IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Apa Ada Di India..????

>> Saturday, July 31, 2010

Maaflah..., jikalau dua tiga entry gua kebelakangan ini tak berkisar kepada politik semasa, sebabnya gua nak rehat sekejap dari isu politik negara sarkas nih.... letih beb nak layan puak2 parti bangang yang mewakili Keraaaajaan Malaysia sekrang nih...., dah la bangang bodoh melantun2 pulak tu.... paling klimaks sekali apabila "Jemaah Menteri Kabinet Kena Tipu"...

Oleh yang demikian, jom lah kita ramai2 pergi melawat negara India pulak..., sebuah lagi negara sarkas.... ha...ha..ha.... entry ini gua cilok dari blog IntanBerlian; 

Huhu ok nak bagitahu awal-awal entri ini amat panjang.maaf ye kalau berpinar mata baca.jangan juling sudeyh..

1) TANDAS DI MANA SAHAJA SELAGI KAU MUKA TEMBOK.
First sekali, tak terkira orang kencing tepi jalan.bukan kencing je.malah berak pon melambak.. lepas dah settle qada’ hajat.. bangun.. tanpa membasuh.pergh.. kalau naik bas tahan aje lah bau hancingnye. Dulu aku terperanjat, tapi sekarang dah lali hoho... yang perempuan tak duduk pon. Kangkang kat longkang je kot, adoih hmmmm... malaysia ada? Kalau sewel ada kot yang buat, huhu... sebab itulah hilangnya udara nyaman di India. Sekali aku jejak KLIA.. wah bahagia gila ada udara segar.

Ingatan penting bila di India.. jangan sesekali jalan atas tanah mahupun tepi jalan. Situ port baik punye orang membuang. Kawan aku pernah terpijak taik manusia di pantai..sila hati2 ok.

2) PLEASE SOUND HORN.
Hon kereta bingit tak ingat dunia, boleh pecah gegendang telinge. Ini adalah satu kejutan yang amat drastik bagi aku.. tiada lagi keamanan dalam hidup aku bila ke town.. Dalam satu bas tu ada macam-maca jenis hon.. kalau jumpa keta hon perlahan sikit, kalo jumpa lori hon mengaum sikit.. kira signal ni dah tak pakailah.. main hon je, nak potong keta depan guna hon... nak masuk selekoh pakai hon... hebat tak? Di belakang lori siap tulis PLEASE SOUND HORN! Hoho... Kalau di Malaysia hon orang.. mahu kena sekeh kepale? Kurang ajar namanya..

3) TRAFFIC YANG MENGGILA
Traffic india sangat-sangat teruk.. jalan 2 lane jadi 3-4 lane.. memang polis kat depan tu macam tunggul je.. kalau di Malaysia aku rasa masyarakat lagi perihatin.. kan ada bunyi bila kereta nak undur kan? Bunyi kalau di malaysia.. tet..tet..tet..kan? Kalau di India.. ada macam-macam bunyi.. malah lagu hindustan pon ada.. hebat tak cara diorang menghargai industri muzik diorang?

4) AUTOMAN.
Di india semestinya ada AUTO.. hmm senang beb. Kalau kat malaysia.. orang naik teksi kan.. kalau nak culik.. sekali kunci pintu.. dah tak dapat lari.. tapi kalau naik auto.. boleh lompat2 keluar. Boleh jerit2 minta tolong sebab takde pintu pon.huhu.

5)TONG SAMPAH TIADA MAKNA.
Di India aku belajar nak buang sampah.. buang saje di mana-mana.. nak cari bakul sampah... tong sampah.. haremmm!! Kolej aku pon. Payah betul nak cari tong sampah.. sudahnya. Aku pon jadi budaya India buang aja di mana-mana.. dulu aku pandang gak kiri kanan atas bawah kalau-kalau nak cemarkan persekitaran, nampaknya sekarang aku semakin adapt dengan jayanya. Hoho... ampun.. jangan aku balik malaysia buat macam tu sudeyh, mampoiiih kena saman.

Then kalau orang nak meludah,ludah saje mana2.. takde sape nak marah. Agak2 kalau bas lalu tepi kau.. jangan sesekali diri sebelah.. orang meludah, mahupun muntah sesuka hati tanpa pandang kiri kanan atas bawah.. pernah aku naik bas tetiba sedap makcik tu muntah tanpa bagi warning.. perghh... nasib baik aku sangat cepat dan tangkas ok...

6)UNIVERSITI MACAM TADIKA
Universiti aku sebijik macam sekolah. Bila ambil attendance.. nama kena panggil sorang-sorang.. sapa tak datang kantoiii.. bila tengah duduk diluar, tiba-tiba lecturer lalu depan kita.. tak depan pon.. mahu 10 kaki kot, kena bangun tanda respek. Even lecturer masuk kelas pon kena berdiri.. bukan itu sahaja.. layanan memang sebijik macam budak sekolah.. fuhh.. kat malaysia aku jamin main sign je.. attendance kan? Nak datang lambat pon takde orang marah kan? Sini lambat.. diri lah kau kat luar kelas.

Bukan itu saja.. kelas aku masih gunakan kapur dan blackboard ok.. kerusi dan meja pon lagi buruk dari budak sekolah.

ni medical dan dental college.

7) SKULL DAN MAYAT
India.. aku boleh dapatkan skull dan bones original dengan harga yang sangat murah.. nak lagi hebat? Beli dekat kubur beb.. harga sekepala tak sampai RM20 pon. Huhuhu... kat Malaysia artificial je.. mahal pulak tu, rasa hebat tak tidur dengan kepala orang... yea la tengah belajar-belajar anatomi tu sekali terlelap pulak kan. hoho.

nama dia bobo... huhu



8) PONDAN MINTA SEDEKAH
Pernah tengok orang minta sedekah? Mesti pernah.. tapi pernah tengok pondan minta sedekah? India melambak beb.. bila budak kecik minta sedekah semua bolayan.. tapi si pondan akan tepuk tangan 2 kali.. then tadah tangan.. kompem diorang bagi.. bagi orang india.. golongan pondan ni golongan istimewa.. so sebab tu diorang sedekah.. sengal kan?

9) BAS MACAM SARDIN
Kau boleh sumbat seberapa ramai lagi orang dalam bas tu walau dah senget macam mana pon. Asalkan boleh muat walau sebelah kaki.. yang penting tangan kene kuat mahu bergayut sebelah tangan dan sebelah kaki.. agak2 kalau tergesel montot tu paham2 lah eh...



10) BANGUNAN SEPARUH SIAP UNTUK PANJANG UMUR
India bangunan semua separuh siap, especially di tempat aku.. Salem. Kenapa? Sebab katanya kalau bangunan siap.. nanti umur pendek, hoho... so hospital separuh siap. Bila bawah dah siap. Kasi penuh dengan pesakit.. atas tak siap takpe, penuh ceracak.. agak-agak pesakit melimpah ruah. Tambah lagi setingkat.


hostel ni memang tak siap pun time kitorang sampai.

11) MAKANAN.
Makanan di india.. memang pedas. Dia tanya spicy or non spicy? Non spicy pon bapak pedas.hoho.. and then. Tak macam malaysia.. ada air milo ais, teh ais, laici, bandung.bla2.. india minum air putih je.. kalo nak jus ade.tapi pure jus.manis macam minum selori gula.. agak2 berani mati.. minum lah air putih diorang. Haha.. kompem toilet jadi bilik kedua nanti.. perot tak tahan memang janganlah sesekali minum air selain air mineral.. air di India tak sebersih air di Malaysia.. satu lagi kandungan klorin sangat tinggi berbanding Malaysia.. sebab tu banyak insiden Fluorosis.

India ada pelbagai roti yang best.. ada roti nan, romali roti, tandoori roti, kulcha, dosa selain capati,paratha dan tosei.. grilled chicken perkh... memang ada umph.. hehe.aku tak rasa malaysia ada semua ni..

12) TOILET
Toilet di India.. ada 2 jenis.. kebanyakkannya bukan lelaki dan perempuan tetapi toilet india (toilet cangkung) atau western (toilet duduk).. toilet terbuka tak semesti takde orang.. sebab pernah pintu tak kunci.. sekali aku tolak ada makcik tengah tutttt. Dang!!!

13) GOLEK2 ATAS RUMPUT
Cerita melayu mana ada orang golek2 atas rumput..keliling bukit.. pakai skirt kat salji.. lepas golek2.. tiba-tiba tukar baju lain.. tengah menari2 gelek2 tiba baju lain.. hah takleh lawan filem hindi mahupun tamil.. hebat tak?

14) TREATMENT MURAH
Treatment gigi mahupun klinik di india sangat-sangat murah. Aku pakai braces total bernilai RM 1200. Kalau di Malaysia, braces saja RM1500. Tak termasuk appoinment setiap bulan RM100+ total semua mahu RM4k. Hehe.. so memang harga ubat di India murah.

15) KATIL ATAS BAS
India ada bas yang ada katil..means seat untuk baring.. dipanggil sleeper class.. hmm takde dah main rebahe kerusi.. huhu hebat tak? Best je baring.. tahu2 dah sampai destinasi.. dahlah ada langsir.. so bolehlah nak tanggal tudung ke waktu tidur.. siap bantal dan selimut dalam tu..


ni bas ada katil 2 tngkat.. memang selesa.. siap ada langsir.

16) COKE MASALA
Satu lagi ada tak kat malaysia orang minum coke dengan masala? India ada.. hoho.

17) SARI
India ada sari yang cantik dan murah berbanding malaysia.huhu.boleh buat baju kurung =D




18) Majlis orang kahwin di India makan guna daun pisang..=D

19)MOVIE DALAM BAS
Mana ada bas di Malaysia tayang filem dalam bas.. kat india ada.. aku agaklah kan..sekali aku pergi town.. sekali tu aku khatam satu cite tamil syiok lama-lama layan ni.. konjem2 tamil tariyamma.. tengok aku pon dah leh cakap tamil =D

20) MARATHON PAKAI HEELS
Mana ada orang marathon pakai heels.. sports day.. bersukan pakai labcoat macam orang di India.. India takde game futsal, basketball, netball utk perempuan.. tapi ada game THROWBALL dan TERNICOTT.. malaysia takde... hee...

21) DUIT INDIA BUSUK
Bila duit malaysia berconteng.. adalah satu yang pelik.tetapi itu kebiasaan di India. Bila duit India suci bersih, cantik berkilat.. diorang akan chek. Tak caya... cubalah... sebab dikhuatiri duit palsu... tapi kalau duit tu berconteng2.. kotor boloh.. busuk gila, yang tu kompem ori. Hoho... Geli den pegang duit India. Cuba bayangkan.. lepas kencing sepah-sepah tak cuci tangan then pegang duit.. errr geli.

22) TENAGA BURUH PAKAI SARI
India masih gunakan tenaga buruh untuk buat bangunan dan jalanraya.. tak macam malaysia cukup semua mesin dan kelengkapan.. kadang-kadang aku tengok.. makcik tu pakai sari relax je angkut batu batan besar2... dahsat2... dan kebanyakkannya perempuan yang buat kerja-kerja camni.


 

Diorang masih gunakan sistem takal =D

23) SALJI.
India ada salji!!! Salji sepanjang tahun gitu.. malaysia takde salji... heee.


 

Di Kullu Manali, Himachal Pradesh memang sejuk gila lah.. tempat ni ada salji sepanjang tahun.

24) TAJ MAHAL
Yang pasti India ada Taj Mahal!!!!! Bukti suci cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz.. dari mana datang TAJ MAHAL? TAJ=TAZ.. mahal bermaksud istana.. sepatutnya adanya BLACK TAJ MAHAL yang sepatutnya terbina di belakang TAJ MAHAL.. dan di situ bakal diletakkan makam untuk Shah Jahan.. sayangnya.. usaha itu ditentang oleh anak shah Jahan sendiri lalu dikurung bapanya di AGRA FORT.. sebab anaknya tidak mahu ada lagi pembuangan duit rakyat semata-mata untuk kepentingan bapanya.. di situ.. saban hari Shah Jahan menangis sambil memandang Taj Mahal yang sayup boleh dilihat dari tempat kurungannya.. akhirnya Shah Jahan pon mati.. sampai sekarang masih wujud tapak untuk BLACK TAJ tu.. tapak je la..

Taj Mahal ni dibina semetri.. kesemuanya semetri... dan hanya satu makam mumtaz di tengah2 nya.. cuba perhatikan.. kelainan pada 4 menara disekeliling Taj Mahal tu.. apa yang pelik? Ape yang berlainan??? Dapat??? Tahu kenapa??? Cuba carik... =D

Kos masuk tak mahal berharga RS750 bersamaan RM55 kot... huhu.. tapi local, hanya RM2 jer... hee....


tapak black taj.


Agra Fort



25) BADANG @ KULI
Hmm.... hebatkan badang tu? Tak terlatih kot.. haha... boleh angkut beg tu sekaligus. Beg aku je agak2 dah dekat 30kg. Campur yang atas tu... errr... boleh tergeliat leher. KULI ni dah memang sedia ada di mana-mana stesen keretapi.. hoho...




hmm.. india memang banyak sangat homeless.diorang memamg boleh tidur di mana sahaja..

Di petik dari: Intan Berlian.


p/s: Saja-saja jer... gua nak buat perbezaan antara dua buah negara sarkas nih..

8 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Saturday, July 31, 2010 11:32:00 AM  

bab black taj mahal tu nak kongsi sikit.. heheh

BTM -black taj mahal memang tak ujud scr fizikal...

tapi da sungai tu kita boleh tgk reflection Taj mahal yang bewarna mutira hitam...

GREAT arcitecture

hj jamaludin,  Saturday, July 31, 2010 1:17:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
So BRO ISA.
Dengan N3 yg lu pamerkan ini bermakna PM 1 Malaysia takbir Malaysia lebih baik dari negara INDIA??????????????? Gua rasa lebih baik lu pi tunning gitar lu dengan SLASH .Da habis baru lu boleh update lu punya N3.

ISA Saturday, July 31, 2010 1:39:00 PM  

baginda,

Satu info yang baik..

ISA Saturday, July 31, 2010 1:40:00 PM  

hj jamaludin,

lu masih lemah dalam pebandingan antara india dan malaysia, termasuk temasik.

ha..ha..ha...

wart 365,  Saturday, July 31, 2010 5:17:00 PM  

salam,
dari otak 3 suku gua, gua bleh kata n3 bro isa ni nak ajak kita semua pakai otak, n3 ni juga menunjukkan bahawa india ni sekorup-korup negara akibat rasuah yang wujud secara gila khinzir kat sana.tak hairan,malaysia bakal jadik camtu selagi parti yahudi melayu tetap memerintah malaysia

IntanBerlian Saturday, July 31, 2010 6:29:00 PM  

salam bro, hm baru perasan kenapalah banyak gila orang dtg jengah entri pasal india walaupun dah berzaman post.. hehe. adekah dari sini trafficnye.. life kat india memang mencabar minda, jiwa dan raga.

ISA Sunday, August 01, 2010 2:45:00 AM  

wart,

ha..ha..ha.. lu tolong ajar hj jamaludin u.. pasai lu dah khatam.

ISA Sunday, August 01, 2010 2:47:00 AM  

IntanBerlian,

Selamat bertapa di India dan semoga berjaya. Maaf gua cilok n3 lu tanpa izin buat info kepada pembaca.

Life kat India...??? Sabar jelah dik oooiii... yang penting matlamat lu di sana tercapai.

Semoga berjaya...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP