IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kera...jaan Naik Harga Minyak, Alasan Untuk Kebaikan Rakyat... WTF..!!!!

>> Saturday, July 24, 2010

Assalamualaikum bro...

Tolong buat posted di dalam blog tuan berkenaan dengan kesusahan yang dialami oleh pekerja yang berulang alik daripada seremban ke KL dengan menaiki bas. Dahulu bas boleh diambil di puduraya.. kemudian apabila tidak di benarkan beroperasi di situ beberapa tahun dahulu bas beroperasi di depan pasar seni..

Tetapi....

Bermula daripada hari ni bas tidak dibenarkan menurun dan mengambil bas disitu dan diarahkan supaya berpindah ke stesen bas jalan hang tuah. Bukan itu sahaja perjalanan bas pun telah tidak dibenarkan melalui jalan daripada brickfield .. menuju pasar seni dalam perjalanan ke jalan hang tuah.. bas cuma dibenarkan mengikut laluan jalan san peng....

Apa yang menjadi masalahnya kebanyakan pekerja daripada seremban.. bekerja dipersekitaran pejabat di Kuala Lumpur serta Selangor menjadikan kawasan pasar seni sebagai tempat perantaraan untuk mendapatkan kemudahan bas.. LRT untuk menuju destinasi tempat kerja cuba bayangkan sekiranya dahulu kami terus boleh mendapatkan kemudahan bas untuk balik dan datang kerja tetapi sekarang terpaksa membelanjakan wang untuk mendapatkan teksi.. putra dan juga bas rapidKl untuk kejalan Hang Tuah.

Cuba bro sendiri melawat dikawasan bas stesyen Hang Tuah..terletak dikawasan lapang tiada kemudahan untuk duduk dan cuma terdapat 2 khemah untuk berlindung daripada hujan dan panas.. sekiranya diwaktu puncak beribu penumpang yang hendak balik ke seremban.

Apa yang dikesalkan, hentian bas di depan daya bumi tidak menganggu laluan jalanraya sebab bas cuma datang mengambil dan menurunkan penumpang sahaja.. cuma memakan masa 5-10 minit sebelum berlepas. Di sebabkan mahukan keuntungan syarikat rapidKL, kami yang menjadi mangsa.

Sekarang ini pihak kenderaan bas SKS terpaksa mencari altenatif lain untuk mengambil penumpang yang menggunakan bas khas.. iaitu di jalan Petaling (bersebelahan dengan Petaling Street).. tetapi rasanya tak lama beroperasi disitu sebab ada sahaja pihak rapidKl akan buat aduan kepada pihak agensi kerajaan yang berkaitan... kami penumpang bas KL - Seremban seolah-olah menjadi pelarian di negara sendiri.

Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kemudahan awam tetapi diwaktu yang sama menyusahkan rakyat demi kerenah untuk menguntung syarikat bas dibawah kuasa kerajaan.. sekiranya ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, sepatutnya kerajaan mengambil tindakan ke atas bas metro dan juga rapidKl yang berhenti sesuka hati dan menunggu penumpang dan bukanya tidak membenarkan bas syarikat lain yang beroperasi cuma untuk mengambil dan menurunkan penumpang yang memakan masa cuma 5-10minit sahaja.

Sekarang ini masa kami terbuang dengan terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya dijalan pudu selama 30 - 40minit untuk ke jalan hang tuah dan juga terpaksa mengambil masa 20-30minit pulak untuk menunggu bas penuh sebelum bergerak balik ke seremban... bayangkan berapa banyak masa terbuang disebabkan kerenah birokrasi.

sumber dari blog RBF

p/s: Walaupun berlainan ideologi politik, jika berkaitan permasalahan rakyat kita harus sokong di antara satu sama lain. Harap Kementerian Pengangkutan dapat melakukan sesuatu dan mengambil tindakan segera dengan menyelesaikan masalah tersebut. 

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP