IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kata Takda Duit... Susah Konon... Piiiraaahhhh...!!!!

>> Saturday, July 24, 2010

PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.

"Retreat" itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini belum dapat tawan Putrajaya beb, kalau dah dapat.... pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber"retreat". Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidak pun kat London atau Paris....!!!

Pemimpin utama pusat termasuk ketua umum Anwar Ibrahim dan dari bahagian (cabang) di seluruh negara akan menghuni dibilik mewah ini sepanjang tempoh pemukiman.

Patutpun Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam tidak gembira dengan pemukiman (retreat) parti di Port Dickson.

"Kalau sekadar bincang mengenai persiapan mengenai jentera pilihanraya diperingkat bahagian atau negeri tidak perlulah buat retreat.

"Cukup dengan perbincangan oleh MPP dan biro politik sahaja," katanya yang berasal dari Perak.

Bila menjelang pilihanraya, pemimpin mendendang lagu sedih dan sayu, minta bantuan dan sumbangan daripada ahli dan penyokong. Bila suasana reda dan mereka ingin bersuka, maka dianjurkanlah beranika rencana merancang helah untuk mereka bergembira di sana...!!!

PKR semakin hari semakin tidak dapat mengawal limpahan hanyir muntah dan lendirnya.!!! Keladak yang selama ini terpendam dan disorok rapi telah mula timbul...!!!

Saya benar-benar berharap apa yang pernah didengar luahan seorang sahabat "Aku ingatkan permata, rupa-rupanya kaca...! " sebagai tidak tepat. !!! Walau apapun, saya sudah mula meluat dengan beberapa pemimpin kanan PKR, keladak haprak UMNO masih pekat dalam diri mereka sebenarnya!!!

Saya kira, andainya mereka mendapat kuasa di Putrajaya... mereka mungkin lebih rakus dan khianat daripada pemimpin UMNO yang ada hari ini..!!!

Kerajaan Rakyat.

p/s: Selepas ini, jika parti ini memerlukan apa2 sumbangan/derma untuk tabung parti... just... katakan WTF... laaaa....

17 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Saturday, July 24, 2010 3:35:00 PM  

aku stuju ngan lu isa,buangla prangai2 umno tue sblm nk kami bg sokongan kt lu pkr..klu x jgn harap kami nk bg sokongan,jgn lps nie keluar molot buaya kami masuk plak dlm molot harimau!!!!

Abu Muhammad Haikal Saturday, July 24, 2010 4:26:00 PM  

salam Isa,

aku tak bagi derma apa pun pada PR hingga PRU 13 nanti.

Panglima7 Saturday, July 24, 2010 4:56:00 PM  

Salam...

Sejak akhir-akhir ini...banyak kedengaran anti PKR dari tuanhamba, Komen-komen pedas yang lebih sudu dari kuah membuatkan hamba merasa cuak....kalau-kalau tuanhamba musang berbulu ayam. Menjadi orang suruhan UMNO. Kata-kata tuanhamba jauh menyimpang dari Pakatan Rakyat sendiri.

Kata-kata tuanhamba itu suatu tuduhan yang berat...yang boleh mempengaruhi orang lain. Lihatlah komen-komen dari org di atas. Saya tidak akan ambil tahu tuanhamba parti dari mana dalam Pakatan rakyat. Tetapi cakap tuanhamba mencerminkan tuanhamba bukan dari mana-mana Parti dari Pakatan Rakyat. Kalau berkecuali..I dont think so !! Kalau tuan seperti ADUN Manikasagam.....Itu ADUN bengong namanya.!!!
Walaupun hamba bukan dari Parti PKR....dan adakalanya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara dari PKR....tetapi semangat perpaduan harus dikekalkan. bukannya menyemai bibit pepecahan seperti ini yang saudara laporkan.

Sah laa....tuanhamba agen UMNO dalam blog-blog rakyat Marhaen. Hamba tahu apa yang akan hamba lakukan nanti.

Panglima7

Gaya peneroka Saturday, July 24, 2010 6:03:00 PM  

"Saya kira, andainya mereka mendapat kuasa di Putrajaya... mereka mungkin lebih rakus dan khianat daripada pemimpin UMNO yang ada hari ini..!!!"

sebenarnya itulah hakikatnya tapi hati rasa kelu nak berkata...
baiknya kebali pada PAS..jer..

Putat Alam,  Saturday, July 24, 2010 9:31:00 PM  

mende la lu Isa..baru Panglima7 bagi komen , lu dah buat entery lain tentang Panglima7 ..jgn la menyinga kalo orang komen lu..lu komen orang boleh..rilek la bro...

Pak Oncu Saturday, July 24, 2010 10:50:00 PM  

hahahahah datang PD ,,,,, PKR biasa lah,, kan PKR asal nya UMNgOk,, maka sedikit sebanyak akan ada lah perangai mereka yg suka bermewah mewah hahahhahahaha ,, ISA bila lak kau nak retreat kat kampong gua,, bawa lah anak anak kau sekali huhuhuuhuh

ISA Saturday, July 24, 2010 11:23:00 PM  

Putat Alam,

Gua tak menyinga pasal dia kutuk gua, gua cuma balas balik entry dia yang menghasut orang lain supaya pulau kan gua...

Kan keji perbuatannya itu, apa punya mentaliti daaa...

Selama ini orang kutuk gua, ok jer... gua terima maaa...

ISA Saturday, July 24, 2010 11:26:00 PM  

Abu Haikal,

Bukan tak boleh bagi, boleh bagi sebagai jihad untuk parti dan perjuangan.

Tetapi Parti pulak mesti tau menghargainya. Contoh macam reatreat PKR tu.. perlukah berbelanja mewah, takda tempat lain yang lebih murah ke...?

Kata nak berjimat cermat... itu kat PD apa cerita...

ISA Saturday, July 24, 2010 11:27:00 PM  

Salam Gayapeneroka,

Ntah la... selagi bau badan tu masih berbau umno... tak mustahil akan terjadi...

ISA Saturday, July 24, 2010 11:28:00 PM  

Pak Oncu,

Lantaklah kat diorang... janji periuk nasi kita berasap sudah la..

Reateat kat kampun lu... murah sikit belanja..

ISA Saturday, July 24, 2010 11:29:00 PM  

Tanpa nama 3.35pm

TQ..bro..

Keindahan Ugama,  Sunday, July 25, 2010 1:52:00 AM  

Khas untuk Panglima 7.
i)Kenapa tak buat meeting kat Bangunan PKR di PJ, alasan dapat diskaun tidak difahami penoraka2 Felda?
ii)Hotel kemungkinan kawan DSAI ada special offer?Hello lu ni cakap gunakan lobang dubur ke?Panglima 7 dah berapa ramai kawan rapat DSAI tikam belakang DSAI contoh Ezam sesumpah, Dato Nala dan Ahli2 AP/ADUN PKR yg lompat parti jadi Parti Bebas.Apa DSAI dah tak serik kena tikam dengan kawan2 rapat.?
iii)Blogger ISA cuma tegur kelakuan atau cara urus dalam Pakatan Rakyat jangan ikut macam perangai UMNO atau BN nanti rakyat wak sangka yg bukan bukan . Saya rasa Panglima 7 kena nasihat kawan 2 terutama ahli AP/ADUN PKR seboleh boleh ikutlah macam TG Nik Aziz serapan pagi pun TGNA makan di warung di tepi jalan. Apa kalau makan di tepi jalan , jatuh ke air muka seorang Menteri Besar??????
iv)Hello tolong sedar dan masuk dalam otak kau MOTTO Blogger ISA "Tak puashati...? Itu lu orang punya pasal, peduli apa gua... "

ISA Sunday, July 25, 2010 1:58:00 AM  

Tanpa nama 11.36pm,

Tq..bro..

ISA Sunday, July 25, 2010 2:01:00 AM  

keindahan ugama,

Terima kasih..., gua malas nak layan dah... kalau dung.. dang..dung..dang dalam blog... balas membalas.. sampai subuh esok pun tak habis lagi.

puak sebelah sana main tepuk amai2...

Anyway, terima kasih atas jawapan pencerahan minda dair lu...

jai,  Sunday, July 25, 2010 3:58:00 AM  

Kah kah kah...

Tegur pemimpin bermewah pun salah ke???

TAKKAN DALAM PKR PUN NAK WALA' GAK???

Aduyaiii...

KALAU MACAM NI SAMPAI BILA MINDA NAK BEBAS???

ISA Sunday, July 25, 2010 5:21:00 AM  

jai,

Sampai bila2 pun minda takan bebas bro....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP