isteri mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?”

“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan..”

“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami.

”Kali ke 2 pulak?”

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak dan perlu buat pembedahan?” si isteri menyambung cerita

“Ya, abang ingat” jawab si suami.

“Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”

“Ohhh... maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”

"Haaa...." ... Tan Sri terus pengsan kat situ jugak…

2 IkutSukaLu...::

Unknown Friday, July 02, 2010 9:07:00 PM  

248 tu banyak Oooo... apanya suami tak pingsan!

Aa Friday, July 02, 2010 11:58:00 PM  

Isteri YB yang sanggup buat gitu isteri AMNO je.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP